Sunday, February 23, 2014

WELCOME..WELCOME...WELCOME......

Salam Kengkawan....

Welcome..welcome...hehe lama sungguh aku menyepi dari penulisan dalam blog aku sendiri..
banyak kali sebenarnya nak tulis tp hati nie berat n malas plak nak tulis....idea pun xberapa nak ada..
welcome back n tak tau bila nak tulis lagi....hehehe

Alhamdulillah...blog aku nie dah mencecah umur3 taun...dalam masa setahun nie aku banyak habiskan masa seting financial aku sendiri dan start tahun lepas juga aku telah STOP kan aktiviti TT nie...bukan apa dalam group Team OD facebook pun dah ramai otai yang mulanya dari beginner..aku tak kisah pun..ada yang lebih advance adakan kelas2 dgn bayaran tertentu..yerlah air xkan air liur kuar xder apa2 balasan sedangkan diorg sedia habiskan masa seharian dengan tinggal anak bini tuk ajar sedikit ilmu yang hebat.....

sekarang ini aku lihat ramai sungguh yg telah celik mata dalam ilmu kewangan, aku mula pun dah lambat di tahun 2009 di mana pada masa itu hartanah, emas tidak terlalu mahal seperti hari ini dan pada masa itu aku lihat beban perbelanjaan isi rumah pun x seteruk sekarang yang aku anggap sekarang membebankan.....so adik2 yg masih muda dan belum membuat pinjaman bank tu..sila rancang kewangan korang dulu sebelum membuat pinjaman....jgn nak ikut sgt otai2 lama yg sudah cukup bergaya dengan kereta, motor besar, rumah besar....dan mcm2 yg besar tu....

selaku pegawai penyiasat jenayah komersil juga aku lihat MO kes2 tipu semakin hari semangkin canggih juga....doktor, guru, peguam dan penjawat jawatan tinggi kena tipu...kebanyakannya kena tipu melalui laman sosial dan intenet...

Dahulu kita lihat "penyamun" dengan sembunyi dengan bertopeng pergi ke rumah2, tepi jalan, kedai emas lakukan samun....kadang2 ada yang mati jika melawan penyamun ini...tetapi..
sekarang dengan hanya di depan komputer "penyamun" ini lebih untung besar jika lakukan secara fizikal....paling mudah tipu orang ramai dengan jualan tidak wujud di internet...

lastly aku nak nasihatkan korang supaya hati2 dlm hidup harian....

klu hati tenang semua benda jadi OK.......

Saturday, August 17, 2013

ADAKAH HUTANG ITU BAGUS ??????

Salam Kengkawan

ada sahabat bertanya aku asas kewangan…hihi aku nie bukanlah pakar kewangan bro, klu nak sajer beri pendapat aku sendiri bolehlah…..tp soalan dia mmg simple jer….

betul ker hutang nie bagus???

pada aku mmg salahlah klu ada kawan-kawan kata hutang nie bagus…sebenarnya pada aku klu aku tak ada utang langsung...mmg bahagia nyeee idup aku….dapat gaji bersih..leh saving…

tetapi

Apakan daya aku…gaji aku tak sampai pun 5k sebulan…nak beli kereta cash.. aku tak mampu….nak beli rumah cash tak mampu...yerlah sekarang klu tak ada 100k mmg tak boleh beli rumah…
so, baper lama aku nak tunggu untuk aku beli semua nie…nak simpan mmg lamalah..so jalannya adalah dengan meminjam atau buat hutang…
Cuma aku just ingatkan geng nie jgnlah meminjam sampai menyusahkan diri dan keluarga hanya lihat orang lain senang…ukurlah baju di badan sendiri….

buatlah Saving terlebih dahulu, coz bila dah ada simpanan wang nie kita boleh buat benda tuk triple or purple3..wang anda…
J
p/s : walaupun soalan basic dan mcm kelakar tetapi ramai Tanya aku pasal benda nie..so jgn anggap diri
         kita tu betul dan tau semua perkara….dan jgn jadi lalang…ikut jer org cakap….wah!!! marah ker…tak marah tp nasihat…..(p.ramlee)

Saturday, July 13, 2013

CERITA SENSASI BULAN RAMADAN.....


Salam kengkawan
Lama sungguh aku n kengkawan otai tak post dalam Blog, Team OD Fb ataupun group Ebook teknik OD+ASB+CC, asik main komen post kat status jer….ilang weii nanti..baik buat doc untuk rujukan anak cucu nanti…
di zaman ‘dihujung jari ini’ memang mudah untuk dapatkan ilmu, tidak perlu pergi ke Pustakaan Negara, tak perlu beli buku mahal2…semuanya boleh dapat di dalam internet, Forum, FB, Wassap, Tweet, dan sebagainya…memang mudah dan cepat…yg dulunya kurus….lama2 dah jadi gemuk mcm aku…hahaha..mcm lari jer dari tajuk

bukan nak salahkan dunia siber, tetapi nak jelaskan kebaikannya iaitu mudah mendapat ilmu.....mcm korang yang baca blog aku nie... :) kira siber jugaklah...
cerita aku nak sampaikan adalah pasal pelaburan emas....

EMAS PERHIASAN DAN EMAS BAR,COIN
ada beberapa sahabat bertanya pada aku, yang bertanya nie pun bukanlah org baru nak ceburi bidang emas nie…dah 2@3 tahun main emas...tp stakat main emas tuk diri dia jer….asal murah n offer dari geng Fb dia beli n simpan…pastu pajak kat Ar-Rahnu
aku cita ckit latarbelakang member2 aku nie…dulu tahun 2010 dia beli emas bar, coin…bila Ar-Rahnu kata tak boleh dia tukar main emas rantai plak.…dia bukanlah jenis org yang banyak duit...beli emas nie pun asalnya buat loan jugak…dia beli emas sampai licin duit dalam bank sebab dengar kata geng2 Fb “emas adalah penebat inflasi”…”harga emas setiap tahun naik 20% - 40%”..mcm2 lg dengan alasan tak mahu bazirkan wang…dia bila emas lg dan lg…..masalah yang timbul adalah bila wang dalam simpanan abis dan harga emas turun bukannya naik, geng nie sukar nak bayar upah ar-rahnu…sampaikan terpaksa let go emas2 dia nie ckit2…let go pun pd harga 2nd value…rugi..rugi…
cerita lain
Ada sahabat aku yg lain telah membuat skim ponzi sendiri dimana tawarkan dividen kepada pelabur dengan % yg tinggi dengan harapan ‘permainan’ yang di cipta tu berhasil, caranya mengambil emas pelabur dan letakkan di ar-rahnu(tanpa pengetahuan pelabur) dan wang hasil Ar-rahnu dia masuk pelaburan scam jugak..…permulaan ianya berjalan lancar dan dividen yg di janjikan kepada pelabur di bayar secara betul tetapi sejak pelaburan scam yang dia masuk TUTUP, geng aku nie gelabah cari duit nak bayar. Lagi haru dan meyeksakan Ar-rahnu Agro pada masa tu telah keluarkan arahan MAX pinjaman diturun dari 150k kepada 50k sahaja….masalah timbul emas di ar-rahnu Agro geng nie tak boleh tebus dan pihak Ar-Rahnu lelong…masalah lg…lg… emas tu bukan dia punya..EMAS PELABUR….
 Cerita lain
Beli emas murah dang gred rendah….geng aku juga mengadu dan tanya aku kenapa setiap kali pajak emas Ar-Rahnu turunkan Gred..biasalah ayat aku “ biasalah kadang2 Ar-Rahnu downgred bro””don’t worry emas ko tu mmg 916 punya”…nak jadikan cita member nie nak pakai duit dan telah jual emas kat kedai emas…kedai emas sahkan emas tu mmg Gred rendah….so kawan aku sekarang mmg fobia nak beli tru internet nie…
Moral Of Story….
Aku ada juga membuat simpanan emas dan ada sedikit main Ar-rahnu dan aku  mmg merasa beban dalam mengharungi harga emas yg jatuh skrg….aku terasa beban coz kena bayar upah Ar-Rahnu..hahaha
Isu bukanlah Ar-rahnu tetapi CARA PELABURAN kita sebenarnya….
Pada aku klu korang trade atau buat jual beli mmg tak ada masalah coz penjual of cource akan jual time harga mahal….itulah pelabur sebenarnya….klu simpan ajer tu “PERAMBUR” namanya…hihihi
tetapi jika hendak simpan emas buatlah SEDIKIT-SEDIKIT contoh 1 dinar sebulan…CUKUPLAH....lebihan wang cash tu simpan.….sebab tu post sebelum nie aku kata CASH IS A KING…see now Cash Always A KING…tp berapa banyak nak simpan wang?? Simpanlah untuk emergency dan saving ckit…yg lain pandai2lah pelaburan yang bekerja untuk kita…….
Nasihat kepada ahli baru dan yg muda…..sila buat plan dan budget sebelum terjebak dalam pelaburan……ukur baju di badan sendiri….ini untuk peringatan aku dan kengkawan…. 

JADILAH ORANG YANG PALING KEDEKUT UNTUK KELUARKAN OD – diambil dari Ebook Team OD