Friday, May 28, 2010

22.TEKNIK OD+RUMAH PART 7

Salam kengkawan..

arinie 2 post aku buat..cayalahh..
Post terakhir aku td adalah pasal shoping window kat bank2..so pasal rumah kita dah target 1 @ 2 bijik umah lelong yang kita nak beli..tp den aku ada tambahan lagi sebelum ko masuk dalam bilik lelongan...hehe ada lagi satu beb..tak abis lagi iaitu:---


12. BUAT BANK DRAFF
Bank Draff nie korang kena buat sebelum masuk dalam auction room..

Biasanya pihak lelongan kenakan 5% daripada RP atau 10% daripada RP..
kena lihat syarat pelelong..mcm maner nak tgk benda tu semua..

ko kena tgk no telefon pelelong dan call..buat pengesahan berapa deposit yg diorg kenakan..
silap2 klu ko telefon boleh tahu siap2 rumah tu available lagi atau dah ‘call off’

Tahu ker ko nie camner nak buat bank draff ?

Mau aku cita ker camner nak buat..heheh..oklah kita cita sambil layan minum milo...
Senang jer sebenarnya nak buat bank draf nie..

Cakaplah 5% deposit tu 3k

1) So ko pergilah mana2 bank..bawak cash 3k..cakap kat awek bank tu ko nak buat bank draff sebanyak 3k..
2) So nanti di akan beri ko borang bank draff dan ko isilah mcm biasa..
3) Kena diingatkan pengalamat pembayar tu ko kena isi betul2..maybank ker, public bank ker, cimb bank ker...(tanya pelelong nak letak atas nama siapa)
4) Lepas ko dah siap isi borang bank draff tu...ko amiklah nombor giliran dulu...pastu gi duduk tunggu nombor ko tu dipanggil..heheh
5) Lepas ko dipanggil tu nanti dia akan proseslah dalam masa 10 minit jer..siaplah..
6) kena di ingatkan pada pembeli luar kawasan..
Klu ko buat bank draff kat johor sedangkan ko orang taiping..bila ko gagal beli umah tu ko still kena tunaikan balik bank draff kat johor tmpt ko buat bank draff tu..boleh uruskan kat taiping tp banyak ‘ cengkadak’ kena buat..
7) klu ko nak beli 2 rumah..ko kena buat 2 bank draff..
8) kena diingatkan bank draff hendaklah atas nama pembeli bukan wakil.

Pada pendapat akulah..ko jgn target 1 bijik umah lelong ajer, ko targetlah 2 @ 3 bijik umah..nie adalah kerana:-

1) Kita tidak tahu berapa ramai yang masuk bid rumah tu..silap2 kita tak dapat so ada pilihan rumah 2 @ 3..
2) Kita tidak tahu umah yg kita target tu ‘call off’ maksudnya onwer lama bayar last minit..
3) Etc masalah lain..carilah masalah sendiri..heheh

So bila ko ada bank draff kita pegi auction room..

Ada lagi ker aku tertinggal sebelum masuk auction room nie...
Aku insan lemah...kdg2 pelupa...


 
Open 2 komen

Link Team OD