Thursday, November 4, 2010

1.KISAH MLM DAN UPTREND YANG BERJAYA

salam kengkawan


ini adalah salah satu contoh yang baik dari peniagaan MLM telah berjaya mengubah diri kepada satu bidang perniagaan yang baik..tidak tertumpu pada 1 bidang sahaja iaitu MLM atau Uptrend tetapi mamat nie telah buka biz yang menjanjikan pulangan yang baik pada masa akan datang

TIDAK ramai di dunia ini individu yang berusia semuda 25 tahun mampu menikmati kemewahan hidup dengan bergelar jutawan muda.
Pemilik nama Mohd. Ali Hanafi Khairi, 25, merupakan antara segelintir ‘bintang’ yang bakal memasuki kelompok elit tersebut.


Tiga tahun selepas menyertai syarikat pemasaran berbilang peringkat (MLM), Uptrend, Mohd. Ali semakin menghampiri impiannya.


Namun bukan MLM sahaja yang membantu dia memenuhi impian.


Sebaliknya kepandaian menggunakan wang yang diperoleh itu untuk membuka perniagaan adalah lebih penting.


Bak kata Mohd. Ali: “Money makes money.”


Kosmo!: Anda sedang menanti hari untuk bergelar jutawan. Apakah rahsianya?
Mohd. Ali: Falsafah saya ialah ‘money makes money’. Hasil keuntungan daripada MLM ini saya laburkan untuk tujuan perniagaan lain.

Kini, saya mempunyai sebuah pusat baik pulih dan membekal alat ganti kereta BMW di Damansara Perdana, Petaling Jaya dengan modal berbayar RM200,000 semasa ia ditubuhkan.

Dalam masa terdekat sebuah studio muzik dengan peralatan canggih sepenuhnya dijangka siap dan mula beroperasi pada awal tahun depan.

Ia hasil kerjasama saya dengan seorang lagi ahli MLM yang telah berjaya.

Pada masa depan saya merancang untuk membina sebuah kompleks futsal yang akan menyediakan pelbagai kemudahan terutamanya kepada golongan belia.

Di Uptrend, kami dididik supaya mengembangkan pendapatan dengan menceburi pelbagai bidang ekonomi.

Semuanya bermula daripada duit hasil MLM kerana kumpulan kami terdiri daripada pakar kewangan, pakar hartanah, pakar pemasaran dan juga pakar perunding.

Inilah kebenaran konsep ‘orang kaya bertambah kaya’ kerana modal itu mampu membeli aset yang membawa keuntungan berterusan.
 Kenapa memilih MLM dan Uptrend?
Saya bercita-cita untuk menjadi seorang ahli perniagaan tetapi keluarga saya miskin. Jadi saya menyertai Uptrend, itu pun selepas lima kali diberi penerangan.

Pendapatan bulan pertama saya sebaik saja menyertai syarikat itu ialah RM10,000 iaitu satu jumlah yang tidak pernah terlintas di fikiran saya.

Uptrend mempunyai rekod prestasi yang baik dan telah menembusi pasaran antarabangsa.

Bagaimana anda mengukur kejayaan sekarang?
Lapan bulan selepas menyertai syarikat ini pada Januari 2006, saya mampu membeli kereta BMW 3 series dan empat bulan kemudian Mercedes E200 Kompresor.

Saya juga telah memiliki rumah serta keluarga sendiri. Syukur, saya memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM30,000 sebulan hasil daripada MLM ini.


Apakah kenangan paling manis setakat ini?
Saya menitiskan air mata apabila berjaya melangsaikan hutang arwah ayah saya sebanyak RM3,800 yang dia pinjam daripada seorang rakannya bagi membolehkan saya melanjutkan pengajian dalam bidang muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Nilai itu mungkin kecil jika dibandingkan dengan pendapatan saya sekarang tetapi ia satu jumlah yang cukup besar dua tahun lalu iaitu sebelum saya menyertai Uptrend.

Hutang itu saya berjaya langsaikan dalam bulan pertama selepas saya menyertai syarikat ini.
Ia mempunyai nilai yang sangat bermakna kepada saya. Saya sedar di situlah saya bermula sebelum berada pada kedudukan sekarang.

Apa nasihat anda kepada orang muda di luar sana?
Rebutlah setiap peluang yang mendatang dan berpeganglah pada prinsip ‘apa yang akan kita nikmati pada masa depan adalah hasil usaha kita pada hari ini’.

Jika pada usia tua kita nanti susah, ia bukan silap takdir atau orang lain sebaliknya kita sendiri yang melepaskan peluang yang ada.

Kejayaan saya hari ini adalah disebabkan kesedaran untuk berubah dan juga bantuan daripada rakan-rakan dalam syarikat ini.

Saya sendiri tidak keberatan untuk berkongsi kejayaan ini dengan semua orang.

itulah kisah seorang yang telah berjaya..bukan 100% dari MLM atau Uptrend tapi MLM atau Uptrend tu adalah flatform dia untuk berjaya...

Open 2 komen