Saturday, November 17, 2012

DERMA GAZA

 
 
Salam Kengkawan

Satu badan dari Islamic Relief Malaysia ada membuka 3 akaun iaitu BIMB, M2u dan CIMB untuk derma bagi rakyat2 yang di serang oleh Israel lahanatullah....sama2 kita derma sekadar yang mampu dan Ikhlas....

malas aku nak Post...GERAM !!!!!!

                              Maybank - 5621 4270 8704
                              CIMB - 1259 0000 804 058
                              BIMB - 1202 90100 6564 3

 
 
 
 
roket dr palestin tak rosak pun jalan
roket dari Israel..jahanam palestin 
 
 
(salah 1 post sahabat kita)

                                      (aku dah mulakan...korang ????? )
 

Monday, November 12, 2012

PENDIDIKAN KEWANGAN

Salam Kengkawan

Hari nie dah 12/11/2012...ini bermaksud lagi 49 hari lagi nak masuk ke tahun 2013...lama lagi ker 49 hari tu...pada aku 49 hari nie mmg masa kritikal untuk tahun 2012....adakah seting kita tahun 2012 nie dah tercapai....ke tak tau dah mana kita letak seting(azam) kita tahun 2012....


tahun nie aku banyak melabur dalam pendidikan...aku rasa memang setiap tahun kita kena seting melaburlah dalam pendidikan ini setiap tahun...bila kita membaca kita akan terkejut kerana banyak benda lagi yang kita tak tahu dan tidak sedar apa sebenarnya yang kita tak tahu tapi orang lain tahu.....pehh!!! ayat dah mcm org sastera plak......


apa yang aku melabur dalam pendidikan nie...aku dan mybe ramai lagi dalam team OD atau sahabat yg baca blog aku nie mmg tahu pendidikan kewangan adalah benda yang penting bila kita yang dah mencapai umur 'tua' nie....takkan kita nak lagi belajar pasal hal2 dunia...kat mana sungai terpanjang kat dunia, negara mana yg ada gunung tertinggi kat dunia,siapa negara besar dan kurang ajar kat dunia nie..kat mana negara2 alami 4 musim...aku rasa dah tak perlu kott....kottt...

pendidikan kewangan nie, ramai sebenarnya otai dan cikgu dalam carigold, FB..kelas2 hartanah, seminar-seminar telah ajar sama ada korang faham atau tidak apa itu sebenarnya pendidikan kewangan.....


yup...aku mmg tahu dan ramai orang tahu simpan duit...tp adakah itu pendidikan kewangan yang sebenar????

emmm....apa ehh??? sama jer..simpan duit tu kira kita taulah pasal pendidikan kewangan....ya, mmglah betul apa yg korang pikirkan tu...dalam simpan duit maksudnya korang dah mula melangkah faham apa tu pendidikan kewanganlah...tp tu adalah basic jer....

aku bg contoh...kita selalu lihat peminta sedekah di masjid, di kaki-kaki lima bank seluruh malaysia..terutama budak-budak kecil....hati rakyat malaysia nie mmg baik hati...tanpa pikir panjang korang (termasuk aku pun) akan bg duit dan berpikir supaya budak nie simpan duit...adakah itu pendidikan kewangan.....

abis klu tak bagi duit nak bagi nasi ker??? jawablah sendiri...
 
dari buku2 yang aku baca iaitu Donal Trump dan Robert Kiyosaki sendiri....diorg nie mmg dah kaya dan suka mengajar orang bagaimana nak cari duit bukan simpan duit....mcm rancangan dia 'the Apprentice' yg mana kita lihat donald mendidik peserta gunakan wang mereka (donald Trump punyalah) pada kadar minima dan minta peserta maksimakan keuntungan...kenapa donald tak sedekahkan duit dia jer pada peserta tu, lagi senang...

emm itulah pendidikan kewangan...klu kita bagi makan seseorang nasi..orang tu akan makan nasi tu untuk hari tu jer...esok..lusa...bagaimana???tp klu kita bagi ilmu mcm mana nak cari nasi, org itu akan gunakan ilmu tu untuk cari nasi tu sepanjang hidup dia.....

banyak cakap pulak aku arinie...berbelit2 plak tu...so kat cnie..kita perlu tahu ilmu itu adalah lebih penting dari nasi tadi.....

ilmu aku nie mmg cetek tp sekadar kongsi pandangan mmg tak ada masalah....

Sunday, November 11, 2012

KELAS FCPO LEVEL 2

Salam Kengkawan


semalam dan arinie(10&11 nov 12) aku masih ikuti kelas FCPO untuk level 2 minggu ke dua di KL..kali nie kelas bertukar kat stadio zulfika di bandar Tun Hussien Onn semalam aku gerak dari Taiping jam 530 pg kemudian amik sahabat di Jelapang dan terus shot ke KL...ikutkan ati mmg nak ride moto jer lagi cepat tetapi aku bayangkan kelas abis hari ahad petang...takkan aku nak ride mlm2...atleast klu pakai keta aku penat leh tido dalam keta jer....tak perlah..aku rasa puas dah ride motor nie ke Terengganu aritu....

kelas level ke dua nie aku belajar benda baru iaitu Elliot wave..pengenalan Elliot wave dan bentuk elliot wave..
 




klu korang lihat jer mmglah tak paham..camner leh terjadinya garisan2 tu..yg blah bawah tu adalah real chart dari bursa station di mana kita melihat elliot wave dan triagle yg wujud menjadikan elliot wave tu lengkap...

pada aku sebenarnya...kelas FCPO nie ramai org ajar tetapi adakah mereka just ajar basic atau betul2 ajar teknikal dan teknik entry dalam FCPO nie...

kelas yg aku ikut nie pun dah naik harga daripada 1k kepada 3.5k kerana mendapat sambutan yang amat menggalakkan kerana terbukti berkesan teknik yg di ajar...sama2 kita saksikan tahun hadapan....

jom gi kelas......




TRIP RIDE KE TERENGGANU

Salam Kengkawan...

pada minggu lepas 4,5&6 aku dan kengkawan ride motor ke Terengganu....hehe 'mem besar' biasalah bising ckit coz aku baru jer bercuti ke Gangzhou, nie nak cuti lagi..naik moto plak tu...nielah adalah ride aku yang jauh selain ke Johor awal tahun aritu...

aku bertolak pada 4/11/12 tu..aku dah siap2 jam 10pg tp biasalah..bab menunggu nie mmg ada...ride bermula jam 11 pg...ride bermula dari Taiping dan ikut jalan lama iaitu Grik..bukit bunga dan terus ke Kuala Terengganu..perjalanan kali nie mkn masa l/kurang 8 jam...jarak perjalanan antara 480km...perjalanan mmg penat dengan banyak kali berhenti isi minyak dan isi tank perut..hahaha

kerap juga benti coz nak seting set walkie talkie yang baru kitaorg beli di GangZhou....penat nak seting Vox set dimana kami tak perlu tekan untuk bercakap hanya cakap dan geng2 lain leh dengar tetapi masalah nak seting dia coz ianya sgt sensetif dengan bunyi...member bingit telinga time geng lain tengah "tarik minyak" denga bunyi exzos yg bising...so far perjalanan mmg enjoy...

apa pun ride kali aku berujan...kasut masuk air coz pakai kasut biasa jer...malas nak tukar2 kasut..azab dia kasut basah....

layan pic....




Tuesday, November 6, 2012

KELAS FCPO LAGI....

Salam Kengkawan...

pada 4&5 nov 12 yang lepas aku lagi sekali ikuti kelas yang di anjurkan oleh saudara Wafi dan PenjejakX a.k.a abg matt...pg2 jam 6 pg aku shoot ke Kuala Lumpur, dengan azam yg tinggi....coz aku nak serius dalam CPO nie...tujuan aku nak jadikan CPO nie side income aku jugak....

sebenarnya sebelum nie sept 12 aku dah ikuti kelas pertama dan itulah kali pertama aku lihat candle dan graf...tetapi kelas pertama aku hanya berlangsung 2 hari sahaja...mana ada org baljo 2 hari dah teror....kat U pun aku amik masa 4 tahun utk tamatkan degree aku dulu....

so kelas kali nie mmg panjang iaitu l/kurang 6 hari pembelajaran setiap weekend di Kuala Lumpur pada NOV 12 nie....so kali nie kelas lebih detail dan peningkan kepala aku dengan term..term baru dalam candle nie...shotting star, hammer...Dogi...dan lagi2..lah...

sepanjang traning aku dalam paper trade pada sept dan okt aku lihat prestasi aku mmg baik di mana pada bulan sept 12 aku perolehi RM 2,300 dan pada bulan OKT aku perolehi RM 4,300...so pada korang dah patut ker aku ceburi ke life trade.....hehehe

ins'llah modal dah ada..mybe on Dec 12 nie or Jan 13 aku akan masuk Life trade nie....jom kita tgk pic jerlah..