Monday, April 25, 2011

ALAHAI NASIK LEMAK OHH NASIK LEMAK

Salam kengkawan

Dalam masa seminggu nie klu kita perhatikan kat dalam berita TV, Radio sibuk cita pasal makanan nasi Lemak..klu nak ikutkan aku dulu makan nasi lemak nie waktu pagi jer time aku sarapan..mak aku buatkan..tu pun masa weekend..nasi lemas lauk telur dan sambal ikan bilis..peh!!! tak ingat sedapnya mak aku buat...siap aku ulang lagi dalam kul 10 pg (kudapan)..hahaha
tp bila aku belajar dulu kat KL aku dikejutkan budaya makan nasi lemak waktu malam...wah!!! mmg selera..siap ada lauk2 mcm org makan lunch....
tp lain pula cita orang politik sekarang..mcm hal nak jadikan isu..mai kita baca artikel nie

KUALA LUMPUR, 23 April -- Nasi lemak bukan punca utama masalah obesiti di kalangan murid sekolah kerana ia boleh berlaku menerusi pengambilan makanan harian berkalori tinggi yang tidak terkawal, kata Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia Dr Tee E Siong.

"Kita tidak boleh menyalahkan nasi lemak sahaja sebagai punca utama, sebenarnya banyak masalah atau faktor lain yang menyebabkan masalah ini berlaku.

"Salah satu faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku adalah mengambil makanan yang banyak kalori setiap hari. Seperti yang kita tahu, setiap makanan mempunyai kalori, jadi kita perlu bijak mengawal makanan harian yang diambil," katanya pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Bulan Pemakanan Sihat Malaysia (NMM) 2011 bertemakan 'Kanak-Kanak Sihat, Negara Lebih Sihat-Mulakan Awal' di sini Sabtu.

Beliau berkata ibu bapa perlu menanamkan tabiat makanan secara sihat dalam diri anak masing-masing kerana usaha itu akan menjadi lebih sukar apabila mereka meningkat remaja.

"Kami percaya bahawa mesej tentang makanan secara sihat perlu disampaikan kepada kanak-kanak sejak usia muda seawal tiga tahun lagi," katanya yang menggesa ibu bapa meningkatkan pengetahuan tentang pemakanan.

Dr Tee berkata kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah merupakan golongan paling berisiko terhadap kesan malnutrisi kerana mereka sedang membesar secara fizikal, selain mengalami perkembangan mental, emosi dan sosial pada peringkat ini.

"Berlebihan dan kekurangan pemakanan bukan sahaja boleh menjejaskan tumbesaran dan perkembangan kesihatan anak-anak, malah berlebihan berat badan akan membawa kesan kesihatan yang tidak diingini di masa hadapan.

"Ini juga boleh menyebabkan kanak-kanak berisiko tinggi terhadap penyakit berjangkit seperti darah tinggi dan diabetes pada usia muda," katanya.

Karnival dua hari NMM 2011 di Pusat Pameran MidValley, yang dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Dr Anjli Doshi-Gandhi, bertujuan meningkatkan tahap kesihatan kanak-kanak menerusi pedidikan makanan.

Turut dilancarkan ialah dua penerbitan utama NMM iaitu buku 'Resepi Hidangan Berkhasiat-Resipi Mudah Untuk Si Manja yang Sedang Membesar' untuk ibu bapa dan buku 'Ceria dengan Gaya Hidup Sihat' untuk kanak-kanak.

lepas kerajaan wujud KPI yang mengukur prestasi kerja org gomen..sekarang lain pula citanyee semua rekod pelajar sekolah akan ada rekod BMI (body mass index) sebab apa??? sebab budak2 sekolah dikatakan GEMUK kerana makan nasi lemak, ada yang kata juga makan nasi lemak otak jadi lembab...adakah ianya benar??? dan sekarang dikatakan makanan nasi lemak akan disekat dari dijual di kantin sekolah...
pada aku aku setuju dgn artikel kat atas tu..yer bukan nasi lemak jer punya masalah timbul...ianya juga disebabkan terlalu banyak kedai fastfood yang ada sekarang yang rata2 pelajar sekolah lepak sambil layan wifi disana sambil tunggu mak bapak ambil dari sekolah...dan ada jugak yang habiskan masa dengan main internet di kedai2 fastfood tersebut...so bukan guru sahaja yang harus disalahkan pada hal GEMUK nie..ibubapa juga harus celik pasal pemakanan harian anak mereka...
pada aku juga yang sememangnya BESAR nie...tak ada masalah berbadan besar tetapi ksihatan perlu dijaga dan pemeriksann kesihatan perlu di buat setahun sekali....
yang penting pada aku
  1. kurangkan makan fastfood
  2. kurangkan minum minuman ber gas
  3. kurangkan makan waktu malam
  4. kurangkan makan waktu tgh malam
  5. kurangkan ambil minuman manis pada waktu malam
  6. kurangkan makan roti canai waktu malam
  7. masa TT pun kena control hanya boleh minum sahaja Teh Tarik..heheh