Sunday, August 21, 2011

DANA KECEMASAN

Salam kengkawan

Dana Kecemasan

"Dana kecemasan" adalah dana berbentuk wang tunai yang biasanya disimpan untuk kita standby dari masalah tidak di jangka melibatkan:-
  • Kecemasan kerosakan kenderaan
  • kecemasan melibatkan kesihatan
  • kecemasan diberhentikan kerja 
  • kecemasan kerosakan harta benda
  • Ahli keluarga anda memgalami masalah kesihatan yang memrlukan pembedahan segera.
  • Rumah dirompak dan semua barang di hilang
  • syarikat ko bankrup
  • Adik/saudara masuk pusat pengajian

Mengapa Perlu Ada "Dana Kecemasan"

Dana kecemasan adalah penting untuk digunakan semasa situasi seperti senarai di atas, kita sedia maklum kita tak tau bilakan kecemasan tu akan berlaku..so apa salahnya kita "sediakan payung sebelum hujan".

Dana kecemasan inilah yang kita akan gunakan sebagai modal permulaan untuk kecemasan yang kita hadapi.

kita kena ingat juga KAD KREDIT bukanlah Dana kecemasan yang aku maksudkan. dana yang aku maksudkan adalah simpanan melibatkan wang ringgit (RM) sahaja bukan dalam bentuk emas/silver atau hartanah.

Berapa banyak yang patut disimpan

pada pandangan akulah cukup sekadar 10% hingga 20%  sahaja dari SAVING korang...klu saving ko ada 100k ko simpanlah RM 10k- 20k sahaja dalam dana kecemasan.
 
TETAPI
jika kos pembedahan memerlukan belanja sampai 30k mana cukup ?? dana kecemasan kita hanya ada 10k sahaja....

korang jgn silap sebelum ini aku cakap 10% dari Saving maksudnya jika ko simpan 10k dalam dana kecemasan maksudnya ko da simpanan SAVING l/kurang 100k ( tak kira dalam bentuk apa).

pada aku lagi tak perlu banyak sgt simpan dana kecemasan nie, coz dana kecemasan nie kita jarang guna dan hanya guna apabila berlaku kecemasan sahaja dan jika dah guna topup balik dana tu dan selebihnya bolehlah masukan dalam saving or pelaburan lain.

di zaman sekarang pihak hospital akan minta deposit sebelum jalani pembedahan, so 10% tu aku rasa mmg cukup untuk di jadikan sebagai deposit awal dan bakinya ko pakailah SAVING korang tu.

Di mana perlu menyimpan "Dana Kecemasan"?

klu boleh Dana kecemasan nie simpanlah dalam satu akaun yang senang untuk ko keluarkan di dalam waktu2 kecemasan tetapi boleh memberi pulangan yang baik jugak.

kenapa tak buat Saving sebagai dana kecemasan
dana kecemasan nie klu boleh asingkanlah dari saving korang tu..bukan banyak pun 10% hingga 20% sahaja..

biasanya klu kita satukan saving dan dana kecemasan dalam 1 akaun di takuti korang akan gunakan jugak dana kecemasan itu nanti.
bak kata pepatah "jangan letakkan telur dalam 1 bakul yang sama"


mana nak simpan dulu, saving atau dana kecemasan

"pay yourself first"..simpanlah wang simpanan dulu dan barulah wujudkan dana kecemasan..jgn saving pun tak ada tp berangan nak wujudkan dana kecemasan plak..