Saturday, July 21, 2012

SALAM RAMADAN

Salam kengkawan

sedar tak sedar harinie tarikh 21/7/2012 dah masuk 1 ramadan..dan klu kita tgh tarikh ianya dah melepasi 1/2 tahun 2012....

Tema Ramadan aku tahun nie adalah ala kadar sahaja .....ins'llah harap tercapai hasrat dihati...heheh...padahal arinie, awal2 aku dah janji ngan org umah tuk gi bazar ramadan petang nie, tah berapa belanja aku arinie..tak perlah arinie anak jantan aku dah start blaja puasa...nie pun tgh tido keletihan..kasi semangat tuk belajar berpuasa..

bila dah start puasa nie, mcm biasalah org umah akan tanya apakah tema warna pakaian raya tahun nie...kuih raya baper balang nak beli, nak buat open house ke tak...nie semua adalah lumrah bila Hari Raya Aidilfitri datang...persoalannya adalah korang telah sediakan budjet tu semua....atau korang tak perasan hari raya pada bulan ogos sebenarnya......

Sebenarnya tuk menyambut hari raya nie kita perlukan persediaan awal budjet..dari segi
1) pakaian raya
2) belanja kuih raya, minuman
3) Duit tol, minyak
4) maintenant kereta
5) Duit Raya
6) duit belanja open house
7) kerosakan kereta
8) etc

peh klu nak listkan mmg banyak..tp itulah pentingnya saving....pada geng yang mmg dah ada budjet aku ucapkan tahniah kerana merancang kewangan korang...tp bagaimana yang tiada perancangan nie...apakah yg boleh kita buat...pada aku masih ada banyak pilihan...cuma kena minimakan cara mcm nie, apa yg biasa kita boleh buat.....
1) gunakan saving
2) pajak emas ke Ar-Rahnu
3) jual emas
4) kurangkan belanja raya
5) tak payah balik beraya dan sediakan alasan pada keluarga
6) etc

apapun kengkawan nasihat di atas dah biasa di dengar tetapi suka aku ingatkan setiap tahun kepada diri aku sendiri dan kengkawan yang melawat blog aku...

aku ucapkan Selamat berpuasa.....semoga ibadah puasa yang kita jalankan di berkati dan di terima Allah...