Saturday, October 15, 2011

BELI TANAH DAN RUMAH MANA UNTUNG

Salam kengkawan

lama sungguh aku tak update blog tak seberapa nie...sepatutnya aku sambung bahagian akhir pasal perancangan kewangan tp rasa belum masanya dan aku tgh terpikir pasal TANAH & RUMAH.

persoalannya ramai teragak2 nak kata beli tanah lagi untung dari beli rumah dan ada juga yang kata beli rumah lagi untung...

apa keuntungan beli RUMAH
  • boleh sewakan terus (ini yg utama)
  • tak perlu ubahsuai rumah
  • boleh refinance umah tu
  • permintaan tinggi
  • kenaikan harga tahunan agak tinggi
  • harga rumah sekarang antara 50k - max
  • rumah perlu di jaga dalam keadaan baik bila nak jual

apa keuntungan beli TANAH

  • boleh di usahakan tanam sawit/getah (ini yg utama)
  • boleh mohon agro tuk dapatkan pinjaman tanaman
  • permintaan tinggi
  • kenaikkan harga tahunan amat tinggi
  • harga tanah sekarang antara 35k se ekar - max
  • tanah jika tak di jaga dan diusahakan pun harga tetap melambung
so mana yang untung sebenarnya..masing2 ada kelebihan dan ada kelemahan...

pada pandangan aku dulu rumah adalah pilihan utama aku berbanding tanah..tetapi sejak akhir2 nie aku rasa yang tanah untung sebenarnya..
aku perhatikan sekarang harga rumah semakin melampau dan dan masuk bid lelong pun aku tgk dah ramai tau dan harga pun dah mcm beli umah sub-sales...dn kerajaan sekarang dalam usaha mengawal kenaikan melampau harta rumah sekarang...so adakah harga tanah akan jatuh ????? pada aku harga tanah memang takkan jatuh....so sesiapa ada tanah lepas nie pihak pemaju or kontraktor akan kejar untuk beli coz nak buat kawasan perumahan...

so jika kontraktor nak majukan tanah ko tu, boleh buat perjanjian iaitu tanah se ekar ko tu leh buat 10 biji rumah..secara automatik ko leh mintak rumah 2 biji 1/2 rumah...so jika kat tanah ko tu dia nak buat 30 biji rumah ko leh dapat free rumah 7 biji 1/2 rumah...so andaikan rumah yang ko dapat tu rm 150k sebiji (rumah teres) klu dah 7 biji dah berapa ko untung?????

so mana lagi untung?????