Wednesday, February 9, 2011

PENIPUAN KEWANGAN 2

Salam kengkawan

kita sambung dari daripada post lepas iaitu penipuan kewangan 1.
aku tahu ramai yang tak pernah pergi ke BNM dan juga kerana lokasi yang jauh untuk ambil buku yang aku katakan dalam post lepas
disini aku rasa aku nak rajinkan diri aku nie dengan taip satu persatu bagi pendedahan dan kesedaran kengkawan lain..tiada niat lain selain niat untuk memberi kesedaran termasuk ingatkan diri aku sendiri...

(kandungan isi adalah sepertimana dalam buku tersebut)

SKOP PENIPUAN KEWANGAN

 Secara umumnya, penipuan ialah suatu jenayah dan juga suatu pelanggaran undang2 SIVIL. diantaranya jenis penipuan termasuklah penipuan kewangan yang mana boleh didefinasikan sebagai tindakan penipuan yg melibatkan urus niaga kewangan dengan tujuan untuk dapatkan keuntungan peribadi.

Penipuan kewangan melibatkan berbagaijenis skim kewangan secara haram dimana modus operadinya sentiasa berubah2 untuk memperdayakan orang ramai agar menyertai skim2 kewangan dan pelaburan yang dijalankan sama ada berlesen atau tidak berlesen dari pihak berkuasa yg berkenaan.

Agensi atau pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam memantau dan mengambil tindakan undang-undang ke atas aktiviti2 penipuan kewangan termasuk PDRM, BNM,SC,KPDNKK. setiap agensi atau pihakberkuasa yang berkenaan mempunyai akta dan bidang kuasa masing2 dalam memantau skim2 penipuan dan kewangan secara haram

Buku ini mengandungi Modus Operandi aktiviti penipuan dan skim kewangan secara haram setiap/pihak berkuasa berkenaan.

Apa maksud Modus Operandi

Klu dalam rancangan 999 selalu sebut MO @ modus operandi..mybe ada yang tahu dan ada juga yang tidak tahu, sebelum aku join kerja aku sekarang nie aku mmg tak amik tahu apa dia MO tu..dan kadang2 aku keliru apa yang di maksudkan dengan MO nie......
untuk makluman kengkawan...MO ini adalah CARA jenayah tersebut dilakukan... 

Link Team OD