Salam kengkawan
Umumnya semua orang takut nak berhutang sebab takut terbeban atau tak boleh bayar hutang tu. Dari segi hukum kalau berhutang dgn niat tak nak bayar awal2 lagi dah berdosa..lagi2 ramai sekarang yang pinjam dari Along pastu buat repot polis elakan dari bayar hutang..heheh orang camnie pun ada ker????
Hutang nie ada dua jenis:-
- satu hutang yang baik
- satu lagi hutang yang jahat.
Apa hutang jahat
Hutang yang jahat seperti
- personal loan (PL),
- credit card
- sewa beli.
- hutang Along
- Loan ASB
pendek kata, hutang yang melibatkan interest/bunga yang tinggi itulah hutang jahat. hutang jenis ini mmg membebankan kita kerana tiada langsung capital appreciation.
Apa hutang baik
Loan yang baik pula iaitu
- housing loan.
- hutang pendidikan
- hutang kad kredit ( teknik OD+ASB+CC)
- Loan ASB
Tetapi loan yang baik boleh dikatakan interest kecil dan boleh kita cover balik bayar. contoh mudah mcm loan ASB..kita bayar dan hasil dividen tahunannya kita boleh bayar balik interest tu..
contoh mudah lain iaitu rumah..walaupun kita rasa beli mahal, tetapi 5 hingga 10 tahun akan datang harga rumah tu akan meningkat dan akan menguntungkan kita...
klu nak huraikan mmg banyak..apa kata geng2 try google pasal hutang baik dan hutang jahat nie..mmg banyak bahan bacaan yang boleh kita dapat...