Sunday, May 23, 2010

17.TEKNIK OD+RUMAH PART 4

Salam kengkawan

Kita sambung post kita yang lepas..still basic camner nak buat pilihan rumah lelong..
Last perbincangan aritu adalah pasal pilihan tingkat berapa rumah harus di pilih..

Ok apa lagi ehhh..

4) BEKALAN API DAN BEKALAN AIR
Lepas kita dah dapat pastikan keadaan rumah yang baik dan tidak mempunyai masalah..

kita kena lihatlah rumah tu ada bekalan api ker tidak..Begitu juga dengan bekalan air dia..biasanya jika bekalan api dan air yang masih belum dipotong kita dah boleh agak yang rumah nie baru sahaja di tinggalkan..

Bukan apa klu api&air still ada jadi maksudnya kerja korang dah tak banyak..tak perlu pergi TNB atau SAJ(air) tuk membuat proses daftar baru..

just tukar nama ajer ..bayangkan jika ko berjaya beli rumah tu dengan lelongan ko terus boleh sewakan rumah tu..

heheh monthly bank belum bayar tp ko dah blasah sewa+deposit 2@3 bulan untung...heheh

Bagi tujuan proses pemasangan baru(meter api tiada) pihak TNB biasanya akan minta kita berurusan dengan pihak kontraktor yang dilantik..kat cnie jer kita perlu kuarkan modal dalam RM 250 tuk dibayar kepada kontraktor terbabit tidak termasuk deposit api tuk TNB pula yang dianggarkan l/kurang RM 180.

klu meter api tu ada tidak masalah sgt tinggal maklumkan TNB kita nak pasang semula api rumah tersebut.

Manakala urusan pemasangan air pula (tiada meter) pihak SAJ akan lantik jugak kontraktor tuk pasang meter biasanya pihak kotraktor SAJ nie akan tgk pulak berapa panjang paip yg diperlukan dan akan kenakan caj mengikut barang2 yang dibeli..biasalah harga dari RM 2 dah jadi RM 8..biasalah tu..aku pernah kena nak pasang meter jer kena RM 200 tidak termasuk deposit SAJ iaitu RM 90..

Tp bagaimana pula jika ada tunggakan bil api & bil air rumah tersebut??

Ok jika ada tunggukan bil api & air rumah tersebut mmg ko tak boleh elak..kena bayar tungakan tersebut..

Biasanya bil api & air tidak banyak, tp jika 2 bil nie sampai 20k baik ko tak payah beli rumah nie..

sebab tu pada awal post kita nasihatkan sebelum beli lihat keadaan rumah dulu..base pada pengalaman aku mmg tak mahal bil2 api & air nie..yg mahalnyee adalah maintaint fee(jika umah flat)..nanti aku citakan..

Emm camner pulak nak tukar nama onwer(bil) lama kepada nama kita??boleh ker???

Sudah tentu boleh..lepas kita menang lelong kita ada dapat kontrak lelongan..surat tulah kita gunakan gi TNB & SAJ tuk proses tukar nama..

mmg tak ada masalah bila kita tunjukkan kontrak lelongan tersebut..nanti diorang akan buat proses pertukaran tersebut.

5) PERIKSA PETI SURAT
Ok kita tinggalkan rumah tersebut..jomm

lepas kita puas hati kita cek pula peti surat rumah tersebut..klu peti tu berkunci pandai2 ko nak adjust bagi terbukak..mana tangan yg ‘comel’ bleh masuk peti tu ko hulurlah masuk..biasanya mmg ada bil2 api & air
Then kat ctu kita boleh lihat berapa tungakan bil2 tersebut..

6) SERVEY HARGA PASARAN RUMAH DAN KADAR SEWA BULANAN.
Lepas ko buat projek kat peti surat tu..ko gilah buat ‘banci’ kat area tu..tanyalah pakcik dan makcik pasal

1) Harga diorg beli rumah tu
2) Berapa harga sekarang klu jual rumah tu
3) Berapa kadar sewaan bulanan
4) Senang ker tidak dapat penyewa area tu
5) Dekat 2 area tu ada apa..
6) Kemudahan bas senang dapat tak
7) Sekolah, kedai, stesen minyak, bank kat maner? Jauh ke tidak..
8) Etc..ko tanyalah apa ko nak tahu

Banyak info ko bleh tahu pasal rumah lelong yg ko nak beli tu..klu area tu mmg susah nak cari penyewa dan kadar sewa ciput baik pilih rumah lain..

geng2 kena ingat aku ada baca 1 buku dia kata jgn terlalu expect harga 10 tahun dari sekarang bila nak membeli kita kena pikir harga sekarang..10 tahun tu klu ko dah mati(bisnes thinking)..emm pikirlah sendiri

post akan datang kita sembang plak pasal
maintaint fee, cukai pintu,cukai tanah, hidden fee..layan dulu post nie


open 2 komen

Link Team OD