Salam kengkawan
suka aku bercerita dan bongkarkan bab nie kerana pada aku ini adalah ASAS bagi merancang kewangan kita...
adakah ko perasan sebelum ini kenapa kita/aku sibuk ajak korang saving dalam ASB..dalam Ebook aku tu pun aku tekankan teknik saving dalam ASB..TEKNIK OD+ASB+CC...
tau tak kenapa??? ya..sebabnya adalah dia ada compounding interest yang mana setiap tahun kita akan dapat Dividen ASB..Dividen ASB tulah yang dipanggil compounding interest...lagi lama kita simpan wang itu lagi banyaklah kita akan dapat duit 'goyang kaki' tu..
sebelum nie aku ada 1 kes yang aku handle dimana perempuan nie ada 1 akaun ASB dimana dekat 20 tahun dia saving dalam akaun tu dan umur dia masa tu dalam 45 tahun..korang nak tau baper simpanan dia ada??? dekat 600k.. peh!!!! dahsyat...mcm mana dia boleh ada simpanan banyak tu..
(kenapa terkejut)
kan ASB hanya boleh 250k jer??
soalan basic camnie aku kena jawab coz ramai duk tanya aku balik..untuk makluman geng yang tak tahu lagi...simpanan ASB mmg ada limit dia iaitu sampai 250k cash..dan lepas tu mmg kita tak boleh simpan lagi kat dalam ASB..
tp bagaimana nak dapat simpanan banyak mcm perempuan tu..caranya adalah ko jangan keluarkan langsung wang ko tu...dividen ASB setiap tahun yang kita perolehi tu kita biarkan jer..pihak PNB takkan suruh ko kuarkan...ini juga adalah cara ko nak bukak limit ASB ko tu....
lagi 1...
cakaplah ko dah ada saving ASB 350k dan ko kuarkan 50k jadikan ASB ko tinggal 300k...adakah ko boleh simpan cash dalam ASB???
jawapannya boleh iaitu ko leh saving cash 50k yang ko kuarkan tadi...
hahah..melalut plak aku daripada tajuk asal...
Faedah kompaun (compounding interest) ialah satu proses melipat gandakan wang melalui faedah yang ditawarkan. Hasilnya hanya akan dapat dilihat dengan jelas jika kita membuat pelaburan untuk jangka masa panjang dan secara berterusan.
Kunci untuk CI adalah dengan mulakan dengan cepat! Sekiranya ko berlengah memulakan simpanan ko, kesan CI pun diperlambatkan lah jugak.
bersambung...