Tuesday, May 11, 2010

6.TEKNIK OD+ASB+ASW

Salam kengkawan


pagi2 nie lepas bangun tido aku terasa nak buat teknik nie plak..bukan aper, selama nie aku hanya tahu secara teori sahaja dan aku sebenarnya belum praktikan lagi teknik OD+ASB+ASW nie..

tetapi secara LOGIK nyee ianya memang gempak!!! + mmg logik..buta-buta jer ko akan dapat duit setiap hujung tahun tanpa lakukan apa-apa kerja, tanpa buat kerja sambilan ataupun OT(overtime)

nak tahu bagaimana??? Jom kita sama2 bincangkan..

teknik ini perlukan ko kena ada:-
1) Buku ASB
2) Buku ASW

Selama nie kita belajar pasal OD dengan bercagarkan sijil ASB, adakah kamu tahu OD jugak boleh dibuat dengan bercagarkan sijil ASW..bagaimana rate dia kita sembang kemudian, kita fokus pada TEKNIK OD+ASB+ASW nie ajer..

Kita andaikan ko ada 50k cash..

Kita ubah teknik ckit (seblm nie kita buat OD/ASB) so
Dalam teknik nie kita buat OD/ASW.

Bagaimana caranyee nak buat OD/ASW???
Heheh korang nie mmg nak kena suap jar..hahaha

Ok cara adalah sama ajer iaitu kita tukarkan duit cash 50k tu kepada sijil ASW kat PNB
Pastu kita gi CIMB dan buat OD bercagarkan sijil ASW anda tu..sama ajerkan...

CIMB akan beri 90% sahaja daripada 50k..(BLR-1.65%)

ko akan dapat OD/ASW
RM 50,000 x 90% = RM 45,000

Ok step seterusnya anda gi maybank..kita buat LOAN ASB. maybank ada plan Loan ASB terbaik setakat nie yang leh pinjam sampai 200k.

kita amik ASB Loan RM200k, monthly dlm RM1,100-00, so amik tempoh paling panjang iaitu maksimum 25 tahun .

Payment : RM1,100 X 12 bln = RM13,200

RM45,000 - RM13,200 = RM 31,800 (balance OD)

next year berikutnya.... mcm biasalah kita bayar tiap-tiap bulan ( ingat Teknik jadi orang yang paling kedekut nak kuarkan duit OD)

so cukup tahun,kira dividen..

ASB - 7%
ASW - 6% (duit OD)

dividen tuk ASB kita andaikan 7%
Dividen ASB RM200,000 X 7% = RM14,000

Dividen tuk ASW kita adaikan 6% (OD/ASW)
RM 45,000 x 6% = RM 2,700

Jumlah RM 14,000 + 2,700 = RM 16,700

saper nak bagi RM 16,700 setiap tahun...

So, kat cnie kita leh Nampak kita 'makan' 2 dividen iaitu di
ASB
ASW

Mybe ada yang pening ckit..heheh..dalam Team Overdraf (OD) nie mmg nak kasi ‘otak’ korang Bekerja ckit..selama nie duk bagi manja jer…bagi ligat ckit dengan Teknik- teknik yang berguna Untuk mengubah cara kewangan kita…

Ok klu den silap saper2 yg pernah buat Teknik nie silalah komen ckit..
Sama-sama belajar…sharing is caring


Link Team OD