Friday, January 27, 2012

TANAH oh TANAH....


Salam kengkawan

cerita aku masa cuti tahun baru cina....GONG XI FA CAI
26/1/2012...jam 2.30 pg aku br sampai ke Taiping...penat wooo, tp enjoylah layan bawak keta..heheh...story apa??? Yaa sila baca cita kat bawah nie...

heheh dari Taiping aku "shot" ke K/Pilah, N/Sembilan coz ada jualan tanah dari 1 onwer...aku nak beli tanah tu tak luas mana pun tak sampai 1 ekar tp offer harga mmg menarik bawah 15k..apa lagi....aku pun try nak deal...

aku: akum... aji sy salihan dari perak, minat nak beli tanah aji nie...betul ker harga tu

aji:  betullah...tp, kawan2 aji dah ramai call ckp aji jual murah sgt, tp tak perlah sebab aji dah iklankan so anak lehlah datang cnie tgk2 tanah dulu..tp ada org dari melaka nak tgk jugak, kira saper cepat dia dapatlah...

aku: eh tak per aji sy bayar deposit terus...

aji: ehh!!! tak perlah anak datang tgk tanah dululah....

aku pun gerak dari Taiping dengan kalutnya pd jam 2 ptg bersama family aku, isteri aku tgh masak aku suruh tinggal jer suruh cepat...yerlah dari Taiping ke K/Pilah makan masa 5 jam...dalam perjalanan sampai KL (kul 5 ptg) aku helo aji tu lagi...

aku: akum aji...saya salihan yg tepon td dari perak, sekarang sy dah dekat KL...camner pembeli dari melaka dah datang ker????

aji: lum lagi, dia kata OTW lagi...ak..ukk..ak..ukk terkial jawab soalan aku...

aku: tak perlah aji, nak kejar mmg org melaka sampai dulu nie...nanti sampai K/Pilah saya tepon semula lah....

aku pun dgn cergasnya terus helo pakcik sblah bini aku...aku panggil Pokcu

aku: pokcu nak mintak tolong nie...ada org nak jual tanah dia kat area pokcu tu mintak pokcu tgk2 kawasan dulu...boleh tak....kena cepat sebelum org melaka sampai...punyalah semangat aku....

pokcu: boleh...bg alamat...nanti pokcu booking tuk ko

aku pun teruskan pejalanan dgn harapan tinggi yg pokcu leh settle ngan pak aji tu..

Tak lama lepas tu....

Pokcu: han...Pokcu dah sampai umah aji nie tp dia ke kebun nie pokcu sembang ngan bini aji tu...tp mcm berat jer.....

aku: tak per pokcu tunggu aji tulah...mybe org dr Melaka dah sampai dulu lah tu....

Tak lama lepas tu

pokcu: ko dah sampai mano??? Aji tu kata tak jadi plak....

aku: dah sampai bukit putus nie...dah dekat dah....laaa tak ada rezeki gaknyeee...tak perlah

aku terus tepon Pak aji tu, tanya keadaan sebenar dan dia kata masa dia gi kebun tu ada jiran dia tgk dan lepas bincang dia jual jer kat jiran tu.....(betul ker)

korang bayangkan lah aji tu gi kebun jam 5 ptg..aku nie duk helo dia dari jam 12 tgh hari lagi mintak jual ngan aku...tup2 dia let go ngan org kampong dia jugak yg mana nampak dia gi kebun jam 5 ptg tu dan tanya apa hal dan org kampung mintak jual dengan dia, terus aji tu setuju tanpa helo aku dulu...bila aku tanya pasal geng dari melaka tu, dia kata kena bagitau tak jadi jugak...

alang2 dah dekat aku teruskan jugak ke Kuala Pilah...

aku pun sampai ke K/Pilah jam 7 ptg dan jumpa pakcik aku dan dari cita dia..mmg aji nie banyak hal..kejap cita kebun jauh ngan umah, orgtp bila sembang ngan bini dia kata kebun dekat dgn umah orang....last2 isteri aku kata, mybe aji nie tak jadi jual tanah tu coz ramai kawan dia kata murah sgt dan dah terlepas deal ngan org mybe  pak aji nie nak test market.....hahahah. padan muka aku

tp pakcik aku ada deal jugak ngan kawan dia tanah getah 2 ekar lebih....mybe next week klu tak ada hal aku nak tgk tanah dulu....

Moral of Story...pastikan penjual betul2 nak jual...jgn mcm aku dah jauh merantau balik ngan tgn kosong jer. untuk kali keduanya..terus shot balik Taiping n sampai jam 2.30pg..

Saturday, January 14, 2012

SARA 1 MALAYSIA




 Salam Kengkawan

Hujung bulan nie bakal  wujud 1 pelaburan iaitu SARA 1Malaysia  (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia) , skim yang terbaru yang dilancarkan oleh PM seperti pic di sebelah

  • Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) akan diuruskan oleh syarikat tujuan khas (SPV), Malaysian Development Holdings Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan yang diperbadankan. 
  • Syarikat tujuan khas tersebut akan menjamin pelabur SARA 1Malaysia, skim khas untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur.
  • Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman mengatakan jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM500 juta dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 isi rumah. 
Ada 2 pilihan di sini iaitu samada melalui pinjaman ataupun pelaburan tunai daripada simpanan kita sendiri untuk membuat pelaburan dalam skim Sara 1Malaysia ini:
  • Gaji bawah RM3,000 – buah pinjaman RM5,000
  • Bulan-bulan dapat RM134 (pulangan tetap) daripada pelaburan RM5,000 pelaburan yang kita buat pinjama.
  • Bayaran bulanan untuk pinjaman sebanyak RM5,000 yang dilakukan terhadap mana-mana institusi kewangan adalah sebanyak RM84
  • Pendapatan bersih setiap bulan adalah sebanyak RM50 (RM134-RM84)
            ATAU
  • Bayaran tunai RM5,000 kepada kerajaan sebagai pelaburan
  • Pendapatan bulanan bersih adalah sebanyak RM134  (pulangan tetap) selama 5 tahun
  • Bermakna pelabur boleh untung, sehingga 2.68% sebulan

So, adakah ianya betul2 berbaloi untuk kita laburkan...dan kena ingat kengkawan..pelaburan nie hanya untuk peserta yang income isirumah bawah 3k sahaja..so geng yg ada pendapatan lebih tu tak payahlah mohon...heheheh

Monday, January 9, 2012

TEKNIK OD+OD+ASB

Salam kengkawan...
Jom kita Flash back pasal Teknik OD+OD+ASB...dimana aku akan buat teknik OD+OD+ASB nie dalam masa terdekat...ayat mudah adalah dengan kira2 jer...
di bawah adalah pengiraan aku...

Teknik OD+OD+ASB
Aku punya cash 60k.

Step 1
  • tukar 60k kepada sijil ASB dan jadikan OD
  • jika kita gunakan RHB tuk aplly OD kita akan dapat 95%
  • so 60k x 95% = 57k
Step 2
  • tukar 55k kepada sijil ASB dan jadikan OD sekali lagi
  • gunakan RHB dan minta untuk topup sahaja akaun yang kali pertama
  • so 55k x 95% = RM 52,250
so gabungan step 1 + step 2 =>  60k + 55k = 115k

 pengiraan Dividen Tahunan
115k x 7.5% = RM 8,625

Interest OD

BLR-1% = 6.60 - 1 = 5.6%
Sekarang BLR ialah 5.6%
Becakap pasal daily rest, interest harian adalah 5.6% bahagi dengan 365 (jumlah hari dalam setahun) Maka Interest harian adalah:-

5.6% / 365 = 0.01534%

60,000 - 52,250 = RM 7,750 (OD yg di gunakan)

day 1. baki OD 52,250
OD dah guna=RM 7,750 , Interest OD = 0.01534 % x 7,750 = RM 1.188

day 2. baki OD 52,248.812
OD dag guna=RM 7,751.88, Interest OD = 0.01534% x 7,751.88 = RM 1.189 

emm klu 30 hari agak2 baper interest OD
kita anggarkan RM 1.30 ( purata tuk 1 hari)


RM 1.30 x 30 hari = RM 39 permonth

RM 39 x 12 = RM 468

Keuntungan

dividen ASB = RM 8,625 - RM 468 =
RM 8,157

jom sama2 share ilmu teknik OD+OD+ASB nie..adakah ianya mmg menguntungkan atau merugikan...
plz jgn bezakan antara Loan ASB nanti klu nak bezakan kita bukak post lain..hehehe

Wednesday, January 4, 2012

DUIT DIVIDEN ASB 2012

Salam kengkawan

sekejap jer dah tahun 2012
minggu nie adalah minggu sibuk bagi bapak2 dan ibu2 minggu nie jugak adalah minggu yang di tunggu2 oleh ramai org dimana minggu 'update' buku ASB..

ramai geng Team OD minggu nie sibuk nak beli barang sekolah anak2 nak daftar sekolah lagi...peh!!! banyaknyee kerja dengan meeting lagi...tp kita relaxkan otak kita, awal tahun mmg mcm nie...kalut semacam...yerlah org kata Azam tahun 2012 tgh panas lagi..

klu ko tgk gelagat orang dan perhati mmg syok..ada geng yang lepas daftar anak terus ke bank untuk kemaskini buku ASB yang bermula semalam (3/1/2012)....siapa tak teruja dengan dividen yang lumayan tahun nie... bonus gaji pun tak dapat banyak mcm dividen ASB. nielah income goyang kaki yang aku katakan dulu..

kat cnie apa yang aku nampak ada geng gunakan cara:-
  1. bayar duit ke ASB setiap bulan
  2. bayar duit ke Loan ASB.
ke dua2nya mmg untung dan ada kelebihan masing2...ada yang suka cara 1 dan ada yang suka cara 2.. dan ada juga yg suka ke dua2 nya skali..klu aku aku suka yang No 1+2 coz ianya berbentuk jangka pendek dan yang no 2 tu ianya berbentuk jangka panjang...

apa yang panjang dan apa yang pendek???
aku cita yang panjang dululah...
maksud aku adalah jika korang menyimpan ASB pakai Loan ASB ianya adalah simpanan untuk jangka masa lama coz terikat dengan pihak bank selama 15 @ 20 tahun...lagi 1 wang ASB tu korang tak boleh nak keluarkan pada ikut suka hati ko sebab ianya dalam bentuk sijil..hanya boleh keluarkan pada awal tahun sahaja(dividen ASB) atau bila dah abis bayar.tetapi income dividen ASB mmg lumayan dan siapa yang 'BumB' loan ASB sampai 200k tu mmg senyumlah...

jangka pendek
maksud aku jangka pendek dari segi kegunaan aku leh keluarkan bila2 masa jer...cuma dividen kecik ckitlah..

klu buat keduanya iaitu Saving ASB + Loan ASB pun lagi baik..

berbalik pada tajuk kat atas tu...
Pada geng yang pakai teknik OD+ASB+CC sila pastikan korang hati2 bila berbelanja duit dividen ASB nie, boleh berbelanja untuk reward diri sendiri tetapi selepas korang settle kan semua hutang CC korang tuk tahun 2011 sebab pada tahun 2012 kita akan mulakan semula penggunaan CC 1k balik. jumlah gandaan 1k nie bukanlah wajib 1k ianya mengikut kewangan masing..ada yang gunakan 1k sahaja, ada yg guna 1.5k dan ada guna 3k..

kepada geng yang dapat Dividen gunakan Loan ASB juga tak perlu risau, yerlah risau sebab nak settlekan plak ansuran tuk tahun 2012 pulak..apa yang aku leh cadangkan adalah korang gunakan jer dividen ASB tu untuk bayar CC dan ansuran bulanan Loan ASB tu korang bayar by monthly..

apapun Tahniah kepada semua warga Team OD