Tuesday, January 4, 2011

ADAKAH SESUAI TEKNIK REMPIT EMAS

Salam kengkawan


mari kita bincangkan hal  Teknik rempit Emas  walaupun aku tahu yang aku hanya bercerita sorang diri dan yang lain dok jadi silent reader...ramai jugak PM inbox aku kata malu n tak tahu nak cita apa..apa pun marilah meriahkan dengan komen2 yang bernas dan soalan yang membina..


post lepas aku ada bukak cita pasal Teknik Rempit Emas..mmg banyak jugak aku dapat msg dari kengkawan dan komen xpecialy dalam Team OD fb.. dari pandangan aku mmg ramai yang tidak setuju dengan teknik rempit..bukan 100% tidak setuju tetapi tidak setuju jika merempit sampai duit habis licin...


aku akan tunjukan kesannya secara pengiraan..lagi mudah sebenarnya jika kita berbahasa
dengan angka nie daripada aku membebel yang kadang2 orang tidak faham...


kita amik contoh lepas dengan bermodalkan 30k


PAJAKAN PERTAMA

RM 30,000 x 70% = RM 21,000


so kita kira klu pinjaman hanya 6 bulan
RM 21,000 / 6 bulan = RM 3,500


klu 18 bulan
RM 21,000 / 18 bulan = RM 1,166.60


( pengiraan tidak termasuk upah simpan )

PAJAKAN KEDUA
 
RM 21,000 x 70% = RM 14,700


so kita kira klu pinjaman hanya 6 bulan
RM 14,700 / 6 bulan = RM 2,450


klu 18 bulan
RM 14,700 / 18 bulan = RM 816.70


( pengiraan tidak termasuk upah simpan )


PAJAKAN KE TIGA
  
 RM 14,600 x 70% = RM 10,220

so kita kira klu pinjaman hanya 6 bulan
RM 10,220 / 6 bulan = RM 1,703.30


klu 18 bulan
RM 10,220 / 18 bulan = RM 567.80


( pengiraan tidak termasuk upah simpan )

PAJAKAN KE EMPAT

 RM 10,220 x 70% = RM 7,154

so kita kira klu pinjaman hanya 6 bulan
RM 7,154 / 6 bulan = RM 1,192.30


klu 18 bulan
RM 7,154 / 18 bulan = RM 397.40


( pengiraan tidak termasuk upah simpan )

PAJAKAN KE LIMA

 RM 7,154 x 70% = RM 5,007.80

so kita kira klu pinjaman hanya 6 bulan
RM 5,007.80 / 6 bulan = RM 834.60


klu 18 bulan
RM 5,007.80 / 18 bulan = RM 278.20


( pengiraan tidak termasuk upah simpan )

aku rasa cukuplah pengiraan kat atas tu..korang mybe dah faham..
dalam siatuasi kat atas aku bezakan antara bayaran tuk 6 bulan dan juga 18 bulan(max)

Dalam masa 6 bulan untuk pajakan 5 kali
                                            RM    3,500.00
                                            RM    2,450.00  
                                            RM    1,703.30
                                            RM    1,192.30
                                            RM       834.60
                                            RM    9,680.20 

Dalam masa 18 bulan untuk pajakan 5 kali
                                            RM   1,166.60
                                            RM      816.70 
                                            RM      567.80
                                            RM      397.40 
                                            RM      278.20
                                            RM   3,226.70 

aku lihat ramai penjual/ajen Emas jual emas tak beritahu apa kesan pajakan secara detail sebab nak lakukan sales..
aku tak salahkan penjual/ajen coz sepatutnya orang yang beli dan nak gunakan teknik rempit nie dah belajar or kaji kesannya..bukan apa..aku takut jika rugi dan emas tergadai pembeli tadi kejar penjual.ajen kata tipulah apalah....

6 bulan dengan 5 kali pajakan


klu kita tgk 6 bulan dengan 5 kali pajakan mmg sakit sebab klu kita mahu bayar setiap bulan kita perlu bayar RM 9,680.20 setiap bulan..
ohhh!!! aku nak bayar lamsum 6 bulan jer..wah!! ko mmg kaya nak bayar lamsum 6 bulan =
RM 58,081.80 (tidak termasuk upah simpan)

tepuk dada tanya selera

18 bulan dengan 5 kali pajakan

bagaimana pula dengan 18 bulan dengan pajakan 5 kali..yang ini aku tgk mmg kecil bayaran bulanannya tetapi upah simpan plak yang tinggi...

RM 3,226.70 adakah bayaran yang perlu ko bayar setiap bulan bagi tempoh 18 bulan dan jila mahu bayar lamsum pada bulan ke 18 memang tak boleh..kerana setiap 6 bulan ko kena bayar upah simpan 6 bulan terdahulu lepas itu barulah buat surat baru untuk 6 bulan berikutnya.

disini aku bukan nak halang ko buat teknik rempit tetapi kenalah bijak gunakan teknik ini..
mcm buatlah 2 kali sahaja..duit lebihan bolehlah ko roling buat apa-apa yang patut jgn beli emas lagi..

pengalaman

so aku juga adalah ajen PG, cuma aku tak war-warkan sgt coz aku nie lebih kepada investor sahaja..aku ada gunakan teknik rempit ini dengan 3 kali pajakan..dimana aku tebus emas aku semula setiap bulan.
ini semua adalah kerana aku ada backup teknik iaitu Teknik OD+ASB+CC . dengan adanya teknik ini,yg mana gaji bersih aku adalah RM 2,700 sebulan dan aku boleh saving ke dalam akaun ASB aku RM 2,500..
so dengan adanya teknik rempit ini aku telah ubah perancangan kewangan aku dimana aku telah kurangkan saving bulanan aku kepada RM 1,500 sahaja.
lagi RM 1,000 aku gunakan untuk tebus semula emas yang aku telah pajak di Ar-Rahnu Agro bank.
so, pada fikiran aku aku still dapat membuat simpanan cash dan juga emas setiap bulan..

aku rasa terlalu panjang post kali nie...kita layan dulu post aku nie...cuma key point yang aku nak sampaikan adalah JGN BUAT PAJAKAN SAMPAI HABIS DUIT..

Open 2 komen