Friday, August 5, 2011

EMAS FIZIKAL VS EMAS BUKU

Salam kengkawan

sejak awal bulan Ogos 11 nie aku lihat harga Emas melonjak naik..ada kata disebabkan korea beli emas sampai 25 tan, ada juga kata Maxico, Rusia dan Thailand pun beli jugak emas ber tan2...korang plak baper gram dah beli..hehehe jgnlah rasa rendah diri plak..aku pun main gram2 jer...ukur baju dibadan sendirilah...

aku nak cita pengalaman hampir setahun aku main Emas/silver nie....dan ramai jugaklah asik dok bertanya manakah untung Emas fizikal atau emas buku...kat cnie aku akan kongsi 'life' punya story iaitu cita aku sendiri..jom saksikan...

kita sama2 bezakan peratusan keuntungan ke dua2 pelaburan nie

GSPA @ MGIA
pada 8/10/2010 aku telah beli emas GSPA Maybank

 

(klik untuk besarkan)

jika lihat dalam buku tu..aku beli masa harga 1g = RM 135.61 dan kita lihat harga 4/8/2011
ya harga dah mencecah RM 162.87 tp aku suka klu kita kira harga "Buying" RM 156.20 coz bila nak jual balik mmg bank akan bayar harga "buying" sahaja..

harga sekarang                       harga dahulu
 RM 9,528.20                             RM 8,272.20

keuntungan = RM 1,256.20

so klu korang kira peratusan keuntungan = 15%  ( oct 10 hingga ogos 11)

bagaimana keuntungan

EMAS FIZIKAL

harga masa aku beli pada bulan Oct 2010 adalah l/kurang  20g = RM 2,750

jika kita lihat harga emas pada 4/8/2011

(klik untuk besarkan)

kita lihat harga "PG Buy" sahaja...


harga sekarang                harga dahulu
    RM 3,341                          RM 2,750

keuntungan = RM 591

so klu korang kira peratusan keuntungan = 21.5%  ( oct 10 hingga ogos 11)

keputusan
keuntungan bagi Emas buku hanya 15% sahaja berbanding Emas fizikal yang tinggi iaitu 21.5% (klu jual pada harga PG sell- lagi tinggi peratusan)

so, aku mmg tunggu masa sesuai tuk cairkan balik emas buku aku nie dan beralir kepada Emas fizikal...tak pun pada Silver....




UPDATE (9/8/11)

telah tutup akaun MGIA@GSPA dan peroleh keuntungan bersih RM 1,923..
allhamdulilah..rezeki allah tp klu aku laburkan dalam emas fizikal dulu berapakah untung aku agaknyeee.....heheheh