Tuesday, January 11, 2011

TEKNIK EMAS 30/70 (TEKNIK 2)

Salam kengkawan


sebelum ini aku ada open post pasal Teknik Rempit Emas Teknik 1 klu sesiapa lum baca boleh baca dululah...


teknik Emas 30/70 nie pun ramai yang gunakan terutama dealer yang semestinya mencari kaedah untuk menjual Emas diorg nie..sehingga mendatangkan masalah kerana ianya dibuat  lebih kurang mcm skim cepat kaya yang mana ada 1 syarikat hadapi masalah sekarang kerana produk yang dikeluarkan oleh syarikat nie di manipulasi sedangkan syarikat ini adalah syarikat menjual dan membeli emas sahaja...


apakah teknik Emas 30/70 ini..mcm biasalah ramai org suka ayat menggunakan contoh dan angka sahaja...


kita mulakan dengan


                          Azhar adalah pembeli
                     Ali sebagai Dealer Emas


EMAS 100 Gram dimana harga adalah RM 15,000 ( contoh mudah )


Ali sebagai dealer emas telah membuat TT Emas bersama Azhar dan Ali telah rekmen kepada Azhar supaya membeli emas pada harga yang amat murah sambil menunjukan emas 100 gram yang harga pasaran bernilai RM 15,000.


siapa tak teruja klu orang offer hanya keluarkan modal 30% dari nilai emas tu...
30% = RM 4,500


dengan wang RM 4,500 Azhar boleh miliki emas 100gram...fuhh!!! dahsyat orang lain beli emas 100 gram dengan harga RM 15,000 bro Azhar kita hanya beli emas dengan harga RM 4,500
memang murah gila....jom beli emas 1kg terus
beli 1 kg dengan Ali nie hanya perlu kuarkan modal RM 45,000 jer sedangkan harga semasa adalah RM 150,000


TETAPI


korang jgn suka sangat kena fahamkan betul2 camner diorg manipulate teknik nie...


bila Azhar bagi duit RM 4,500 Azhar akan dapat emas tu kat tangan dia..Ali memang tak tipu tp ada SYARAT iaitu Ali akan bawa Azhar ke Ar-Rahnu bagi tujuan pajakan Emas 100 gram tersebut..sebab takkan Ali nak jual Emas 100 Gram hanya dengan harga RM 4,500..gila apa...
bila sampai Ar-Rahnu..Emas tersebut akan di pajakkan untuk dapatkan Pinjaman..
so pihak Bank akan berikan pinjaman 70% dari nilai emas..


RM 15,000 x 70% = RM 10,500


Emas tadi dipajak atas nama Azhar..so emas secara Automatik menjadi milik Azhar tadi..
manakala duit pinjaman RM 10,500 tadi Ali akan ambil sebagai bayaran PENUH harga emas tadi


RM 4,500 (30%) + RM 10,500 (70%) = RM 15,000


adakah anda telah lihat teknik nie...


dalam teknik ini Ali memang telah berjaya menjual EMAS tersebut tetapi klu Ali terangkan step seterusnya camner Azhar nak tebus balik aku setuju tetapi klu Ali main tinggal jer Azhar pandai2 tebus emas tu aku tak setuju cara teknik 30/70 nie....


pada aku mmg tiada unsur penipuan dalam teknik nie..CLEAN.
ianya akan jadi masalah adalah apabila EMAS yang di pajak tersebut tidak ditebus oleh pemajak...jadilah kes2 dulu, klu tak silap aku syarikat ETIKA Emas dan buluh Emas juga gunakan teknik nie....sampai pihak Bank Negara Malaysia black list syarikat nie...


moral of post adalah jika korang nak gunakan teknik nie kena hati2..kena tahu ilmu pajak emas nie...aku takut emas ko tu lebur camtu jer...
apapun teknik nie pada aku lebih kurang sama mcm teknik rempit emas iaitu gunakan Ar-Rahnu sebagai platform dapatkan wang..


aku rasa ayat aku nie mcm kelam kabut ckit..tp apa yang aku nak sampaikan mybe korang leh faham kot..


Open 2 komen