Saturday, April 24, 2010

15.OD dan CCRIS

salam kengkawan..

aku terpanggil lak nak buat tajuk pasal OD dan CCRIS nie
adakah kamu tahu apakah CCRIS

CCRIS

adalah laporan dari pihak BANK NEGARA MALAYSIA terhadap kita punya financial
apa masalah jika kita ada CCRIS
1) masalah untuk buat loan..
2) masalah untuk keluar negara
3) masalah untuk dapatkan pinjaman pendidikan anak2..
4) sila tambah sendiri..

heheh erin tolong tambah..nie basic jar.

apa yang termasuk dalam CCRIS
1) pinjaman rumah
2) pinjaman kereta
3)credit Card
4) pinjaman peribadi
5) hutang yang melebihi 30k
6) ????

OD pulak aku tak berapa pasti tp orang kata ianya bukan satu hutang coz kita ada cagar sijil ASB..so bila kita tak boleh bayar bank leh tebus balik bagi pihak bank...
tp ada juga orang cakap ianya masuk jugak ikut pada penggunaan kita.
contoh:- adaikan OD 30k

Klu dah pakai 15k, yang balance lagi 15k tu akan digunakan setiap bulan utk bayar interest. katakan 30k tu habis digunakan & interest tiap2 bulan tak dibayar, barulah akan muncul dalam CCRIS sebagai Tak Dibayar. Selagi interest dibayar, CCRIS status ialah 0.
klu dah pakai 30K, interest biasanya BLR - 1%. tapi, kalau dah habis guna, status ialah OVERDRAWN, iaitu kita dah melebihi had OD yang diberikan. jika ini berlaku, interest yg dikenakan adalah melampau tingginya (cthnya BLR + 2.5% @ 9%). oleh itu, jgn la OD korang sampai Overdrawn..sakit woooo

Bank akan bagi laporan CCRIS kpd BNM berdasarkan status pada hujung bulan. klu due date kita dekat2 dgn hujung bulan, bro n sis kena bayar cepat la. kalo due date awal bulan, bleh rilek2 dulu tunggu hujung bulan baru bayar heheh "teknik jadilah orang yang paling kedekut utk kuarkan duit OD"..
CCRIS tak kira amount. walaupun sen sen aje nilainya, kalo tak bayar tetap CCRIS akan effect.

CCRIS nie kena jaga..kepada penggemar personal loan tu..yang asik buat overlaping jer kena ingat..
bila kita dah terlalu overlaping nie masalah juga bila kita nak beli rumah..laporan CCRIS kita tak cun...bank pun hanya berani bagi housing loan ciput jar...

sesiapa yang leh komen n betulkan fakta saya lehlah buat..sama2 belajar


Link Team OD