Wednesday, December 29, 2010

LIST AZAM 2011

Salam kengkawan

arinie 29/12/10 hari bersejarah coz Malaysia berjaya kalahkan Indonesia dalam merebut piala yang dah lama malaysia tunggu2.. apapun aku ucapkan TAHNIAH!!!!

so..apakah azam 2010 ko telah tercapai..klu rasa belum tak payah semakkan kepala lah bro kasi foward ke tahun 2011 jer..hahahah

lagi 2 hari lagi kita akan melangkah ke tahun 2011..

azam aku tahun 2010 dah tercapai dan ada perkara baru jugak yang aku masukan dalam tahun 2010 tu iaitu EMAS..

so aku nak listkan azam aku tuk tahun 2011
1) aku nak settlekan semua hutang emas pajak aku..hahahah

2) tingkatkan saving ASB aku mybe dalam 50k cash - gagal
3) rehat sehingga bulan jun tahun depan tuk emas (boleh ke tahan nafsu) hehe
4) try beli 250 g silver setiap bulan mulai jan hingga mei.
stakat nie dah ada 2,250g & 64 dirham

5) pada bulan 10 akan beli tanah mybe dalam 5 ekar
6) saving anak2 dalam ASD lagi dalam 2k seorang
7) tukar kereta beli kereta Naza Ria

8) bercuti ke korea tukar ke Kelantan
9) klu aku jadi beli tanah rumah aku postpon tahun 2012@ sebaliknya - gagal

aku harap impian 2011 aku nie 60% boleh aku capai..ins'llah

so kengkawan lain apakah ko dah set matlamat ko tahun depan..mybe boleh sher kat cnie..

open 2 komen

Link Team OD

Sunday, December 26, 2010

fakta menarik mengenai loan ASB

salam,

just nak share tentang loan ASB ni.. and berdasarkan calculation ada fakta yang menarik dapat disimpulkan dari kiraan yang aku lakukan.
...

seperti semua sedia maklum bahawa terdapat 2 cara pembayaran untuk bayar loan ASB ni,


1) bayar tahun pertama, and lepas tu guna dividen
2) bayar instalment pakai duit sendiri (kalau boleh dividen jgn kacau)

kalau bayar instalment guna duit sendiri:-

*pada tahun ke 3 - keuntungan yang kita dapat adalah lebih kurang 11.3k dengan modal sebanyak 20k, and kalau diukur menggunakan peratusan kita dijangka mendapat sebanyak 57%@ (19%/year). lagi banyak dari 7.5% yg diumumkan oleh pnb.. menarikkan

kalau guna dividen bayar instalment untuk tahun kedua onward kita akan dapat

*pada tahun ke 5, kita akan mendapat keuntungan sebanyak RM6k dimana modal kita adalah sebanyak RM6.7k.. dari segi peratusan kita boleh dapat up to (90%) @ 18%/year..

disini dapat disimpulkan:-

teknik 1 = pada tahun ke 3 sesuai untuk kita terminate loan itu and enjoy hasilnya.dari segi cash value kita dapat lebih banyak dari teknik 2 tetapi kita terpaksa menyediakan modal yang agak tinggi.

teknik 2 = sesuai untuk play long term, but dari segi cash value, kita akan dapat rendah dari teknik satu tetapi modalnya adalah rendah

nak pakai teknik yang mana... terpulang pada diri sendiri and tentukan risiko yang sanggup kita hadapi...

note:- sila refer pada jadual untuk details calculation

mohd ruzaini

Saturday, December 25, 2010

14.KES PENIPUAN

salam kekangkawan

kisah benar...aku pun pelik manusia nie..contoh kat bawah nie tak perlah orang yang bijak..tp masih ada yang 'kurang bijak' atau lebih tepat aku panggil TAMAK..
mana ada orang nak bagi duit camtu jer...
untuk makluman kengkawan jugak pihak bank ada tampal atau letakan atas mesin ATM pasal perkara nie..tu pun ada orang tak baca...tulah Tun M dulu pun ada kata rakyat M'sia nie malas membaca..depan mata pun tak mau baca....emmmm

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang Dihormati:
Pada 4-1-2009 (Ahad) jam 3.20 petang, saya terima satu sms dari 01+-++++++, kandungan sms adalah seperti berikut:-

"TAHNIAH! Simcard anda memenangi undian BERTUAH RM15,000 dr POWER ROOT SDN BHD. Sila hubungi di talian: 01+-++++++. Terima kasih."


Memang saya tau ini merupakan satu penipuan, sesiapa yang bersifat tamak dan bodoh akan diperdayakan.

Demi kepastian, saya pun telefon nombor yg tertera iaitu: 01+-+++++, seorang perempuan yg bernama Siti Aishah jawap panggilan saya, cara jawap telefon berbudi bahasa bukan main, lemah lembut, kuih agar agar pun kalah.

"selamat petang Encik, saya Siti Aishah dari Power Root Sdn Bhd, Ampang, KL, boleh saya bantu?"

Jawapnya saya: "setahu saya kilang Power Root di Johor, mana ada kilang Power Root di Ampang, KL?"

Siti Aishah jawap: " Oh ya, kami baru buka satu cawangan baru di Ampang, KL."

Menurut Siti Aishah, saya adalah orang yang paling bertuah kerana telah diundi untuk memenangi RM15,000.

Dalam fikiran saya, "Nothing is free in this world".

Sejurus itu, Siti Aishah pun tanya nama bank, nombor akaun dan juga baki semasa akaun saya, saya tembak saja, saya bagi tau bahawa akaun saya di CIMB (sebenarnya akaun saya maybank), nombor akaun tipu juga, dan baki akaun pun tembak saja.

Seterusnya saya pun tanya Siti Aisyah apa tindakan seterusnya yang perlu saya ambil, dia suruh saya pergi ke mesin ATM untuk semak samada RM15,000 itu telah dikreditkan, pesanannya kalau setiba di mesin ATM call dia serta merta, hamboi, tak sabar sabar Siti Aishah ni.

Saya tidak pergi ke mesin ATM, tapi saya berlakon macam saya ada di depan mesin ATM, saya pun call Siti Aishah dan mengatakan bahawa saya telah sampai di mesin ATM, macam-macam arahan diminta patuhi seperti berikut:-

1. masukkan kad ATM saya ke mesin
2. tekan PIN number
3. tekan "pemindahan"
4. tekan "ke akaun pihak ke-3"
5. masukkan nombor akaun 100700751573398
6. masukkan kod 264901
7. tekan ya
8. ambil resit
Dia tak sabar-sabar minta saya bacakan baki yang dinyatakan dalam resit tersbut, saya kata nanti saya call balik, sebab saya tak nampak, cermin mata saya ada kat kereta, sebenarnya saya bukan berada di depan mesin ATM, macam mana saya nak dapatkan resit tersebut.

Selepas itu, h/p saya bunyi tak henti-henti, rupanya Siti Aishah pemegang nombor 01+-++++++ yang call saya, saya tak jawap langsung panggilan dia.

Setakat sini saja kisah benar saya yang dapat berkongsi dengan saudara saudari sekali, pesanan saya, kalau anda bakal terima sms sebigini, abaikan saja, ini merupakan satu penipuan dari sindiket tertentu.

Apa pun kengkawan kena hati2..panggilan yang meminta ada ke mesin ATM dan ikut arahannya tu adalah penipu..sila rujuk pihak bank dahulu...walaupun panggilan dari Bank Negara..

13.TANDA-TANDA DUNIA DI PENGHUJUNG


sambil2 kita suka2 hal2 duniawi kita kena muhasabah diri ckit..aku ingatkan diri aku jugak..

kat cnie aku ada terbaca artikel ini pasal tanda2 keruntuhan dan penghujung dunia..

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:
'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.- Sahih Bukhari

2)Zina bermaharajalela.


'Dan tinggallah manusia² yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik


'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi? 'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik)&penyanyi²wanita'- Ibnu Majah

4)Ramai orang soleh meninggal dunia.


'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang² yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang² yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad

5)Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.


'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang bodoh & hina).Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani

6) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara tanda² telah hampir hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

7) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.


'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padangrumput & sungai²'- Sahih Muslim

TOLONG INGATKAN PADA SAHABAT² LAIN!


Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:
'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'
Mudah2an Di Bawah Lindungan Allah... Amin !

Friday, December 24, 2010

12.SEJARAH DIRHAM EMAS DAN PERAK

Salam Kengkawan

diambil dari HARAKAH DAILY

Kesohoran dinar sebagai satu mata wang rasmi dalam sektor ekonomi sudah lama tersemat dalam lembaran sejarah Tamadun Islam. Dewasa ini komoditi ini seringkali dicanangkan sebagai instrumen alternatif dalam aktiviti ekonomi dunia semasa. Fakta ini adalah berasaskan kepada nilai intrinsik atau tersendiri yang diyakini boleh digunapakai secara lebih meluas serta konsisten. Namun demikian, masih ramai belum mengetahui dari mana dan bagaimana ia boleh berkembang sehingga menjadi satu mata wang utama dalam kronologi ketamadunan Islam.
Sekiranya dinar emas mampu dinobatkan sebagai mata wang utama pada ketika itu adalah tidak mustahil seandainya penggunaan komoditi ini boleh diperkenalkan semula sebagai mata wang alternatif pada alaf baru ini. Barangkali slogan Nothing Beats Gold, Zero Inflation in 1400 years adalah amat berketepatan dan bersesuaian dalam menyatakan hakikat tersebut.
Terfikirkah anda semenjak zaman Nabi Muhammad SAW lagi, kita tidak pernah mendengar serta mengalami keadaan inflasi. Tetapi pada hari ini ungkapan tersebut seringkali “menjelma“ sambil disulami atau lebih sinonim dengan kelesuan ekonomi sejagat. Kenapa semua ini boleh berlaku? Jawapannya ialah mata wang konvensional yang tersedia ada tidak lagi berlandaskan pada sandaran emas secara mutlak. Justeru marilah kita mengimbas kembali keunggulan serta kegemilangan dinar emas semenjak bermulanya era ketamadunan Islam.
Masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu menggunakan dinar emas Heraclius Byzantine yang berasal dari negeri Syam manakala dirham perak Sasaniyah pula dari Iraq. Tatkala itu mereka tidak mempunyai mata wang tersendiri untuk melaksanakan urusniaga perniagaan dalam mahupun luar negara.
Penggunaan kedua-dua mata wang ini adalah bagi memudahkan urusniaga terutamanya pada masa yang melibatkan perdagangan utama di Syam pada musim panas manakala di Yaman pada musim sejuk. Namun demikian, keadaan mulai berubah apabila Nabi Muhammad SAW dipilih sebagai Rasul, dinar dan dirham telah dinaiktarafkan sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga.
Ketika ini jugalah reka bentuk berunsur Islam mula digunakan dalam penempaan dinar serta dirham. Pada tahun 18H atau 20H, Saidina Omar RA telah menambah pada dirham Sasaniyah beberapa elemen dengan tulisan khat Kufi seperti Bismillah, Bismillah Rabbi dan Alhamdullillah serta sesetengahnya Muhammad Rasulullah yang ditempa pada keliling gambar Kisra.
Beliau turut menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar mempunyai 91.6 peratus atau 22 karat seberat 4.25 gram manakala dirham ialah syiling perak seberat 2.975 gram.
Dalam rekaan ini ukiran pada permukaan mata wang adalah rekabentuk Islam yang khusus tanpa wujudnya elemen-elemen Byzantine dan Parsi muncul pada tahun 76H hasil cetusan idea Khalifah Abd al-Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah. Senario ini turut dimangkinkan oleh perselisihan faham yang berlaku antara baginda dengan Raja Rom. Pada ketika itu khalifah Abd Al-Malik bin Marwan telah diktiraf oleh Ibn Jarir al-Tabari dan Ibn al-Athir sebagai perintis menempa dinar dan dirham dalam unsur-unsur Islam.
Aplikasi dinar tidak hanya berlegar di bumi Arab tetapi melangkaui kepada ketamadunan Andalusia. Kegiatan perdagangan berkembang pesat selama 700 tahun di Andalusia telah memangkin penggunaan dinar emas serta perak sebagai mata wang utama.
Pada tahun 716 M, umat Islam Andalusia telah mula menempa dinar emas dengan ukiran bahasa Arab serta ditulis “Muhammad Rasulluah” di samping mencatatkan nama Andalusia iaitu tempat tempahan dinar berserta tahun diperbuat. Di belakang dinar emas ini turut diukir dengan tulisan Latin yang bersesuaian dengan kehidupan masyarakat Islam Andalusia pada ketika itu.
Bukti sejarah juga menunjukkan bahawa setelah tamatnya pemerintahan Andalusia, masyarakat semasa pemerintahan Kristian masih meneruskan penggunaan dinar emas selama lebih 400 tahun. Dalam era moden ini, pada tahun 1992 dinar emas pertama Eropah kembali ditempah di Granada, Sepanyol yang sekaligus merupakan sesuatu peristiwa yang sungguh menarik.
Menurut analisa yang dibuat sepanjang kecemerlangannya dinar emas turut mengalami ketidaktentuan terhadap cabaran serta krisis semasa. Pada suatu ketika stok emas tidak mencukupi memandangkan siri peperangan semakin meruncing. Justeru perak dicampurkan tembaga menjadi matawang rasmi dan digunakan di Mesir serta Syam di bawah pentadbiran Bani Ayyub.
Penggunaan dinar serta dirham terus bertahan aplikasinya pada masa keagungan kerajaan Othmaniah Turki (1299M-1924M). Pada hari ini, nama dinar serta dirham masih digunakan sebagai mata wang rasmi di beberapa buah negara di Timur Tengah seperti dinar di Tunisia, Kuwait, Libya, Bahrain, Algeria, Jordan manakala dirham Di Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Maghribi.
Di Malaysia berkat pengalaman kelesuan ekonomi global pada 1997 dinar emas yang diperbuat daripada emas 916 telah mula dikembalikan kegemilangan sebagai medium penyimpan nilai yang tinggi, stabil, sentiasa berpotensi untuk meningkat nilai serta komoditi yang paling selamat.
Dalam konteks yang lebih luas dinar emas turut mampu dijadikan perantaraan urusniaga , gaji dan bonus pekerja, mahar dan hantaran perkahwinan, urusan haji dan umrah, zakat dan serta semua pembayaran perniagaan dalam dan luar negara bagi negara yang berminat.
Hal ini kerana dinar emas mempunyai nilai intrinsik atau tersendiri yang diterimapakai oleh masyarakat dunia. Nilai emas adalah stabil dan meningkat dari semasa ke semasa berbanding mata wang konvesional yang seringkali menjadi mangsa “serang hendap” para penyangak mata wang antarabangsa bagi mengaut keuntungan mudah dan besar.

Wednesday, December 22, 2010

10.PENGUMUMAN DIVIDEN ASB 2010

PENGERUSI Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid bersama Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (kanan) ketika pengumuman pengagihan pendapatan skim Amanah Saham Bumiputera (ASB)


Salam kengkawan

Semalam pengumuman agihan Pendapatan untuk ASB telah diumumkan dimana sebanyak 7.50 sen seunit dan bonus 1.25sen seunit bagi kewangan berakhir 31 Disember 2010 oleh Permodalan Nasional Berhad atau PNB.

klu kita lihat pada tahun lepas Dividen hanya 7.30% sahaja manakala tahun nie naik sedikit kepada 7.50% manakala pemberian bonus adalah sama seperti tahun lepas.

Link ASB

pada aku memang berbaloi bila sesiapa yang ada simpanan kat ASB nie. Dividen yang PNB umum tahun ini boleh dikirakan berbaloi jugaklah walaupun kadar inflasi juga meningkat.

pada pendapat aku yang tak berapa bijak nie..kita kena pelbagaikan tempat kita melabur..jgn terlalu taksub kepada 1 pelaburan ajer...kita boleh pelbagaikan cabang kita tu mengikut step dan kewangan masing2 seperti....

EMAS/SILVER,HARTANAH,SAHAM,FIX DEPOSIT,INSURANS,BIZ, ETC...

adakah korang setuju dengan stement aku nie..

Open 2 komen

Tuesday, December 21, 2010

9.CARA KEDAI PAJAK BUAT KIRAAN

salam kengkawan

aku cuba kongsi ilmu dari kedai pajak gadai,
aku kebetulan ada kerja di kedai pajak gadai arinie..so aku terus amik peluang tanya tokey dia prosedur
kedai pajak kedai nie..

sebenarnya kedai pajak gadai nie tertakluk pada akta pajak gadai yang sedia ada..dan lesen dia dibawah seliaan Kementrian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan lesen pajak gadai ini pihak KPKT dah tak keluarkan lagi dah...yang boleh hanyalah renew sahaja lesen tu...

so, sekarang mmg banyak kedai yang buat kedai pajak tanpa lesen dan kedai emas jugak ada offer beli surat pajak...

PAJAK EMAS

syarat pajak gadai adalah:-
sesiapa orang yang mahu pajak emas perlulah
1) keluarkan IC
2) emas

suarat pajak akan ditulis base pada IC orang yang pajak tadi.

kedai pajak akan ambil emas ko pada kadar 60%-70% sahaja dari nilai semasa...

UPAH

kadar upah yang dibenarkan oleh pihak KPKT adalah 2% SAHAJA..so klu korang kena upah lebih dari 2% ko kena tipulah atau pihak kedai emas tu tak ada lesen yang cuba cari untung lebih...

cara kiraan adalah pada kadar pinjaman yang telah diberikan contohnya

3,000 x 2% = RM 60

RM 60 ini adalah kadar interest sebulan, so kalau 6 bulan

6 bulan x RM 60 = RM 360

tp bagaimana kalau pajak hanya 3 hari?

soalan ini aku ada tanya kat tokey pajak tersebut dan jawapannya adalah RM 60..iaitu dia akan caj sebulan walaupun baru 1 hari pajak...

TEBUS

cara nak tebus ada 2 kategori

1) Onwer

klu onwer yang datang sendiri tebus barangan pihak pajak akan serahkan terus emas tersebut setelah urusan bayaran selesai.

2) bukan Onwer

ini jika yang mahu tebus adalah bukan onwer, pihak kedai pajak gadai akan mintak salinan IC onwer surat pajak gadai dan juga IC yang nak tebus..ini adalah bagi tujuan rekod pihak kedai pajak..

so sesiapa yng ada tanya aku pasal, boleh ker beli camtu jer surat pajak?
kat atas tulah jawapannya..ko kena bawak salinan IC onwer surat pajak dan IC ko...

TERGADAI

dalam masa 6 bulan ko kena settle jugak bayaran yang ko pinjam dengan pihak kedai pajak..klu gagal dia akan rampas emas ko tu camtu jer..klu kedai pajak yang ok dia akan bagi yang nilai bakinya..
bab nie yang ramai pemajak tidak tahu haknya dan ramai kena tipu dengan pihak kedai pajak.


Open 2 komen

Monday, December 20, 2010

8.TIP RINGKAS BELI LELONGAN RUMAH

BELI HARTANAH MELALUI LELONGAN AWAM

Pembelian hartanah (rumah atau tanah) di lelongan awam adalah salah satu cara untuk memiliki rumah atau tanah sendiri, selain daripada membeli rumah daripada pemaju ataupun mana-mana pemilik rumah.
Seseorang bakal pembeli rumah di lelongan awam dipanggil “pembida.” Sebelum seseorang membida untuk membeli hartanah di lelongan awam, dia hendaklah mengambil kira beberapa faktor terlebih dahulu
Ini disebabkan oleh ramai pembida yang berjaya dalam lelongan awam ini gagal menyempurnakan pembelian hartanah tersebut dan mengalami kerugian besar.
Misalnya, seseorang pembida yang gagal menyempurnakan jual beli hartanah dalam tempoh 120 hari dari tarikh lelong, akibat daripada kegagalan mendapatkan pembiayaan, akan mendapati bahawa wang deposit sebanyak 10 peratus daripada harga rezabnya dimiliki oleh pihak bank. Adakala, tunggakan bayaran-bayaran lain yang tidak dilunaskan oleh pemilik asal hartanah tersebut sebelum lelongan dibuat, terpaksa ditanggung oleh pembida kerana syarat-syarat perintah perisytiharan lelongan yang berat sebelah.
Maka seseorang pembida hendaklah mengambil kira faktor-faktor berikut sebelum meneruskan pembelian hartanah di lelongan awam.

SEBELUM TARIKH LELONGAN

1. Terlebih dahulu seseorang bakal pembeli ataupun pembida perlu memiliki salinan Pengisytiharan Jualan Lelongan Awam. Pengisytiharan perintah ini dikeluarkan sebelum hari lelongan oleh juru lelong berlesen, bank ataupun pemilik hartanah terlibat. Adakalanya ia disiarkan dalam surat khabar. Pembida, selain daripada mengenal pasti butir-butir hartanah yang terlibat, juga perlu membaca dan memahami maksud segala terma dan syarat yang terdapat di dalam pengisytiharan tersebut.

2. Pembida perlu mengenal pasti tempat, hari dan masa jualan lelongan.

3. Pembida hendaklah memastikan harga rezab hartanah yang akan dilelong. Harga rezab akan memberi satu petunjuk kepada pembida tentang kemampuan untuk membeli hartanah tersebut.

4. Sesuatu hartanah yang statusnya rezab bumiputra tidak boleh dibeli oleh bukan bumiputra.

5. Isu kebenaran pindah milik juga perlu diberi perhatian. Ada hartanah-hartanah yang memerlukan kelulusan kebenaran pindah milik daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco). Jadi pastikan terlebih dahulu pihak yang bertanggungjawab untuk mendapatkan kelulusan tersebut.

6. Pembida mesti mengenal pasti nombor hak milik dan lot; mukim, daerah dan negeri; jenis pegangan terhad, pajakan ataupun pegangan bebas; keluasan; cukai tanah dan cukai taksiran semasa; kategori kegunaan tanah; syarat kepentingan nyata dan tidak nyata; pemilik berdaftar dan beban kewangan saperti gadaian. Pembida juga perlu memastikan ketiadaan kaveat, sewaan, sebarang tanggungan ke atas hak milik dan sebarang kesilapan yang boleh membatalkan jualan atau proses pindah milik yang memaksa tanggungan ganti rugi kepada pembida.

7. Pembida perlu mendapatkan satu pengesahan daripada pemaju atau pemilik tanah. Dalam hal ini satu carian rasmi ke atas hartanah di pejabat tanah adalah sangat penting.

8. Seseorang pembida hendaklah memeriksa sendiri hartanah berkenaan. Ini hanya boleh dilakukan apabila pembida melihat keadaan sebenar hartanah tersebut.

9. Pembida hendaklah membaca semua terma dan syarat di dalam perisytiharan lelongan tersebut. Keadaan perintah tersebut akan menentukan tanggungjawab setiap pihak dalam urusan lelong ini. Antaranya ialah siapakah yang perlu bertanggung jawab untuk membayar segala bayaran tunggakan kepada pemaju / pemilik asal, seperti kegunaan air, elektrik, cukai tanah dan pintu, kos-kos penyelenggaraan dan sebagainya, sekiranya ada, sebelum hari jualan lelongan.

10. Jika sesuatu lelongan dibuat oleh bank, maka pembeli boleh menghubungi pihak bank ataupun pemaju untuk mendapatkan penjelasan tentang tunggakan hartanah tersebut.

11. Pada umumnya, terma dan syarat di dalam sesuatu perisytiharan jualan lelongab adalah berbeza bagi setiap bank. Umpamanya, pelbagai jenis pembayaran seperti cukai taksiran, cukai tanah, bayaran servis, yang yang masih tertunggak sehingga hari lelongan, adakalanya dibayar oleh bank sendiri daripada harga jualan lelongan, dengan syarat pembeli atau peguamnya menghantar semua tuntutan kepada bank dalam tempoh masa telah dipersetujui, biasanya dalam tempoh selama 120 hari.

12. Pembida hendaklah memastikan bahawa, selepas berjaya membeli hartanah tersebut, dia dapat menduduki ataupun memilik hartanah itu tanpa sebarang halangan seperti sewaan, pajakan dan sebagainya.

SEMASA HARI LELONGAN

1. Pembida dikehendaki mendepositkan bank deraf sebanyak 10 peratus daripada harga rezab hartanah tersebut kepada juru lelong berlesen yang mengendalikan proses lelongan berkenaan, sebelum jualan lelongan dimulakan untuk layak menjadi seorang pembida.

2. Semasa proses lelongan dijalankan pada hari, masa dan tempat yang ditetapkan, pembida hendaklah memberi tumpuan kepada pengumuman juru lelong. Pada masa itu mungkin terdapat perkara-perkara baru akan diumumkan dan memberi peluang terakhir kepada pembida untuk membuat satu keputusan muktamad untuk membeli hartanah tersebut dan menarik diri sekiranya perlu.

3. Dalam proses ini, seseorang pembida yang menawarkan harga yang tertinggi akan dipilih sebagai pembeli yang berjaya.

4. Selepas selesai pemilihan, pembida dikehendaki menandatangani satu perjanjian dengan pemilik hartanah, seperti dengan bank.

SELEPAS LELONGAN

Sejurus selepas selesai proses lelongan, pihak pembida dan bank hendaklah menandatangani satu kontrak jual beli hartanah.
Pembeli baru ini perlu berusaha mendapatkan pembiayan kewangan, jika perlu, dalam satu tempoh masa yang telah dipersetujui, biasanya dalam masa 120 hari, untuk menyempurnakan jual beli hartanah tersebut.

(Penulis Asal)
Vasudavan Perumal
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional

7.AJEN BELI SURAT PAJAK

salam kengkawan


arinie aku ada beli emas perkhiasan, keadaan emas nie mmg elok lagi..
tak perlu nak lebur emas nie..mybe aku simpan or jual balik pada harga semasa..


jenis emas 916
berat 55.2 Gram
harga kedai emas hari nie 14/12/2010 adalah RM 147.00


55.2g x 147 = RM 8,114.40

8,114.40 x 15% = RM 1,217.16

8,114.40 - 1,217.16 = RM 6,897.24

so aku deal pada harga RM 6,850 sahaja...ko kira jerlah berapa untung dia...heheh

aku terus kasi RM 6,850 tu kat dalam kedai pajak emas dia tebus dan serahkan emas kat aku...
cara ini aku rasa lebih selamat dan senang aku nak sahkan ketulenannya...

6.BERAPAKAH HARGA SURAT PAJAK EMAS

Salam kengkawan

pagi2 nie aku rasa nak bukak post pasal EMAS plak..lagi2 aku baru dgr yang US akan cetak lagi wang sejumlah 600 Billion..apakah kesannya..ada orang kata ekonomi dunia akan merasa kesannya..harga2 komuniti akan naik sejajar dengan kejatuhan ekonomi amerika..

berbeza dengan....

siapa ada kebun getah pun boleh senyum coz dalam minggu depan harga getah akan melonjak ke pada 9.++ sekilogram...wah!!!!! aku ingat klu ada 10 ekar tanah kebun getah..sebulan ko boleh dapat 15k-20k sebulan...apa lagi kengkawan..kita kena cergas beli tanah n tanam getah atau sawit..mmg untung jadi petani moden sekarang nie....

hahah lari tajuk plak aku pagi2 nie...

back 2 topic

aku tahu dalam team OD nie ada ramai tokey2 emas..tp arinie aku tak nak cita pasal EMAS tapi surat pajak EMAS...

adakah ko pernah BELI surat pajak dan bagaimana ko buat profit lalui pembelian surat pajak????

kat cni aku nak cita pasal harga kedai emas klu beli surat pajak..contoh
Harga terkini RM 147 gram

kedai emas akan beli surat pajak dengan harga RM 103 sahaja...so kedai emas dah untung RM 44 segram

50g x 147 = 7,350
bayangkan 44 x 50 g = 2,200
7,350 x 30% = 2,205

kedai emas mmg buat profit gila2 dengan beli surat pajak bawah 30%..mmg kedai emas layak pakai BMW..

so ko hanya dapat 5,150 belum tolak pinjaman+upah simpan kedai pajak..mybe molehlah ko dapat 1,+++ jer...

persoalannya sekarang berapakah ko amik/beli surat pajak dari orang...adakah sama mcm kedai emas atas just tolak 10% hingga 20% sahaja...

mcm aku aku dah set pada kadar tolak 15% sahaja....



open 2 komen


Link Team OD

5.TEKA TEKI DIVIDEN ASB

salam kengkawan

lama rasanya tak bukaa post..lagi pun aku dah kering idea nak cerita..post kali nie post ringan2 jerlah...

sebelum aku bukak post set matmamat tahun 2011 kita layan felling masing2 pasal berapa kita nak dapat dividen ASB tuk tahun 2010 nie...

mcm2 spekulasi sekarang ada yang kata leh dapat sampai 9% + 1% bonus..aku rasa mcm tinggi sgt jer...

pada aku mybe PNB boleh umum paling tinggi pun 8% + 1% jer kot..tu aku rasalah korang camner?????

pada aku tinggi maner pun sekarang kita kena ingatlah nilai wang kita makin lama makin kecil..inflasi pun aku dgr sampai 3%(betul ker) klu silap tolong betulkan...

apun layan feling masing2 dan buat tekaan buat sedapkan hati korang..hahahah
PNB akan tutup urusan ASB dari 20 hb nie hingga 2 jan...so korang dah tak boleh saving lagi..tunggu tahun depan jer....

jom teka!!!!!

open 2 komen


Link Team OD

4.ADAKAH ANDA SANGGUP MASUK HUTAN UNTUK INCOME 5 ANGKA


Salam kengkawan

adakah ko geli tengok binatang nie..heheh klu geli ko silap lah coz mengikut kajian binatang ini adalah binatang yang boleh mengubati penyakit AIDS...wah!! dah ada penawar..
mengikut kajian ianya masih dalam peringkat percubaan dan ada menunjukan binatang ini boleh menjadi ubat bagi penyakit paling bahaya sekarang iaitu AIDS..

apa nama binatang nie...
nama binatang ini adalah Gekco atau ramai org gelar dia POKEK...TOKEK dan mcm2 lagilah...

ramai jugalah yang sedang kejar mencari binatang ini untuk dijual kerana harga dia mencecah 4 angka hingga 5 angka mengikut berat binatang ini dan jenisnya...klu yang kat atas tu kita panggil Pokek Red Spot..

adakah ianya halal di buat niaga??
ramai orang kita risau akan hukum hakam klu kita berurusan menjual beli binatang ini..
pada aku ianya boleh diurus niaga kerana binatang ini bukanlah binatang terpelihara @ kawalan oleh kerajaan malaysia, mybe belum wartakan lagi kot..
klu mengikut hukum agama aku tak berani nak komen, apa yang aku boleh cakap binatang ini adalah ubat tuk mencegah penyakit kronik yang bahaya..soo...adakah ianya halal aku tak pasti...


apa pula binatang nie besar jer..haa ini adalah gekco jenis gekco batu harga pun boleh tahan leh cecah 4 angka seekor...mcm biawak tetapi ianya bukan biawak...


sebenarnya ianya ada banyak jenis pokek nie..ada mcm kaler kayu, ada kala mcm biawak..
ramai army ada buat biz ini sebagai site income yang amat lumayan..


Lokasi Pokek ini
biasanya pokek ini duduk kat hutan dan rumah lama yang ada kayu...saiz dia lebih besar ckit dari cicaklah..lebih kurang 2 jari atau 3 jari besarnya...


so sesiapa yang ada stok binatang Pokek ini boleh contact aku..
aku bagi best prise...
tp syarat dia adalah mesti aku tgk dulu barang tersebut...


so sesiapa ada Pokek area perak n kedah boleh contact aku cepat..klu boleh berat 350 ke atas..
harga boleh bincang...aku ada orang yg sanggup beli harga tinggi


Salihan - 013-2375780

Open 2 Komen

Monday, December 13, 2010

3.PERINGATAN!!! SCAM TERHADAP ASN 2

salam kengkawan

ini adalah peringatan dari pihak PNB

petikan dari harian Metro 13/12/2010 m/s R15

 PEMBERITAHUAN AWAM

"Amanah Saham Nasional Berhad(ASNB) syarikat pengurusan unit amanah saham bagi tabung Amanah Saham Nasional 2 dan bagi pihak pemegang amanah, AmanahRaya Trustees Berhad, ingin memaklumkan kepada masyarakat bahawa pada masa sekarang terdapat satu sendikit penipuan unit amanah iaitu Tabung Saham Nasional 2 (ASN 2) oleh individu yang tidak mempunyai lesen untuk menjual unit amanah ASNB.

Individu tersebut akan menjual unit ASN 2 dan memberikan dokumen palsu seperti 'kebenaran Gantian Sijil Amanah Saham Nasional 2' dan 'Memorandam Of Deposit For Unit Trust' (dokumen2) yang tidak pernah dikeluarkan oleh ASNB.

ASNB ingin memaklumkan bahawa penjualan unit ASN 2 oleh individu berkenaan dengan mengeluarkan dokumen2 palsu tersebut adalah tanpa pengetahuan dan persetujuan ASNB

ASNB hanya membenarkan pegawai2 ASNB yang bertauliah sahaja untuk menawarkan unit2 ASNB dan ejen2 yang dilantik iaitu Maybank, CIMB, RHB dan Pos Malaysia sahaja yang boleh membuat urus niaga berkaitan unit dibawah selian ASNB

Pemegang Amanah dan ASNB tidak mempunyai sebarang kaitan engan maklumat dan tawaran yang dibuat oleh individu2 berkenaan,pemegang amanah ASNB juga tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang dialami oleh mana2 pihak disebabkan oleh mereka mempercayai maklumat dan tawaran berkenaan.

Mana2 pihak mempunyai pengetahuan tentang penipuan oleh pihak ketiga ini boleh hubungi Jabatan Perhubungan Pelanggan & Ejen ASNB di talian 03-20573000 " 

so kita kena hati2 bila dapat offer dari org yang tidak dikenali...
jgn berurusan di kedai kopi melibatkan wang korang..kena ada black n white dalam apa-apa urusan..


Open 2 komen

Saturday, December 4, 2010

2.KENAIKAN HARGA BARANGAN

Salam kengkawan

"Harga kenaikan masih dibawah paras yang masih rendah berbanding negara jiran seperti thailand"

biasalah ayat kat atas tu..kat media2 masa...aku pun naik bosan sebenarnya dengan kata2 camtu..aku tgk media dah tak ada backup suara hati rakyat..

tu adalah ayat yang pihak media selalu gunakan untuk pengumuman kenaikan harga barangan..memang hampeh, sepatutnya media nie kena dedahkan suara hati masyarakat mcm aku nie...klu aku dibagi peluang interview dan bg mic TV kat aku mmg aku nak cakap tak patut naikan harga..kerajaan mmg tak patut dera duit poket rakyat yg makin tipis..huh!!! memang hampeh...

hari nie ada pengumuman kenaikan harga Minyak yang pada aku melampau coz pada tahun nie jer dah baper kali naik..aku ingat 2 @ 3 hari lepas ada pengumuman kenaikan harga minyak RON 97...tup..tuppp minyak RON 95 plak naik 5 sen...aku baru jer bukak post sebelum nie (ubah gaya hidup).


memang ckit pada pandangan mata kasar...tetapi kenaikan bukan 1 tangki naik 5 sen tp kenaikan untuk 1 liter naik 5 sen...motor sekarang pun dah isi dekat 10- 15 liter..... berbanding tahun 1996 dulu baru RM 3 satu tangki...malas aku nak cita ko layan dalam blog aku plak
pasal minyak nie aku ada topic di blog aku

klik  >>>  UBAH GAYA HIDUP
layan...

sambung topic arinie..

lagi 1 pengumuman adalah harga gula naik 5 sen, klu tak silap..lepas nie mamak kedai naiklah Teh Tarik..mau lepas nie Teh Tarik ais mau RM 2 segelas....
kos TT kita pun lepas nie naik jugaklah...hahahah yerlah gula naik..air Teh Tarik dah RM 2...

klu korang perasan inflasi sekarang mmg tahap membimbangkan...apa pun korang kena hati2 berbelanja..kena berbelanja pada perkara yang penting dan jgn membazir..aku ingatkan ko dan diri aku jugak...

{ sorry dalam FB-Team OD bersepah coz aku tak boleh delate recent Activity,nanti aku update n kemaskan semula.

pada yang geng2 nak buat iklan tu, anda mmg tidak dilarang tetapi aku akan delate dalam masa 7 hari tanpa notis }

Open 2 komen

Link Team OD

Wednesday, December 1, 2010

1.Ubah Gaya Hidup



salam kengkawan


Tahun 2010 akan berlalu tak lama lagi..aku tgk pada tahun 2010 nielah tahun yang mencabar
dari segi kerja dan juga perancangan kewangan aku sendiri..


paling aku rasa adalah kenaikan harga2 barang..aku tgk harga barang memang naik dan dalam paper buat senyap jer klu ada pun tajuk yang kecik2 jer berbanding dalam internet yang membincangkan kenaikan harga barang, yang celik IT memang tahu hal2 kenaikan harga nie sebab senang nak acces maklumat, tp yang duk kat kampung2 tu yang bergantung sepenuhnya pada paper mmg tak perasan kenaikan harga..
pada aku pulak, aku bersyukur coz aku dapat lonjakan kenaikan gaji yang cukup tinggi, pada tahun 2010 aku dapat kenaikan gaji l/kurang RM 600 bersama tunggakan gaji RM 11k..rezeki anak2...


Kita semua tahu pada tahun 2010 banyak berlaku kenaikan harga barangan. ini berlaku kerana harga minyak yang naik dan kerajaan dah tak nak tanggung subsidi..pada tahun 2010 nielah berlaku beberapa kali kenaikan harga minyak..lagi2 pada minyak jenis RON 97 yang sekarang ianya mengikut harga pasaran..bukan lagi di beri subsidi..


so,langkah untuk mengubah gaya hidup aku adalah....
langkah pertama adalah aku ubah kereta aku kepada NGV system dan kos pemasangan NGV dalam RM 3k sahaja.


klu korang tgk pic kat atas nie mmg 3k tu mahal coz barang NGV nie ckit jar..pomen aku kata benda nie mmg tak mahal tapi yang buat pemasangan NGV nie mahal adalah tong dia..haaa mana tong dia..
jap aku upload......

bersepah keta aku nie hahaha...yerlah pic aku amik lepas pomen pasang tong NGV nie. tong nie berat..nak angkat pun mau 4 orang..dulu tong 100% buatan dari besi tetapi skrg ianya campur dgn fiber..

lepas aku gunakan NGV nie l/kurang 4 bulan apa yang boleh aku katakan aku boleh safe minyak hampir 80%..
pehh!!!!! mmg jimat pada aku yang selalu travel dari perak ke johor, kalau ko nak tahu kos minyak aku dulu sehala dari perak ke johor adalah RM 120-140 dan setelah aku gunakan NGV nie aku hanya perlukan RM 30-RM 40 jer untuk arah yang sama...

pada aku aku dah banyak save kat ctu...
apa pun korang kena ubah gaya hidup.. mcm video kat atas tu..amik iktibar bukan ikut camtu..heheh

open 2 komen


Monday, November 29, 2010

PELABURAN HARTANAH BUMIPUTERA

Salam kengkawan

mari kita sembang pasal Pelaburan Hartanah Bumiputera yang baru dilancarkan ini dan ini adalah petikan dari akhbar...
...

KUALA LUMPUR: Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) hari ini melancarkan dana pelaburan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) bersaiz RM1 bilion, yang membolehkan pelabur Bumiputera menyertai pemilikan benefisial aset hartanah.

Skim pelaburan itu yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sini, terbuka kepada pelabur Bumiputera berumur tiga bulan ke atas, dengan pelaburan permulaan sebanyak RM500.
"Melalui skim pelaburan yang berlandaskan syariah ini, Bumiputera secara tidak langsung akan berpeluang untuk memiliki pegangan dalam hartanah utama. Unit-unit amanah ini akan diniagakan pada harga tetap RM1 seunit," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PHB Kamalul Arifin Othman pada majlis pelancaran skim itu di sini hari ini. Beliau berkata pihaknya bekerjasama dengan Maybank bagi memudahkan pelabur menjalankan urusan transaksi skim amanah itu.

"Sehubungan itu, pelabur yang berminat boleh mengunjungi cawangan Maybank, yang mempunyai kira-kira 400 cawangan di seluruh negara, untuk membeli unit-unit AHB," katanya.

Mengenai pulangan AHB, Kamalul Arifin berkata pihaknya menjangkakan pulangan yang bakal diterima pelabur skim itu tidak kurang daripada enam peratus berdasarkan prestasi hartanah di kawasan Segitiga Emas.

Beliau berkata Pelabuhan Hartanah juga akan memperbesar saiz skim amanah itu pada masa depan.
Katanya pihaknya akan terus mengenal pasti peluang-peluang perniagaan melalui pembelian hartanah perdana serta membangunkan projek hartanah, terutama dalam sektor pembangunan hartanah komersial.

"Kami merancang membesarkan saiz dana sebanyak RM500 juta lagi tahun depan," katanya.

Ditubuhkan pada Mei 2006, PHB ialah anak syarikat Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera, yang aktiviti utamanya sebagai syarikat pemegang pelaburan.
Pada masa ini, nilai hartanah miliknya melebihi RM1 bilion, kebanyakannya di Lembah Klang.

so. mengikut artikel mengatakan PULANGAN sebanyak 6% setahun..apa yang aku faham ianya base pada kadar keuntungan PHB

tadi jugak aku layan diskusi padal pelaburan Hartanah Bumiputera di Astro Awani..
apa yang aku tahu sekarang PHB telah beli tanah l/kurang 6 ekar di Bangsar yang mana telah dalam pembinaan shoping komplek 7 tingkat dan sebelahnya akan dibuat bangunan 27 tingkat yang mana ianya disewakan kepada penyewa, dan pihak PHB telah beli tanah2 panas yang dijangka harga akan melambung dan hasilnya akan dimasukan dalam dana Pelaburan Hartanah Bumiputera...

so kat cnie apa yang aku faham adalah PHB akan cuba beli tanah/bangunan/tanah seluruh Malaysia untuk di sewakan atau jual balik untuk dapatkan keuntungan.so kita melabur dalam PHB dan duit kita tersebut akan dibeli hartanah dimana pelaburan kita hanya base pada DUIT sahaja bukan jenis PEMILIKAN hartanah

pada aku PHB mulakan langkah baik kerana harga hartanah dimalaysia tgh naik dimana

Open 2 komen

Wednesday, November 24, 2010

3.ADAKAH BETUL PERATUS KENAIKAN HARGA SILVER LEBIH TINGGI DARI HARGA EMAS

Salam kengkawan

pada 22/11/2010 aku ada TT di JB tetapi tak ada orang..hehe, yerlah masing2 bz beraya..

yang ada aku yazid ahmad dan faisal che omar..so aku layan cita pasal teknik FD/OD+ASB+CC dan Current ACC+ASB+CC dan cita pasal silver ngan bro yazid...sambil2 sembang Yazid telah keluarkan DIRHAM KELANTAN..Wahhh!!! aku tgk mmg cantik design dia...

yazid kata dia ada 2 set dirham, so tanpa pikir panjang aku 'sebat' 1 set dari Yazid..untuk pengetahuan kengkawan dirham kelantan nie adalah hot item dan susah nak dapat...

layan pic nie dulu..link pic silver



dan layan lagi satu pic nie..aku kasi susun cantik punya..hehehe




aku tgk sekarang pun tren beli silver makin rancak sejak sebulan nie..ramai berlumba2 beli silver plak...

aku rasa kita patut kembangkan ilmu pasal silver nie, mybe bendak nie kita leh bincangkan

1) aku dgr peratusan silver nie lebih tinggi kenaikan dia dari harga emas..
adakah ianya betul????
2) betul ker orang cina lebih suka kumpul siver dari emas..
3) apa nak buat klu beli siver, adakah simpan ajer coz tak boleh pajak atau 'rempit'
4) kat mana nak jual balik
5) adakah betul siver dunia akan habis dalam masa 8 tahun lagi
6) adakah satu masa nanti harga silver akan lebih mahal dari emas..
7) etc

so mari bincangkan

open 2 komen


Link Team OD

Sunday, November 21, 2010

TT BAKAL DIADAKAN DI JB PADA 21/11/2010

salam kengkawan

aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada umat2 islam di Team OD
...
lagi 2 hari ajer kita akan sambut hari bahgia tu..dalam urusan dan rezeki yang Allah berikan jgn lupa kita buat amal KORBAN pada hari raya haji ini..

buat Warga JB i'm backkk....
oklah aku nak jemput geng2 otai JB join aku minum2 air Tongkat Ali sambil TT pada

TARIKH: 21/11/2010
HARI : AHAD
JAM: 9MLM
TEMPAT: RESTORAN RKS belakang JUSCO TEBRAU

jika ada geng2 yang berminat..n nak sembang2 kosong pun boleh..

klu ko setuju nak join sila letakan komen ada..

15/11/2010 jam 2340

open 2 komen

Tuesday, November 16, 2010

2.KISAH HARTINI KAMARUDIN YANG MURTAD

salam kengkawan

Kita baca la apa yang ditulis ni aku amik dari blog sebelah..tujuan aku adalah untuk kengkawan dapat iktibar dari kes ini buat pedoman kita dan keluarga kita. kes hartina ini, Moga kita semua jadikan sebagai pengajaran dan jenguk2 lah anak2 kita, adik2 kita,saudara2 seIslam kita....



Trully,Kes Hartina Kamarudin heboh diperkatakan sekitar awal tahun 1996 lagi.Bagi mengetahui hal sebenar, pihak majalah Muslimah sempat menemui bapanya,Encik Kamaruddin Abdul Karim,abang sepupunya En Borhan Abd.Aziz dan adiknya Syukur Yazit Kamaruddin yang sudi menceritakan rentetan peristiwa tersebut.
Malangnya ibunya, Puan Kalsom Ghani tidak mahu ditemubual atas sebab peribadi. Berikut adalah penjelasan En. Kamaruddin yang sudah terlalu banyak menempuh dugaan dan ujian dalam memastikan anaknya Hartina dapat dikembalikan kepada Islam.Hartina dilahirkan pada 15 Mac 1974 di Kampar Perak. Beliau mendapat pendidikan awal pada peringkat rendah dan menengah di Anglo Chinese School A.C.S), Kampar. Hartina merupakan anak kedua daripada empat beradik.Yangpertama meninggal ketika berusia 15 hari , kedua Hartina,ketiga Azliza (17tahun) dan keempat Syukur Yazit (16 tahun). Dari segi kasih sayang, tidak dinafikan Hartina mendapat sepenuh perhatian,mungkin ini salah satu dari kesilapan yang telah kami lakukan.Perbezaan antara Hartina dan adiknya agak jauh iaitu kira-kira enam tahun.Dia amat manja, maklumlah bagi pasangan seperti kami yang telah merasai kehilangan anak sulung semasa dalam pantang memang menyedihkan.Bayangkan bagaimana perasaan kami setelah kehilangan anak, mendapat penggantinya setahun kemudian.Kehadiran Hartina mengubah hidup kami , kasih kami tertumpah kepadanya ibarat kata pepatah "bagai menatang minyak yang penuh". Disebabkan sewaktu itu hanya dia seorang anak kami, segala permintaannya kami penuhi.Setelah tamat sekolah, dia mengikuti kursus komputer diKampar.Tidak lama kemudian dia mendapat pekerjaan di Hock Hua Bank Jalan Klang Lama Kuala Lumpur . Pada tahun 1993 diabertukar ke MayBank, juga terletak diJalan Klang Lama. Inilah kali pertama kami berjauhan dengannya.Untuk kemudahannya saya telah membelikan sebuah rumah untuknya yang terletak di Sri Sentosa. Dia tinggal bersama rakan-rakannya di rumah itu.Bermula dari situ perhubungan keluarga kami mula renggang kerana kami sudah tinggal berasingan. Walaupun begitu kami sering menziarahinya di Kuala Lumpur..
Segalanya bermula pada 26 Mac 1996. Saya bersama isteri pergi
kerumahnya di Kuala Lumpur kerana kebiasaannya pada 15 Mac setiap tahun kami menyambut hari lahirnya. Pada tahun tersebut (1996) dia kata tidak dapat balik kampung. Di sebabkan pada tarikh itu saya ada menerima tempahan sate En.Kamaruddinbernia ga sate di Pekan Kampar, Perak), jadi kami tidak dapat pergi ke rumahnya pada tarikh itu. Kami pergi dua minggu selepas itu iaitu pada 26Mac 1996. Setibanya di rumahnya, kami dapati rumahnya berkunci, telahan saya mungkin dia belum pulang dari kerja.Kebetulan saya memang ada kunci spare,saya membuka pintu dan masuk ke dalam rumah. Lebih kurang jam 6.00 petang.Dia pulang bersama seorang lelaki India .
Dia terkejut melihat kedatangan kami dan saya sendiri terkejut keranat tidak menyangka dia pulang bersama seorang lelaki. Memang sebelum ini ramai yang ingin masuk meminang dan dia menyatakan yang dia telah ada seorang kawan,saya kata kalau ada kawan lebih elok terus datang meminang. Setelah melihat keadaannya, baru terlintas difikiransaya kawan yang dimaksudkan ialah lelaki India tersebut.Walaupun kami datang setiap bulan,kami tidak dapat menghidu langsung pergerakannya dan dia sendiri menyembunyikannya dari pengetahuan kami.
Melihat keadaannya , saya menyoal Hartina "Siapa yang kamu bawa ini?"Baru kami tahu hal sebenarnya, yang lelaki India itulah teman lelakinya.Sebaik saja kami bertanya Rajeswaran (lelaki India tersebut) bila dia ingin memeluk Islam jika benar-benar inginkan Hartina, Hartina terus menunjukkan surat-surat di antaranya surat sumpah bertarikh 1 September 1995 yang mengatakan bahawa dirinya tidak mempraktikkan agama Islam lagi, telah menukar namanya kepada Nivashiny Rajeswaran dan surat pendaftaran perkahwinan mereka bertarikh 24 Mac 1996. Saya mempertikaikan surat sumpah tersebut kerana bagaimana mereka (pihak berkuasa) boleh mengesahkan apa saja kenyataan pemohon tanpa meneliti terlebih dahulu.Berdasarkan surat sumpah melalui peguamnya yang menyatakan dia tidak mempraktikkan ajaran Islam, ternyata pembohongan semata-mata.Sepanjang zaman tempoh dia tinggal bersama kami dia telah dididik dengan ajaran Islam,sepanjang zaman persekolahannya saya tidak pernah mendengar apa-apa mengenai Hartina tidak mempraktikkan Islam walaupun daripada kawan-kawannya sendiri. Setelah berlaku perkara ini barulah saya tahu rupa-rupanya lelaki India itu bersekolah di sekolah yang sama dengan Hartina dan tinggal di Mambang di Awan,Kampar. Memanglah di sekolah Hartina ramai kawan lelaki tetapi saya tidak pernah mengesyaki apa-apa, maklumlah zaman sekolah memang banyak bergaul dengan rakan lelaki. Kami juga baru tahu si lelaki itu Bekerja di Public Bank di Jalan Kelang Lama. Ini bermakna sudah lama mereka berkawan yang hairannya kami tidak dapat menghidu langsung perhubungan mereka.Bermakna sepanjang tempoh berulang dari Kuala Lumpur ke Kampar setiap bulan pun kami tak dapat hidu.Sedangkan pada hari Raya Puasa tahun 1996 iaitu pada 21Feb 1996 Hartina balik kampung dan kami sekeluarga bersembahyang bersama-sama. Bermakna ketika itu dia telah berkawan dengan lelaki India itu dan telah menukar nama dan agamanya, bagaimana kami tidak mengetahuinya langsung? Pada hari itu (26 Mac 1996) selepas bertembung dengan mereka pada 6.00petang, kami telah berbincang mengenai kedudukan mereka sehingga 10.30malam. Keadaan menjadi tegang kerana si lelaki tetap dengan keputusannya untuk tidak menukar agamanya dan mengatakan Hartina telah menjadi isterinya.Dia mula memegang hand-phone sambil mendail nombor.Tidak lama kemudian seorang demi seorang kawan-kawannya tiba di rumah itu. Mereka sudah ramai sedangkansaya hanya bersama isteri. Yang menghairankan saya Hartina ketika itu membisu sahaja. Semasa itu saya yakin Hartina masih Islam tetapi telah dipaksa membuat surat sumpah yang mengatakan dia tidak mempraktikkan lagi agama Islam. Berhubung dengan itu mereka (pihak lelaki) telah menukar namanya dari Hartina kepada Nivashiny Rajeswaran.

Dalam peraturan perkahwinan India, seseorang yang masih bernama Islam tidak boleh berkahwin
dengan lelaki India.Oleh sebab itu Hartina menukar namanya terlebih dahulu kemudian baru membuat pendaftaran perkahwinan. Saya yang tidak dapat pergi ke Kuala Lumpur pada 15 Mac1996 untuk menyambut hari jadi Hartina dan telah pergi pada 26 haribulan sedangkan pendaftaran perkahwinan telah dibuat pada 24 Mac1996 ini bermaknasaya telah terlewat dua hari. Bermakna hak Hartina sebagai anak sudah tiada kerana dia telah menjadi isteri orang. Bila orangnya sudah ramai di rumah tersebut,baru lelaki itu berani menunjukkan segala dokumen-dokumennya. Bila ditunjukkan kepada saya,saya terkejut, jantung saya berdegup.Saya sebelum ini memang ada penyakit jantung.Ditambah dengan kejadian hari itu saya benar-benar terkejut.Sayabersam a isteri berpandangan sendiri. Apa yang boleh kami lakukan sedangkan kami hanya berdua sahaja. Saya mencadangkan kepada isteri saya agar kami membuat laporan polis. Kami terus ke balai polis berhampiran iaitu di Petaling Jaya. Laporan itu tidak diterima kerana polis mengatakan yang perkahwinan mereka sah. Yang menyedihkan polis itu juga orang Melayu dan urusan pendaftaran perkahwinan dan tukar nama sebelum ini semua dikendalikan oleh orang Melayu. Jadi saya kata, kepada siapa saya dapat mengadu ?.Mereka menyuruh saya membuat laporan ke Jabatan Agama Islam Wilayah(JAWI) mengatakan anak saya telah dilarikan. Jadi pada 27Mac 1996 (sehari selepas itu) saya membuat laporan polis. Selepas membuat laporan polis, saya dan isteri pulang ke rumah, kami tunggu Hartina dan lelaki India itu tetapi mereka tidak pulang kerumah pada malam itu.
Selepas itu saya membuat aduan di pejabat Agama Wilayah Persekutuan tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil. Inilah yang mengecewakan saya kerana awal-awal lagi saya telah menemui pegawai Pendaftaran yang bertanggungjawabmen ukarkan nama anak saya, saya kata kepadanya "Tuan sepatutnya memaklumkan terlebih dahulu kepada saya sebab di dalam kad pengenalannya tecatat alamat saya, kenapa Tuan tidak memaklumkan kepada saya?"
Dia kata yang pihaknya telahpun memaklumkan kepada Pejabat Agama Islam Wilayah. Bila saya semak di JAWI,pegawai di JAWI berkata mereka tidak menerima apa-apa laporan daripada Jabatan Pendaftaran. Bermakna dalam tempoh yang singkat saya telah berulang-alik kesana kemari tanpa sebarang tindakkan yang diambil ke atas Hartina mahupun lelaki India itu.Selepas
kejadian itu mereka langsung tidak pulang ke rumah di Sri Sentosa itu. Saya cuba mencari seorang rakan si lelaki itu yang turut sama berada pada malam 26 Mac itu. Lelaki itu bekerja di Pizza Hut, Subang Jaya. Saya meminta bantuan polis mencarinya untuk mengetahui di mana Hartina dan teman lelakinya tinggal. Lelaki yang bekerja di Pizza Hut itu mahu bekerjasama dengan polis dan telah menunjukkan tempat tinggal Hartina iaitu di Jalan Kelang Lama. Polis berjaya menangkap mereka. Keadaan Hartina tetap seperti dahulu, langsung tidak mahu bercakap dengan saya.Ketika itu saya sudah mahu bertindak tetapi apabila memikirkan orang sebelah pihak lelaki India itu ramai, saya membatalkan niat saya.Saya hairan kenapa Hartina langsung tidak mempunyai perasaan lagi pada ibu bapanya. Saya hairan perangainya benar-benar berubah. Jika pada saya dia tidak sayang tidak mengapa tetapi bagaimana dengan ibu yang telah
mengandungkannya?
Selepas itu saya telah membawa Hartina ke Pulau Pinang dan tinggal bersama saudara-mara. Sedar-sedar dia telah tiada. Adik saya di Perak telah menelefon saya mengatakan pihak lelaki akan mengadakan majlis makan malam bagi meraikan perkahwinan mereka di sebuah dewan di Perak.Pihak lelaki telah mengedarkan kad jemputan kahwin kepada kaum India.Sebaik sahaja
mendapat berita itu, saya terus sahaja bertolak ke Perak.
Setibanya saya di Perak, saya terus membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Perak dengan mengatakan pada 15 hb April 1996 pihak lelaki India itu akan mengadakan majlis makan malam. Pada 14April,kira- kira pukul 12.00 tengah malam, Jabatan Agama Islam Perak membuat serbuan dan berjaya menangkap Hartina dan menahannya di Balai Polis Ipoh.
Keesokannya Hartina dibawa ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan perintah reman selama seminggu. Sebelum sampai tempoh seminggu saya mendapat panggilan telefon dari Jabatan Agama Islam Perak yang mereka ingin menyerahkan Hartina kepada saya.Atas faktor keselamatan saya telah menyerahkan Hartina kepada kawan adik ipar saya yang berada di Kelantan.
Jadi pada 20 April1996 dengan bantuan Jabatan Agama Islam Perak, kami berjaya membawa Hartina ke Kelantan.Kami menetap di sana sehingga 1 Mei 1996. Semasa kami di sana , saya diberitahu bahawa pihak lelaki telah menyaman Jabatan Agama IslamPerak kerana telah memalukan mereka diatas pembatalan majlis perkahwinan mereka. Pegawai Jabatan Agama Islam Perak meminta kami membuat surat sumpah daripada Hartina .Pada 31 April, kami terus membawa Hartina ke Pejabat Agama Islam Kelantan.Di sana Hartina telah mengaku masih beragama Islam dan kembali mengucap dua kalimah syahadah dihadapan tuan Kadi. Tuan Kadi telah mengeluarkan satu surat pengesahan mengatakan bahawa Hartina telah memeluk agama Islam kembali. Surat itu kami hantar ke Kuala Lumpur . Bermakna kami telah menang atas tuduhan mencolek Hartina Rupa-rupanya ia tidak berhenti setakat itu.Selepas itu sampai lagi satu surat saman malu daripada si lelaki.Di dalam surat itu mereka menuntut gantirugi sebanyak 30juta daripada KerajaanNegeri Perak, Polis, Majlis Agama Islam Perak dan Jabatan Agama Islam Perak atas dakwaan memalukan mereka pada majlis makan malam meraikan perkahwinan mereka. Ini bermakna mereka tidak berpuas hati dan terus mencari alasan untuk merampas Hartina daripada kami.
Dari Kelantan saya terus kembali ke Pejabat Pendaftaran Petaling Jaya untuk proses penukaran kembali nama kepada Hartina di atas persetujuannya Setelah segala-galanya selesai, pada 1 Mei 1996 kami sekeluarga telah membawanya ke Pulau Pinang. Di Pulau Pinang keadaan Hartina seperti biasa, dia tetap bergaul dengan saudara mara seperti biasa. Tiba-tiba di sana kami menerima sepucuk lagi surat saman daripada si lelaki mengatakan kami telah menculikisterinya. Saya membawa Hartina ke Mahkamah Pulau Pinang dan peguam di sana telah mengatakan surat itu adalah afidavit tertuduh jadi kami memerlukan seorang peguam dan satu jawapan bertulis.
Pada 9 Mei 1996 saya bersama anak berjaya mendapat seorang peguam dan saya menetap di BatuCaves untuk menguruskannya. Tiba-tiba saya mendapat berita dari Pulau Pinang yang mengatakan Hartina telah tiada. Saya terus mengesannya di Pulau Pinang tetapi tidak berjumpa.Kemudian saya terus ke Shah Alam dan bertemu dengan polis yang mengendalikan kesnya. Pegawai polis tersebut mengatakan bahawa dia ada menerima laporan daripada Hartina yang mengatakan dia keluar daripada rumah bapa saudaranya di Pulau Pinang secara sukarela.Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Ketika itu tidak dapat dinyatakan bagaimana perasaan saya,bayangkanlah dalam tempoh yang singkat dan badan yang sudah uzur, saya terpaksa melalui segalanya seorang diri.Saya tinggalkan rumah dan perniagaan sayaberbulan- bulan. Saya asyik berulang alik sahaja ke Kelantan,Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Shah Alam.
Walaubagaimana banyak laporan yang saya lakukan,tiada langsung tindakan susulan diambil untuk mengesan Hartina dan lelaki India itu boleh pihak berkuasa. Alasan mereka, mereka tidak tahu di mana anak saya dan lelaki itu berada. Akhirnya saya mengupah seorang kawan saya untuk mengintip mereka.Empat minggu kawan sayamencari, minggu keempat baru jumpa. Kawan saya itu memerlukan masa yang lama kerana dia menguruskannya seorang diri,tambahan pula dia bekerja di waktu siang. Menurut rakan saya ini,Hartina dan lelaki India itu menetap di Taman Medan , Jalan Klang Lama. Apabila saya mendapat tahu saya terus ke Balai Polis Shah Alam dan mengadu ke bahagian Penguatkuasa. Saya amat Seterusnya saya ke pejabat Kemajuan Islam (JAKIM), Pusat Islam. Mereka menyuruh saya membuat satu laporan baru. menerusi laporan yang saya buat, saya Mengatakan yang pihak si lelaki telah menggugat akidah anak saya. Mereka telah menetapkan 5 September 1996 sebagai tarikh untuk menyerbu rumah itu. Pada 5 Sept 1996 kira-kira jam 11.00 pagi saya bersama seorang pegawai Pusat Islam, dua orang Pegawai Polis dan seorang Penguatkuasa JAIS telah pergi ke rumah tersebut. Kami meminta kebenaran masuk, setelah masuk,kami meminta mereka memberi keterangan diri pula.Bila mendapat keterangan diri,baru saya mendapat tahu Hartina telah menukar kembali namanya kepada nama Hindunya. Pada 31 September 1995 dia menukar namanya kepada nama Hindu buat pertama kali, pada 30 April1996 saya menukarkan pula nama Hindunya kepada nama Islamnya dan pada 27 Mei 1996 dia menukarkan Namanya kembali kenama Hindu. Bermakna semasa dia keluar dari rumah bapa saudaranya diPulauPinang pada 9 Mei 1996 hanya pada 27 Mei1996 dia menukar kembali namanya ke nama Hindunya. Ini bermakna proses pertukaran nama hanya dalam masa dua minggu sahaja. Sebelum daripada itu saya ada menalipon pegawaipendaftaran yang bertugas di bahagian menukar nama dan memberi ingatankepadanya agar jika ada percubaan dari pihak Hartina dan teman lelaki Indianya itu ingin menukarkan nama Hartina kembali, cuba lengahkan.Sayasenti asa berhubung dengan pegawai ini tetapi hasilnya tetap mengecewakan. Hal yang saya tidak ingini tetap berlaku. Bermakna jika proses pertukaran tidak berlaku tentu kami akan menang kes ini. Tindakan Hartina dan teman lelaki Indianya lebih cepat, ini bukan bermakna saya tidak bertindak,saya telah melakukan dengan sedaya upaya saya, tetapi seperti apa yang saya nyatakan awal-awal tadi, saya melakukannya seorang diri dan pihak berwajib tidak memberikan sepenuh kerjasama kepada saya sekeluarga.
       
  Kejadian serbuan 5 September 1996 itu benar-benar mencabar kewibawaan saya.Ketika Pegawai Penguatkuasa itu berkata"Kami tak boleh berbuat apa-apa",
saya terus naik ke tingkat atas, dalam masa saya naik, si lelaki membawa Hartina masuk ke bilik dan menguncinya dari dalam.Kemudian lelaki itu berdiri di hadapan pintu sambil mencekak pinggang.Tujuan saya naik ketika itu adalah untuk memujuk Hartina, tetapi lelaki India terlebih dahulu telah membawa Hartina masuk ke dalam bilik. Saya bersuara dengan lembut untuk memujuk lelaki itu supaya memeluk Islam dan selepas itu dia boleh mengambil anak saya sebagai isteri dan saya boleh memberikan rumah saya di Seri Sentosa itu kepada mereka. Itulah perkataan yang saya ulang beberapa kali,
tetapi lelaki India itu diam sahaja. Tidak lama kemudian dia bersuara dalam bahasa Tamil dengan perkataan yang sungguh kesat dan kurang bersopan. Katanya: "kalau hendak mengadu, mengadulah, apa kerajaan Malaysia boleh tolong kamu?" Sambil itu dia mengutuk Islam dengan kata-kata yang lucah.Ketika itu saya tahu bukan dia seorang sahaja yang terlibat,tetapi mungkin ada dalang di belakangnya. Ketika dia menghina Islam, saya tidak dapat menahan perasaan, kesabaran saya tercabar. Hati saya benar-benar panas, saya mengeluarkan pisau lipat dari poket seluar dan saya tidak sedar yang pisau itu saya gunakan untuk mengelar lehernya. Saya juga tidak menghiraukan polis yang ada di belakang saya yang ketika itu sedang menghubungi ketuanya untuk mendapatkan kebenaran pecah pintu untuk membawa Hartina kebalai.Polis itu terkejut dan segera menahan darah yang memancut keluar dari leher Rajeswaran dan membawanya turun ke bawah.
Berikutan peristiwa itu saya telah ditahan sehingga 16 Sept 1996 dengan jaminan RM3000.00. Setelah dibebaskan, sepanjang bulan September saya tidak ke mana-mana lagi , hanya duduk di rumah sahaja. Pada 1 Oktober 1996 saya mula berniaga. Kegiatan saya selepas itu hanya berniaga dan duduk dirumah sahaja. Kebetulan pada 1Disember 1996 Hartina dan Rajeswaran datang bersama dengan rombongannya dan minum betul-betul dihadapan tempat saya berniaga.Apaniat sebenar mereka ?.
Saya mula berniaga jam 6.00 petang dan saya ditemani anak bongsu saya Syukur Yazit yang ketika itu berumur 14tahun.Semasa saya baru mengeluarkan barang perniagaan sate saya, lebih kurang empat atau lima meter dihadapan saya, saya nampak mereka semua sedang minum. Saya meletakkan barangan sate saya dan cuba pergi kearahnya (Hartina). Tujuan saya adalah untuk
bersembang dan memujuknya sekali lagi. Man a tahu jika hatinya terbukauntuk kembali semula kepada Islam. Seelok sahaja saya sampai, Hartina bangun,seorang demi seorang kawan-kawannya bangun. Saya tahu mereka bersedia untuk menyerang saya, saya berpatah semula ke gerai untuk mengambil parang untuk mempertahankan diri.Tanpa saya sedari di belakang saya orangnya sudah menunggu.Lelaki yang bertubuh besar itu menendang saya dari arah belakang.
Saya yang sememangnya ada penyakit jantung dan sakit belakang tidak mampu melawan.Saya jatuh tersungkur.Selepas itu kawan-kawannya yang lain datang meluru ke arah saya, ada yang menendang, memijak, menumbuk dan bermacam-macam lagi mereka buat pada saya.
Ada juga yang melemparkan batu ke arah saya.Akhirnya saya pengsan kerana tiada tenaga untuk melawan. Apabila saya tersedar saya dapati, saya berada di Hospital Kampar. Dari Hospital Kampar saya dihantar ke Hospital Ipoh. Semasa di hospital saya nampak ada seorang polis menuju ke arah saya.Saya ingatkan polis mengawal saya, tetapi rupa-rupanya mereka menjaga saya agar tidak melarikan diri kerana saya disabit melakukan jenayah di atas aduan Hartina yang mengatakan saya menyerang mereka.Saya menyoal polis itu: "Apakah hanya untuk minum petang sanggup datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk minum di situ?" Berdasarkan lapuran polis yang dibuat oleh Hartina itu, keluar saja dari wad saya terus dibawa ke balai dan ditahan didalam lokap selama lapan hari. Bayangkanlah dari wad saya terus ke balai tanpa pulang ke rumah dahulu.
Bila saya masuk lokap, saya lihat Yazit sudah ditahan. Dia dimasukkan dua hari sebelum saya ditahan.Baru saya tahu rupa-rupanya semasa saya diserang, Yazit telah bertindak mngambil parang dan membelasah orang-orang rajeswaran. Itulah kasih anak, dalam usia14 tahun sanggup menggunakan senjata tajam semata-mata untuk mempertahankan bapa.( En.Kamaruddin terhenti seketika sambil menyapu airmata).
Selepas sembilan hari kami dibebaskan dengan jaminan RM2000.00 seorang.Selepas itu saya hanya berehat sahaja dirumah kerana badan saya masih terasa sakitnya. Walaupun saya berehat di rumah,saya terus berhubung dengan peguam saya untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan Hartina dan rajeswaran. Setelah empat bulan berehat, saya mendapat surat dari Mahkamah yang telah menetapkan 4 Mei 1998 sebagai tarikh perbicaraan pertama dijalankan.
Rajeswaran adalah saksi ketiga.Selepas dua minggu daripada tarikh perbicaraan itu, iaitu pada 20 Mei 1998 pada sebelah pagi, Rajeswaran terkena dua das tembakan.
Maknanya sejak dari Mac 1996 Rajeswaran tidak kena apa-apa tembakan pun,tiba-tiba pada 20 Mei iaitu selepas tarikh perbicaraan dia terkena tembakan. Berdasarkan atas apa yang mereka lapor sebelum ini ada mengatakan jika ada apa-apa terjadi ke atasnya,orang pertama yang disyakki adalah saya.Berikutan dengan itu saya telah tahan sekali lagi di Balai Polis Kampar selama tiga jam pada 20 Mei 1998.Saya diheret bersama Yazit yang turut juga disyaki.Yang menghairankan ialah Yazit turut dituduh terlibat sedangkan ketika itu usianya baru 16tahun. Jika benar saya melakukan, takanlah budak seusia Yazit yang akan saya babitkan bersama. Kami berdua digari.Polis yang menggari kami juga terkejut melihat saya. Sebenarnya sebelum kejadian itu polis telah berjumpa dengan saya, memberi nasihat agar tidak lagi melakukan kekecohan dan menasihati saya agar melakukan solat hajat dan berdoa.
Saya ikut nasihatnya, tambahan pula saya baru selesai menjalani pembedahan tulang belakang.Takkanlah saya tergamak melakukan perkara merbahaya itu?Tetapi saya tidak berkuasa, saya hanya menurut perintah dan arahan pihak polis. Kami telah disoal,Yazit telah dipaksa mengaku bahawa kami yang merancang kejadian tembakan itu.
Selepas seminggu Yazit dibebaskan, saya masih ditahan selama dua minggu.Segala akuan saya disiasat. Mereka bertanya saya telahmengupah siapa dan berapa yang saya bayar untuk mengupah penjenayah itu.Saya tetap tidak mengaku kerana saya tidak tahu apa-apa. Mereka memukul Yazit dengan tujuan supaya saya mengaku setelah melihat Yazit diseksa dengan teruk.Akhirnya Yazit terpaksa berbohong dan mengaku ada melakukannya kerana sudah tidak tahan dipukul dengan teruk. Saya katakan kepada polis, apabila
keadaan semakin teruk, segala yang benar menjadi palsu dan perkara palsumenjadi benar. Saya tetap tidak mengaku sehingga polis menangguhkan kes saya untuk di bicarakan.
Selepas dua minggu saya di bebaskan,sehingga kini ia masih dalam kes.Itulah serba sedikit kejadian dan rentetan peristiwa yang dialami olehkami sekeluarga. Bukan tujuan saya untuk membuka aib sendiri,bahkan ianya lebih bertujuan sebagai pengajaran dan panduan kepada oranglain.Apa yang saya harapkan agar tidak ada lagi Hartina kedua selepas kejadian yang menimpa Hartina, anak saya itu.Sebelum tidur macam-macam perkara yang saya fikirkan. Adakalanya timbul persoalan, kenapa begitu kuat ujian yang saya perlu tempuhi?. Kenapa saya yang melalui segala ini? Apabila teringatkan terjemahan ayat dari surah An'am ayat 125 saya beristighfar. Ayat yang bermaksud. "Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah, akan dibuka pintu hatinya dan sesiapa yang tidak dikehendakki, maka akan disempitkanNya" . Apabila sesuatu perkara
telah menimpa ke atas kita, kita harus menerimanya sebagai salah satu daripada rukun Iman. Qada dan Qadar dari Allah, itu adalah kehendak Allah. Itulah caranya saya memujuk hati saya.Harapan saya sekarang ialah agar Hartina kembali kepada Islam. Dunia ini luas, duduklah di mana-mana asalkan dalam agama Islam. Tidak perlulah dia kembali kepada kami. Bukan kami tidak memaafkannya, tetapi cukuplah penderitaan dan penyiksaan yang kami lalui atas perbuatannya itu.

Open 2 komen

Monday, November 8, 2010

KOPERASI KOWAJAS


‎123. Pinjaman peribadi Koperasi Wawasan Malaysia Berhad-KOWAMAS

A'kum kawan2 di Team Overdraft,
kepada anda ( Kakitangan K'jaan dan Badan berkanun) yang mahu memulakan langkah pelaburan bijak dalam Team Overdraft ini dan juga pinjaman peribadi,serta perlukan modal, tak perlu risau,
jika anda blacklist -CTOS dan overlap loan anda
...saya boleh membantu anda buat permohonan pinjaman melalui Koperasi Wawasan Malaysia Behad - kelebihan:
a)Melalui Bank Rakyat(max 20 tahun) dan Maybank (max 15 tahun)
b)Blacklisted -CTOS, overlap boleh memohon
c)dividend saham 40% setahun
d) potongan melalui ANGKASA
e) dijamin selamat di bawah Akta Koperasi (bukan Ah Long)
f) kadar pinjaman rendah semasa 4.89% akan turun lagi..
e) Min RM3000 -Max RM200,000 boleh pinjam
g)Tanpa penjamin
h) kelulusan segera (max 9 hari bekerja)
di mana jua anda berada,
60% dan 50% daripada gaji
pinjaman 90%, manakala 10%(termasuk saham dan juga perkhidmatan oleh KOWAMAS)
Maklumat lanjut dan dokumen berkaitan,(slip gaji, borang dan sebagainya, sila hubungi :
Azizul Misbah 0179799098 (kota bharu)
terima kasih semua dan juga Admin: En Salihan.
See More