Monday, July 19, 2010

7.TEKNIK OD+RUMAH PART 15



Salam kengkawan

Lama aku tak update pasal rumah nie,silap2 ko kena refresh dan ulang semula apa part 13 atau 14 sebelum nie..post kali nie kita dah masuk ke bab jumpa laywer dah...
so

langkah 2
pada langkah nie ko kena cari laywer plaklah..klu tak saper nak uruskan hal2 urusan dengan dengan laywer bank pelelong,SUK dan banyak hal2 dokumen yg panjang2 n rumit..

pada aku ko lantik jer laywer..lagi satu klu boleh carilah laywer yang pernah buat urusan rumah lelong..jgn amik laywer baru atau yg tak pernah buat urusan rumah lelong..payah bro..silap2 dia tanya balik ko pasal nak buat apa..

pasal bab caj kos guaman nie mmg setiap firm guaman ada beza2 harga..tak sama, aku plak biarlah bayar lebih ckit asal kerja tak sangkut-sangkut..kena ingat kita kena kejarkan masa 120 hari tu..klu tak duit deposit hangus lagi haru...

biasanya kena ada 2 laywer ( 2 urusan )
1) Urusan dengan bank pasal housing loan
2) Urusan dengan bank pelelong dan juga pihak SUK, pejabat tanah, etc

Klu ko nak guna firma guaman yg sama pun tak ada masalah..biar diorg yang uruskan lagi senang.

Apa perlu ko buat adalah:-

Serahkan segala dokumen yang laywer tu nak termasuk kontrak jualan yang asli dan juga bank maner ko nak aplly loan rumah..

Lepas tu ko biarkan pihak laywer buat kerja dia iaitu siapkan dokumen berkaitan beli rumah, consent dari SUK, bank pelelong, bank pinjaman, pemaju rumah lelong..etc
Ko jgn risau pasal laywer tahu apa nak buat, sebab tu kita upah dia..ko Cuma follow up jer..

Bila doc siap ko tinggal datang n tandatangan jer dokumen2 tu..tp klu boleh ko sain serentak dengan offer letter dari bank( housing loan), senang tak payah ko terkejar2 kesana kemari, kejap bank panggil sain offer letter jap laywer suruh sain doc pulak..nak senang ko cakap ko nak sains serentak..

Apa pun ko kena selalu call laywer ko dan amik tahu perkembangan umah ko tu..jgn sampai dia kata tak pasti..klu dia ckp camtu ko ..tuttt.. jer

Langkah 3

Bila urusan telah diserahkan kepada laywer bukan bermakna urusan umah ko dah selesai, ko silap bro..banyak lagi langkah ko kena buat
1) Bayar tungakan maintenance fee
2) Bayar tungakan cukai tanah/pintu
3) Bayar tunggakan bil air
4) Bayar tunggakan bil api

BAYAR TUNGGAKAN MAINTENANCE FEE
Pasal tunggakan maintenance fee nie suruh laywer ko hantar surat ke pihak pemaju@pejabat maintenance tanya berapa tunggakan yang perlu dibayar..urusan dapatkan jumlah tepat@sahih dari maintenance nie pun makan masa seminggu atau dua minggu klu maintenance tu cepat 2@3 hari jer..apa pun kena follow up..

Bila dah dapat surat berapa tunggakkan tu, laywer akan call dan cakap berapa jumlah tunggakan maintenance..jgn suruh laywer bayar..ko pergi sendiri bayar dan dapatkan resit bayaran dan serahkan semula pada laywer ko tuk rekod pembayaran.

BAYAR TUNGGAKAN CUKAI TANAH/CUKAI PINTU
Pasal tungakan cukai tanah/cukai pintu tak payah suruh laywer uruskan ko boleh uruskan sendiri..caranya adalah ko pergi ke majlis perbandaran dan bayar..simple tp klu boleh bawak resit cukai pintu n cukai tanah tu..senang nak rujuk..

BAYAR BIL TUNGGAKAN AIR
Biasanya klu umah belum potong oklah tinggal tukar nama jer, tp klu dah tak ada meter ko kenalah rujuk SAJ tuk pemasangan dan tukar nama, caranya adalah bawak surat kontrak jualan(salinan) dan kata nak buat baru dan bayar tunggakan bil air tersebut. Biasanya kita berurusan direct ke SAJ bukan pos ofice..dalam seminggu adalah air..dah boleh orang duduk sewa.

BAYAR BIL TUNGAKAN API
Sama mcm cara bayar bil air tadi, ko kena bawak kontrak jualan(salinan) dan bayarlah tunggakan, klu meter tak ada kenalah upah kontraktor dn tunggu dalam masa 1 minggu..then dah ada lampu boleh sewakan terus..




Open 2 komen
Link Team OD