Sunday, February 26, 2012

HELLO PUAN ADA HUTANG KAD KREDIT ........

Salam Kengkawan

Arinie aku rasa nak beri nasihat ckit pada kengkawan dalam Team OD nie..yerlah dah banyak kes aku siasat dan aku tgk trend nie makin senang orang kena tipu...ianya berkait rapat dengan Kad Kredit....
ikuti kisah di bawah...

Khairul: Helo.. leh bercakap dengan Puan Haslina?

Haslina: ya, saya bercakap, siapa nie?

Khairul: Maaf Puan mengganggu, saya Khairul buat penggilan dari Kad Kredit center MBF, Adakah puan nie nama Haslina Bt Gold Man (hehehe) Kpt: 790477-100-4533?

Haslina: yup betul..ada apa ehh!!!! ( dgn suara manja...

Khairul: ok, camnie kad kredit MBF puan telah tertunggak sebanyak RM 9,000 dan telah 6 bulan ianya tidak di bayar, adakah puan nak selesaikan hutang tersebut...

Haslina: ehh!!! mana saya ada aplly kad kredit MBF nie...saya tak tau apa-apa nie...

Khairul : ya, puan Kad kredit MBF nie di daftarkan atas nama puan, di buka di Sarawak dan pengeluaran RM 8,500 telah puan gunakan di Singapore..dan 500 adalah interest...

Haslina: saya tidak tahu...saya tak pernah ke sarawak dan saya org johor

Khairul: ok, puan camnie, saya boleh bantu puan jika benar CC nie puan tak aplly, tetapi puan kena berhubung dengan Bank Negara Malaysia...nie nombornyee 03-444555999(dummy jer)

Haslina: ok

maka haslina pun helo BNM tu...

haslina: helo, boleh saya bercakap dengan bahagian keselamatan CC

lim : ya, saya Lim bercakap..ada masalah apa puan..

Haslina: camnie, saya tak ada gunakan CC MBF tetapi td ada bank tepon kata saya ada gunakan CC tu,saya tak gunakan pun...

Lim: sebentar puan saya semak....bagi IC puan...

haslina : KPT saya ..............

Lim: sebentar saya semak....

3 minit kemudian....

Lim : helo puan...ok dari rekod BNM saya lihat mmg puan ada gunakan kad kredit MBF no kad XXXX XXX 3341 ada tunggakan sebanyak RM 9,000 dan nama pun telah di senarai hitamkan kerana sudah 6 bulan tak bayar.....lagi 1 dari semakan saya puan ada akaun RHB no 3333 XXX ####2 2223 wang dalam akaun ada sebanyak 48k dan akaun tersebut telah di bekukan...puan ada akaun RHB ker???

Haslina: Masy'Allah....saya tak ada akaun RHB pun...nie br nak aplly OD ( hahah lawak)....kenapa akaun di bekukan nie...

Lim: dari rekod kami puan ada membuat pengubahan wang Haram dan akaun puan telah di bekukan bagi siasatan pihak BNM dan juga pihak polis...sebentar saya sambungkan dengan pihak polis dan minta puan jgn letak telefon....

Tuan Gun : helo puan Haslina..ini Tuan Gun dari JEnayah Komersil Bukit Aman....saya di maklumkan oleh BNM puan ada telefon BNM...ok camnie..akaun RHB puan kami percaya ada terlibat dengan kes pengubahan wang haram dan sedang di siasat oleh pihak polis dan mungkin semua harta puan akan di siasat dan mungkin akan di rampas....

Haslina: tolonglah Tuan saya mana tau semua benda nie...sumpah saya tak tahu....

Tuan Gun: ok camnie..saya serahkan semula kepada pihak Bank Negara iaitu Lim...awak tolong beri kerjasama sepenuhnya.......

bermulalah kes yang "sengal" di lakukan oleh Haslina kerana takut....

Lim: ok, puan Haslina, perkara CC MBF kami boleh bantu dan jika puan tidak ada gunakan kami akan batalkan CC tersebut dan puan tak payah bayar langsung....

Haslina: Allham'dulilah.....

Lim: tp, Akaun RHB puan nie kesalahan serius....

haslina: apa saya nak buat..tolonglah saya....

Lim.: ok bagi melicinkan siasatan pihak BNM, kami perlukan semua maklumat berkait wang simpanan Puan..semua sekali...

Haslina: ok, saya semua saving saya  ada di ASB jer...

Lim: ok, puan kena keluarkan semua wang puan sebelum akaun puan itu di bekukan oleh BNM..saya ingin membantu nie....

Haslina: ok, saya keluarkan...saya dah dekat bank sekarang

Lim: ok, jgn letakkan telefon...puan di bank mana?

Haslina: Maybank....

Lim: ok, sila masukan semua wang pun pada akaun 3333 XXXX 4444 2134 ini adalah akaun pegawai  Bank Negara..

Haslina: kenapa saya kena masukkan wang itu....

Lim: ini adalah prosedur, kami nak lihat sama ada wang ini juga wang haram..dalam masa 2 jam wang puan akan di kembalikan....

Haslina: ok saya dah deposit wang 200k...

Lim: ok puan...semua berjalan lancar dan sila tunggu panggilan saya semula...

lepas 3 jam haslina cek balik wang masih belum di kembalikan dan haslina telefon semula dan Lim bagi alasan belum selesai...lepas 30 minit call lagi dan Lim kata masih dalam proses..lagi 30 minit Lim dengan geramnya kata saya dah tipu ko......

sebenarnya hutang CC MBF tu adalah rekaan sahaja dan itulah cara penipuan di org..sila hati2

so, kengkawan..jika ada terima panggilan camnie..sila abaikan...ramai dah yang kena dan kerugian ribuan ringgit....
1) Abaikan jika panggilan kata ko ada hutang CC kad kredit
2) Abaikan jika terima panggilan dari BNM kata akaun ko sedang di siasat
3) Abaikan jika ko terima panggilan dari Bukit Aman...

sila abaikan semua di atas, jika takut juga sila berurusan terus dengan
1) pihak Bank terdekat...atau hubungi bank..jgn hubungi nombor telefon yang di beri oleh saspek tadi...
2) sila ke balai polis berhampiran...

jgn terkejut jika nombor yang anda terima melalui HP itu adalah nombor Bukit Aman atau BNM...sebenarnya di org ada sistem yang boleh mengelirukan org ramai dan pangilan itu sebenarnya bukan dari BNM or bukit aman...

panjangnyeee....apa pun layanzzzzz.....sila pesan pada mak ayah adik korang..