Saturday, January 14, 2012

SARA 1 MALAYSIA




 Salam Kengkawan

Hujung bulan nie bakal  wujud 1 pelaburan iaitu SARA 1Malaysia  (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia) , skim yang terbaru yang dilancarkan oleh PM seperti pic di sebelah

  • Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) akan diuruskan oleh syarikat tujuan khas (SPV), Malaysian Development Holdings Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan yang diperbadankan. 
  • Syarikat tujuan khas tersebut akan menjamin pelabur SARA 1Malaysia, skim khas untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur.
  • Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman mengatakan jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM500 juta dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 isi rumah. 
Ada 2 pilihan di sini iaitu samada melalui pinjaman ataupun pelaburan tunai daripada simpanan kita sendiri untuk membuat pelaburan dalam skim Sara 1Malaysia ini:
  • Gaji bawah RM3,000 – buah pinjaman RM5,000
  • Bulan-bulan dapat RM134 (pulangan tetap) daripada pelaburan RM5,000 pelaburan yang kita buat pinjama.
  • Bayaran bulanan untuk pinjaman sebanyak RM5,000 yang dilakukan terhadap mana-mana institusi kewangan adalah sebanyak RM84
  • Pendapatan bersih setiap bulan adalah sebanyak RM50 (RM134-RM84)
            ATAU
  • Bayaran tunai RM5,000 kepada kerajaan sebagai pelaburan
  • Pendapatan bulanan bersih adalah sebanyak RM134  (pulangan tetap) selama 5 tahun
  • Bermakna pelabur boleh untung, sehingga 2.68% sebulan

So, adakah ianya betul2 berbaloi untuk kita laburkan...dan kena ingat kengkawan..pelaburan nie hanya untuk peserta yang income isirumah bawah 3k sahaja..so geng yg ada pendapatan lebih tu tak payahlah mohon...heheheh