Wednesday, March 30, 2011

KOD DARI BANK NEGARA MALAYSIA

Salam kengkawan

post sebelum nie aku ada nyatakan pasal kod-kod yang digunakan oleh BNM di laporan Kredit kita CCRIS..sila lihat kod-kod dibawah nie...


di dalam laporan kredit kita yang kita telah print out ada ruangan bahagian JENIS CAGARAN di situlah adanya kod-kod tersebut dan disinilah pihak bank melihat jenis pinjaman yang kita buat..
  1. 00 - adalah untuk kod kad kredit
  2. 10 - adalah untuk kod pinjaman rumah
  3. 23 - adalah untuk pinjaman melalui cagaran amanah saham
  4. 99 - dalah untuk pinjaman melalui cagaran Emas
di atas itulah yang pihak bank lihat, jika korang ada banyak kod 99 tu.korang kena xplain dulu dengan banker yang ko nak aplly loan rumah/kereta/etc yang pinjaman tersebut adalah pinjaman bagi cagaran emas korang kerana dalam laporan CCRIS tiada dinyatakan jenis cagaran tersebut.

sila lihat contoh CCRIS

                                          ( klik untuk besarkan)


di atas itulah contoh laporan CCRIS...yg penting adalah cara bayaran ko setiap bulan...angka yang aku bulatkan adalah kod-kod yang aku maksudkan....ini tak berapa penting tetapi sekadar pengetahuan sahaja..

camner pihak bank lihat CCRIS nie?

klu ko lihat pic dibawah nie pihak BNM ada meletakan rekod bagi setiap bulan dimana angka 0 menunjukkan yang ko adalah peminjam yang bagus, tiada tunggakan berlaku..jika ko ada tungakkan pada sesuatu bulan angka 1 akan tertera dan ia menunjukan ko adalah peminjam yang tak berapa bagus kerana 'ngelat' bayar pinjaman bulanan..jika terlalu banyak angka 1 tersebut, maka banker akan tahu ko nie jenis yang liat nak bayar hutang...
jika ko seorang yang liat nak bayar hutang..paham2 jerlah..ko nak aplly loan pun susah bank nak tolong luluskan....


mcm aku nie..bank pun suka bagi pinjam..hehehehe

Tuesday, March 29, 2011

MASALAH HANYA BOLEH 2 CC SAHAJA

salam kengkawan

sekarang nie ramai mengeluh dan ramai jugak yang tanya aku pasal CC..mcmlah aku nie banker..hahaha
aku tahu ramai takut sebab untuk gunakan TEKNIK OD+ASB+CC tu kita amat perlukan CC dan klu geng yang mmg dah ada limit CC sampai 10k-15k mmg tak ada masalah...tp nie pada geng yang hanya ada 2 CC tp limit tak sampai langsung 10k...

sila rujuk link dari Bank Negara Malaysia disini

Arinie aku berkesempatan ke BNM P/Pinang kerana ada kerja dan sambil2 aku terus ke tingkat 3 dan semak aku punya CCRIS...
sambil2 tu jugak aku ada tanya kepada pegawai BNM tu pasal syarat baru dari BNM pasal CC tu dan aku tanyalah aku nie ada 4 CC..so camner adakah aku wajib pilih 2 CC jer...
jawapan banker BNM : TIDAK PERLU..teruskan yang WAJIB adalah pemohon baru sahaja...
aku tanya lagi..tp dalam website BNM kata camtu...
jawapan banker BNM : tu adalah langkah untuk mengurangkan CC pelanggan sedia ada sahaja dan jadikan 2 sahaja...klu saudara tak nak 'matikan' memang pihak bank tidak boleh buat apa-apa.
itu adalah jawapan dari pihak BNM P/Pinang..so kesimpulannya siapa yang dah ada lebih dari 2 CC tiada masalah untuk terminate...pihak bank sahkan ianya hanya kepada pelanggan baru sahaja....
klulah perkara nie terjadi iaitu hanya boleh 2 CC sahaja yang boleh...jgnlah risau..limit CC tu boleh di naikan setelah ko guna setahun...

tp geng jgnlah ikut sgt 100% xsident aku nie..klu boleh korang pun tolongkan confirmkan dari BNM KL tu...mybe ianya hanya pendapat banker BNM P/Pinang sahaja..saper tahu..

apa lagi 1 benda aku nak cita nie...lupa plak...kacau tul si Flr Frs nie...hahahaha
haa baru aku ingat lepas aku belek2 baca semula post nie..pasal CRRIS..
sebelum nie ramai duk cita pasal PAJAKAN EMAS kat AGRO/B.RAKYAT masuk CCRIS dan lepas aku tgk list CCRIS aku memang betullah cakap2 bloger2 pasal perkara nie...
pajakan emas yang kita rempit tu mmg masuk dalam CCRIS...
tp banker kata tak ada masalah coz ianya bersandar..aku lupa pasal kod dia...memang ada nyatakan yang pinjaman itu ada bercagar...
nantilah aku update dalam blog team OD

open 2 komen

Monday, March 28, 2011

BAGAIMANA NAK TAHU KITA NIE MEMANG DAH KAYA??

Salam kengkawan

zaman internet nie klu kita google kat internet dan taip perkataan 'kaya' 'bagaimana nak kaya'..nanti akan korang akan dapat mcm2 cara nak buat duit nie...
jadi kaya cara orang malas pun ada..hahahaha..tak caya trylah google...

kat cnie aku nasihatkan kepada kengkawan team OD dan diri aku sendiri jgnlah pecaya JLN SHORT CUT nak kaya tu...arini pun paper metro ada cita pasal pelaburan MLM yang di buat oleh sorang artis lesapkan wang ahli sampai 50 juta..peh!!!!


nak baca sila klik disini

klu ko berjaya 'kelentong' orang sampai 50 juta barulah ko nie org kaya penipu...tp org sekarang apa peduli yg penting boleh kaya....

berbalik pada tajuk aku kat atas tu.. bagaimana nak tahu yang kita nie memang dah kaya????

1) adakah yg miliki 20 bijik rumah boleh digelar orang kaya...
2) adakah yg miliki 5 kg emas boleh digelar orang kaya...
3) adakah yg miliki Cash 1 juta boleh digelar orang kaya...
4) adakah yg miliki kereta ferari/ roll royce boleh digelar orang kaya....
5) adakah yg miliki Loan ASB 400k boleh digelar orang kaya....
6) apa lagi.....

mana satu pilihan ko???? pilihlah dan beri sebabnya atau ada penambahan pada pandangan peribadi ko

aku tahu mybe akan ramai jawab gabungan no 1,2,3,4 tu adalah pilihan korang...hahahah

pada pandangan peribadi aku dan sememangnya ajaran dari GURU besar aku dulu....
kita boleh declare kita nie orang kaya adalah bilaaa

" ko boleh sain cek dan bagi aku 1 juta cash"

barulah ko boleh cakap ko tu mmg kaya....

Wednesday, March 23, 2011

PENIPUAN MELALUI FACEBOOK

salam kengkawan

Di zaman sekarang nie penggunaan internet adalah bukan satu kehendak tetapi boleh dikatakan ianya sudah menjadi satu keperluan yang amat berguna dalam kehidupan kita dimana semua maklumat terkini, penggunaan kepada pelajar U untuk siapkan asigment atau tesis, penggunan dalam internet perbankan seperti CIMB click, maybank2u...
nak bayar saman polis pun dah tak payah pegi ke balai polis hanya bayar kat MYeg...
nak bayar bil2 pun tak payah ke pejabat pos atau ke TNB/SAJ..
nak bayar PTPTN pun tak payah pergi ke bank
nak bayar hutang kad kredit pun tak payah ke bank
pehh!!! punyalah senang klu ada internet nie...
tp makin canggih pengunaan internet nie...ramai jugalah yang hacker atau penjenayah yang mencari kesempatan untuk menipu orang ramai...
disini suka aku ingatkan kepada kaum HAWA...
nie aku nak cita pasal penipuan melalui Facebooklah sebab team OD pun gunakan FB untuk salurkan maklumat....

disini klu ramai tak tahu, penipuan pasal mencari jodoh/kenalan dari luar negara semakin berluluasa...dimana saspek yang menggunakan indentit orang lain yang hensem menipu kaum2 hawa di Malaysia dengan janji2 manis...
cara diorang tipu antaranya:-

1)    nak hantar parcel -gambar, bunga,gambar2 dan wang yg banyak
2)  saspek tepon kata kena tangkap dengan pihak kastam m'sia kerana 
bawa wang tunai yang banyak dan minta wang jaminan untuk keluar.
3) minta tolong uruskan pembelian Banglo/Aparment di m'sia
4) pihak kastam telefon katakan kawan kita ditahan dan minta hadir jamin atau masukan dalam akaun kastam
5)pihak kedutaan sesebuah negara call katakan kiriman wang melibatkan wang yang banyak dan kastam telah kenakan cukai untuk lepaskan...
 wah!!! ada lagi nie tp aku lupa..hahahaha
modus operadi kat atas nie adalah cara mereka tipu kita dengan medium FACEBOOK sebagai langkah pertama pengenalan bermula....
so kepada sesiapa yang rasa 'terdesak' sangat nak cari pasangan 'luar negara' tu kena hati2 daripada ditipu....

tak rugi klu kita membuat pengesahan dengan mana2 jabatan kastam KLIA, atau mana2 kastam untuk bertanya adakah benar ada tahan mana2 orang dan betulkan pihak kastam akan lepaskan orang jika bayar wang jaminan....bunyi mcm rasuah...
so aku ingatkan kaum hawa dan tidak lupa kaum adam juga...
sama2 lah kita saling ingat mengingati....
nak cita pasal penipuan email fishing...tp tak perlah lain punya postlah....

open 2 komen

Tuesday, March 22, 2011

SAVING, HARTANAH, EMAS, BIZ dan SAHAM...mana lagi BAGUS ????

Salam kengkawan

lama sungguh aku tak post apa2 dalam nie..klu tgk tajuk kat atas tu mmg semuanya bagus dan kita semua termasuk aku terkejar2 mencari peluang nak berjaya dan miliki semua kata atas tu....

tetapi
manakah yang TERBAGUS antara yang bagus kat atas...syok klu kita bincangkan nie

aku kadang2 selalu terima sms,email dan juga msg kat FB bertanyakan soalan di atas tu...
daripada apa yang aku belajar dulu...dulu...aku di arahkan oleh CFP aku untuk kumpul SAVING dulu..bukan terus melompat kepada hartanah,emas dan juga bukak biz atau main saham...

so..aku terpikir ianya memang benar juga..klu aku mmg dari kalangan orang kaya mmg aku tak akan gunakan cara SAVING nie...aku terus langkah kepada melabur dalam hartanah...EMAS, BIZ atau SAHAM..


tp aku nie dari kalangan orang sederhana dan kerja gomen....so aku mmg hendak miliki RUMAH,TANAH,EMAS dan jika nak pencen aku nak bukak BIZ sendiri....dengan cara apa aku hendak miliki semua tu...aku perlu SAVING dahulu..

so..kesimpulan yang AKU sendiri pikir adalah cara saving adalah cara UTAMA yang perlu aku buat dulu sebelum melangkah ke pelaburan2 lain..

berapa perlu ada wang saving baru melabur dalam HARTANAH,EMAS dan lain2 ???
haha...agak2 klu kita nak saving daripada gaji kita berapakah yang mampu kita buat dalam masa 3 tahun...berapa kita leh saving?
klu gunakan teknik OD+ASB+CC mmg aku leh cakap aku leh dapatkan 50k cash lah..hahah promote ebook...
tp klu tak ada teknik OD+ASB+CC agak2 berapa kita leh saving????

rata2 ramai orang akan mulakan sesuatu pelaburan dengan meminjam (PL) dan meminjam lagi...sebab mereka hendak mula beli EMAS, RUMAH dan buat BIZ....

sedangkan cara paling berkesan dalam merancangan kewangan adalah SAVING..
kenapa kita perlu sampai pinjam bank untuk buat melabur???adakah pelaburan yang kita buat itu betul memberi pulangan yang banyak....

jika saving dah banyak mudahlah kita untuk membuat perancangan seterusnya seperti beli rumah...emas dan sebagainya....Jgn beli sesuatu dengan wang pinjaman..lagi 'cun; kita gunakan duit saving sahaja atau beli cash...

oklah rasanya banyak nak tulis..tp klu panjang sgt nanti ko malas plak nak baca...
so perkara UTAMA yang akan nak sampaikan adalah...
biarlah SAVING menjadi perkara utama dalam cara merancangan kewangan korang..barulah pergi ke next step....

Thursday, March 10, 2011

TESTIMONI PERMOHONAN ODASB+SYARIKAT

Salam kengkawan

ramai mengeluh dengan situasi sekarang yang sukar untuk aply OD secara individu dan pada aku kita sepatutnya jgn terus mengeluh dengan situasi tersebut...dan jgn tunggu lagi mcm pepatah kata "tunggu sampai kucing bertanduk"
apa yang patut kita buat adalah berubah dan teruskan langkah kehadapan..
disini aku mahu selitkan rakan kita yang telah berjaya mendapatkan OD iaitu saudara
Ismazuan Ismail..mari kita ikuti retetan kisahnya mendapatkan OD..

inilah kisah Ismazuan Ismail dan ayat ini di copy dari beliau... 

"Bagi rakan-rakan yang berminat dengan ODASB+Syarikat ingin saya kongsi sedikit pengalaman saya apply OD ni.
Sebenarnya OD ni atas nama wife saya. SSM & Lesen PBT kami apply bulan February 2011.SSM tiada masalah senang apply sekejap je siap tapi mesti milikan tunggal. Cuma bab lesen PBT susah sikit kalau tak faham apa yang pihak PBT nak. Jadi utk rakan-rakan
yang lain masa pegi ambil borang tu tanya pada pegawai tersebut dengan detail apa yang diaorg nak untuk kita sediakan supaya memudahkan kita & tak perlu pergi banyak kali.

Permohonan Lesen PBT

Dapatkan borang & tanya pegawai yang bekenaan tentang jenis-jenis lesen & apa lesen yang mudah untuk dipohon bersesuaian dgn produk yang hendak dijual. Sebaik2nya cari kaunter khidmat nasihat @ kaunter pertanyaan. Dalam kes saya, saya apply lesen penjaja sahaja kerana syaratnya mudah. Perniagaan kami ialah menjual santan segar & alat2 permainan kanak2 lokasi penjualan dari taman ke taman perumahan.
Kemudian syarat untuk lesen penjaja mestilah ada kenderaan samaada motor, van @ lori. Kereta persendirian tidak dibenarkan, kalau kete jenis wagon mungkin boleh. Jika tiada, sewa @ pinjam motor, van @ lori kawan @ saudara mara dengan syarat kemukakan surat sewaan atau surat kebenaran menggunakan kenderaan tersebut utk tujuan perniagaan. Ambil gambar kenderaan tersebut depan, blakng, kiri & kanan & submit bersama geran kenderaan berkenaan.

Jadi untuk apply lesen PBT (bagi penjaja bergerak) perlu ada:
1 - Sijil SSM
2 - Kenderaan (gambar & geran)
3 - Surat kebenaran menggunakan kenderaan
3 - Lesen Memandu
4 - Ic
5 - Borang permohonan lesen

* Permohonan mengambil masa +- sebulan untuk kelulusan. Anda akan dihubungi oleh pihak PBT.
* Untuk yang ingin berniaga pasar malam sila kenal pasti pihak penganjur pasar malam bagi tempat tersebut kerana pihak PBT perlukan pengesahan dari phak penganjur.


Permohonan OD

Apabila lesen PBT dah lulus bolehlah pergi PNB/ASNB tukarkan RM dalam buku kepada bentuk sijil. Sebenarnya masa saya pegi bank tu officer tu kata tak perlu sijil tu masa permohonan bila dh approved barulah tukar duit tu kepada sijil.
Untuk mohon OD mestilah ada:

1 - Sijil SSM
2 - Sijil ASB / Buku ASB (mungkin perlu bagi mereka yang belum sempat tukarkan duit kepada sijil)
3 - Lesen PBT (perniagaan)
4 - Slip gaji (untuk sokongan)
5 - IC
6 - Akaun syarikat (kalau xde xpe sbb bank akan tanya tapi saya mmg xde sb baru lagi)

Sebaik-baiknya photostat semua yang diatas supaya memudahkan kerja officer bila semua dah tersedia officer tu nak tolong kita pun senang hati & cuba beramah mesra dgn officer tersebut buat macam kawan barulah dia nak tolong kita buatkan OD tu
cepat. Proses kelulusan +- 1 minggu ke 2 minggu.

Di harap info yang saya berikan dapat membantu rakan-rakan yang lain. Terima kasih.

itulah kisah dari Bro Ismazuan yang telah berjaya mendapatkan OD..diharap kisahnya dapat menaikan semangat kengkawan semula dalam merancang kewangan anda...

100% HOUSING LOAN

Salam kengkawan


pengumuman PM kita pasal ingin membantu golongan sederhana dan golongan orang muda untuk miliki rumah, ini adalah artikel dibawah.


Skim beli rumah tanpa deposit
2010/10/16,Milikan pertama bagi gaji kurang RM3,000
KERAJAAN akan memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas Bhd (Cagamas) yang akan menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.
Skim ini untuk pembeli rumah pertama yang berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan. Dalam kata lain, pembeli rumah mendapat pinjaman 100 peratus tanpa perlu mengeluarkan 10 peratus wang pendahuluan seperti amalan lazim.
Pada masa sama, hanya pembeli rumah pertama juga akan diberi pengecualian duti setem 50 peratus ke atas surat cara pindah milik sebuah rumah berharga tidak melebihi RM350,000.
Kerajaan juga mencadangkan pengecualian duti setem 50 peratus diberi ke atas surat cara perjanjian pinjaman bagi membiayai pembelian rumah pertama itu.
Bagi golongan miskin dan berpendapatan rendah pula kerajaan menyediakan RM568 juta bagi membina 300 kediaman di bawah Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit di bawah Program Perumahan Rakyat dan 8,000 unit di bawah Projek Bantuan Sewa Rumah.
Selain itu, bagi membantu golongan pekerja estet memiliki rumah, kerajaan akan menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah dengan peruntukan RM50 juta yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Skim ini terbuka kepada pekerja tetap estet dan warga negara Malaysia untuk mendapatkan pinjaman perumahan maksimum RM60,000 bagi membeli rumah kos rendah pada kadar faedah maksimum empat peratus dengan tempoh pinjaman sehingga 40 tahun, menjangkau generasi kedua.
Bagi memudahkan penjawat awam memiliki rumah kerajaan menggariskan tiga langkah penambahbaikan pada bajet ini.
1- Langkah pertama ialah membenarkan pembelian hartanah daripada ibu, bapa, anak dan adik-beradik;
2 – menggandakan kadar pinjaman kepada RM20,000
berbanding RM10,000 untuk kerja tambahan rumah kos rendah bagi Kumpulan Sokongan Dua.
3 – Langkah ketiga, menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kepada RM450,000 berbanding RM360,000 pada masa kini.
Semua langkah penambahbaikan pinjaman perumahan ini akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2011.

“Skim Rumah Pertamaku” yang dibentangkan dalam sesi belanjawan yang lalu telah dilancarkan pada 8/3/11 Jadi, kriteria-kriterianya adalah seperti berikut :
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak melebihi 35 tahun
  3. Pembeli rumah pertama 
  4. Pendapatan kasar tidak lebih RM3,000 sebulan
  5. Confirmed employee dan telah berkhidmat dengan majikan yang sama tidak kurang dari 6 bulan
  6. Jumlah pembayaran balik tidak melebihi 1/3 atau sehingga 50% dari jumlah pendapatan
  7. Kediaman yang berharga di antara RM100K ke RM220K yang terletak di Malaysia
so, kengkawan yang rasa layak boleh terus memohon..gunakan segala kemudahan yang di berikan..biasanya peluang begini pada kengkawan yang ingin miliki rumah yang berharga tinggi...mcm aku tak boleh dah coz dah ada rumah..ini disyaratkan kepada kengkawan yang masih TIADA rumah lagi...

Sunday, March 6, 2011

BILAKAH TIBANYA HARI KIAMAT..

Salam kengkawan
mari kita renung-renungkan artikel ini..aku ambil daripada DK Hadi yang pada aku kita boleh tingkatkan ilmu kita..marilah sama2 kita renungkan

1. MUNCULNYA IMAM MAHDI

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi yang terakhir diutuskan dan Imam Mahdi pula adalah imam yang terkahir dan tiada lagi imam sesudahnya. Imam Mahdi adalah dari keturunan Hasan, yakni anak kepada Fatimah dan Ali bin Abi Talib. Ali pernah melihat Hasan sambil berkata: “Anakku ini akan menjadi pemimpin seperti dijanjikan Rasulullah dan nanti juga akan keluar dari keturunannya seorang lelaki yang namanya, kelakuannya sama seperti dengan nama nabi kamu, namun bentuk tubuhnya tidak sama”. Kemudian Ali menceritakan keadaan Imam Mahdi yang memimpin dunia secara adil dan bijaksana.

Rasulullah SAW pernah bersabda, “Akan keluarlah manusia dari sebelah timur, lalu mereka pergi menemui Mahdi, yakni untuk mengikuti pemerintahannya”. Imam Mahdi yang dijanjikan akan datang di akhir zaman itu dikatakan akan mucul dari timur dan mereka akan melantiknya di Mekah. Beliau akan memimpin dunia selama lima, tujuh atau sembilan tahun dan pada zamannya nanti ajaran Islam dapat ditegakkan, musuh-musuh Islam takut akannya, pemerintahannya tiada cacat cela, tiada kezaliman dan kebaikan berkekalan. Beliau menguasai dunia seperti Nabi Allah Sulaiman.

2. MUNCULNYA AL-MASIH DAJJAL

Mengapa dia digelar Al-Masih? Nama Al-Masih diberi kerana buruknya rupa dan bentuk tubuh Dajjal dan dia diciptakan sebagai makhluk yang dilaknat kerana ia kufur dan mengaku dirinya sebagai tuhan. Al-Masih juga diberi kepada Dajjal kerana terhapus atau hilang mata sebelahnya. Kekuasaannya mencakup seluruh daratan dan lautan dan dia boleh menahan sungai daripada mengalir. Di antara kedua matanya tertulis kalimat KAFIR dan ia dapat dibaca oleh setiap mukmin sama ada pandai membaca atau tidak. Dia akan hidup di bumi selama 40 tahun.

Pada akhir zaman nanti kemarau panjang akan berlaku, hujan tidak turun dengan lamanya, tumbuhan tidak tumbuh dan dunia semakin kering kontang, sementara manusia dalam kelaparan, kehausan dan banyak penyakit melanda. Ketika itulah akan munculnya Al-Masih Dajjal dengan hebatnya. Dia memerintahkan langit menurunkan hujan dan dia menyuruh bumi mengeluarkan tumbuhan, dan ia benar-benar berlaku. Kemudian dia menyuruh sungai supaya mengalir membasahi kekeringan bumi.
Dajjal menunjukkan kehebatannya dalam mengubati pelbagai penyakit, bahkan dia boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Dia berpura-pura mengajak manusia kepada pendamaian dan kemudian banyaklah pengikutnya. Dalam keadaaan demikian, maka Dajjal mengaku dirinya sebagai nabi Allah dan ramai percaya terhadapnya. Akhir sekali dia akan mengaku dirinya sebagai tuhan bahkan dia mempunyai syurga dan neraka.
Dajjal berkata, “Akulah tuhan semesta alam dan aku sanggu menghidupkan dan mematikan”. Tiba-tiba ada seorang mukmin membantahnya dan Dajjal terus membelahnya kepada dua bahagian. Kemudian Dajjal menyeru kepada tubuh mukmin itu, “Berdiri engkau”, lalu ia pon berdiri dan Dajjal bertanya lagi, “Percayakah engkau aku ini tuhan sekalian alam?”, orang mukmin itu menjawab, “Tidak, engkau masih Al-Masih pembohong”, lalu mukmin itu dicampakkan ke neraka milik Dajjal.
Orang-orang yang percaya pada Dajjal kemudian mengikutinya setelah melihat sendiri penipuan yang berlaku. Begitulah ramai yang akan kufur pada Allah dan beriman kepada Dajjal. Dajjal akan dibantu oleh syaitan dan jin dalam melakukan segalanya termasuk harta kekayaan. Mereka akan membantu Dajjal sama seperti mereka membantu Nabi Sulaiman satu ketika dahulu. Namun Dajjal tidak dapat memasuki kota Mekah dan Madinah kerana keduanya dijaga oleh Malaikat.

Bilangan orang-orang mukmin semakin sedikit lalu mereka lari ke puncak Bukit Dukhan untuk menyelamatkan diri dari Dajjal serta pengikutnya yang terdiri dari bani Iblis dan Bani Adam yang ramai dan kahirnya mereka dikepung di sana. Mereka ketakutan dan kelaparan berikutan tiada makan dan minuman di sana dan hanya mampu berdoa, berzikir, bertasbih dan bertahmid dengan kuat meminta pertolongan Allah. Tentera Dajjal tak dapat mendekati mereka kerana bacaan yang kuat itu.
Berbulan-bulan mereka terperangkap di atas bukit dan tiba-tiba langit menjadi gelap-gelita sehingga telapak tangan pun tak dapat dilihat depan mata. Kemudian mereka mendengar satu seruan dari langit, “Telah datang kepada kamu pertolongan!”. Tatkala itu bumi disinari nur dari langit dan turunlah Isa bin Maryam dan tangannya pada sayap dua Malaikat. Dajjal yang mengetahui kedatangan Nabi Isa kemudian terus pucat dan menyuruh pengikutnya mengerjakan solat. Ketika Nabi Isa mendatangi Dajjal, lalu Dajjal sambil ketakutan berkata, “Wahai nabi Allah, kami baru sahaja mengerjakan solat”. Isa AS bekata, “Wahai musuh Allah, engkau mengaku sebagai tuhan sekalian alam, untuk siapa kau solat dan mengabdi?” Lalu tamatlah riwayat Dajjal dibunuh oleh Nabi Isa di Babu Luddi Palestin.

3. TURUNNYA NABI ISA

Nabi Isa adalah nabi kedua terakhir yang diutuskan Allah. Nabi Isa telah dinaikkan ke langit dan hidup dengan aman hingga sekarang setelah cubaan membunuh oleh kaumnya. Waktu Dajjal berleluasa pada akhir zaman, Nabi Isa akan turun dan membunuhnya serta memimpin umat Nabi Muhammad ke jalan yang benar dan akan dihapuskan segala agama selain Islam. Dunia ketika itu akan aman sehingga anak perempuan boleh bermain dengan harimau.

Turunnya Nabi Isa diriwayatkan bahawa beliau akan turun berdekatan dengan menara putih di Timur Damsyik dengan memakai pakaian kuning pada waktu fajar. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua Malaikat. Kulitnya putih kemerah-merahan dan terdapat nur di wajahnya. Beliau akan menghancurkan salib-salib, membunuh semua babi, menghapuskan cukai dan tidak membayar zakat kerana waktu itu tiada seorang pun yang berhak menerimanya. Tiada lagi cemburu, dengki , marah-memarahi antara satu sama lain, dunia berjalan dengan aman dan lancar.
Bumi akan mengeluarkan cahaya dan menumbuhkan tumbuhan sama seperti zaman Nabi Adam dan ramai orang memetiknya dan makan sehingga kenyang. Nabi Isa akan memimpin dunia dengan aman selama 40 tahun sebelum kewafatan beliau di Madinah. Beliau disembahyangkan oleh kaum muslimin dan dimakamkan berdekatan makam Rasulullah SAW. Yakjuj Makjuj iaitu kaum yang amat ditakuti manusia juga akan muncul pada zaman Nabi Isa ini.

4. KELUARNYA YAKJUJ & MAKJUJ

Yakjuj dan Makjuj adalah dua kaum yang telah hidup lama di sebalik dua gunung dari zaman Nabi Ibrahim hinggalah sekarang dan mereka suka berbuat kerosakan di muka bumi dan menyusahkan dan mengganggu manusia. Masyarakat waktu itu tidak tahan dengan Yakjuj Makjuj lalu meminta Raja Zulqarnain iaitu pemimpin yang agung untuk membuat benteng menahan Yakjuj Makjuj dari keluar dari sebalik gunung tersebut. Lalu mereka bekerjasama membuat benteng yang tingginya sama tinggi seperti dua puncak gunung itu. Di situlah Yakjuj Makuj terkurung sehingga Kiamat nanti.

Telah tiba masanya lalu dengan izin Allah maka hancurlah dinding yang menahan kaum Yakjuj Makjuj dari melihat dunia selama ini. Mereka pun turun dari celahan gunung itu dengan lajunya seperti empangan yang pecah mengeluarkan airnya. Lalu Yakjuj Makjuj meminum dan memakan apa sahaja yang mereka jumpai sehingga kering air sungai dan perigi. Manusia ketika itu semuanya ketakutan dan bersembunyi, mereka memohon agar Nabi Isa menghancurkan Yakjuj dan Makjuj. Maka berdoalah Isa ke hadrat Allah dan berkat doanya, lalu Allah mengirimkan ulat kepada Yakjuj Makjuj dan mereka mati kesemuanya.

5. MATAHARI TERBIT DARI BARAT

Terbitnya matahari dari ufuk barat adalah suatu yang mustahil akan berlaku tanpa izin Allah kerana ia bertentangan dengan hukum alam. Ketahuikah anda bahawa matahari itu setelah ia diciptakan, ia sentiasa mengikut peredarannya iaitu terbit di timur dan terbenam di barat? Setelah terbenam, ia pergi ke bawah Halimatul Arasy, sujud kepada Allah dan mensucikanNya dan membesarkanNya. Kemudian matahari akan meminta izin Allah untuk terbit kembali menjalankan tugasnya seperti biasa.

Setelah wafatnya Nabi Isa, manusia ketika itu ada yang tetap taat pada ajaran Islam dan banyak yang kembali kufur kepada Allah. Tidak lama kemudian berlakulah satu perubahan yang ketara pada alam semesta yang tidak pernah terjadi sepanjang umur dunia. Apabila matahari terbenam, malam menjelma seperti biasa, namun semua manusia dapat merasai keanehan malam tersebut. Malam itu terlalu lama dan panjangnya sama dengan dua malam biasa. Orang yang tidur sudah puas tidur, orang yang selalu solat subuh di awal waktu masih menanti masa solat, sehingga ramai yang keluar dari rumah masing-masing bertanya kepada jiran mengapa dunia masih gelap.
Rupanya Allah telah menahan matahari dari menjalani tugasnya, Allah berfirman, “Diamlah engkau disini”. Matahari pun diam selama dua malam sehinggalah Allah memerintahkan, “Terbitlah engkau dari tempat terbenammu”, lalu terbitlah matahari dari ufuk barat. Tatkala itu semua penduduk dunia berasa sangat pelik kerana ia tak pernah berlaku dalam sejarah, matahari telah terbit dari tempat terbenamnya. Kemudian kesemua mereka menangis sama ada yang Islam atau yang kafir kerana mereka sudah tahu hampirnya Kiamat. Namun segala tangisan dan taubat sudah tak berguna lagi. Pada waktu terbitnya matahari dari barat, Allah telah menutup segala pintu taubat dan pintu syurga, maka menyesallah mereka sehingga mulai hari itu, tidak seorang pun akan bekerja lagi.

6. KELUARNYA BINATANG DARI PERUT BUMI

Setelah terbitnya matahari dari ufuk sebelah barat, kemudian muncul lagi tanda kekuasaan Allah iaitu keluarnya binatang yang melata dari perut bumi. Apabila ia keluar sahaja ke muka bumi ini, lalu muncullah tanda pada dahi setiap manusia. Jika manusia itu beramal soleh maka tercatitlah perkataan “mukmin” pada dahinya manakala jika manusia itu seorang kafir, maka terang-terangan akan tertulis “kafir” pada dahi mereka.

Rasullullah SAW pernah bersabda bahawa panjang binatang ini adalah 60 hasta iaitu sama tinggi dengan Nabi Adam AS dan orang yang mencarinya takkan menjumpainya, sedangkan orang yang lari darinya takkan dapat lari daripadanya. Binatang ini dikatakan kepalanya seperti kepala banteng, matanya seperti mata khinzir, telinganya seperti telinga gajah, tanduknya seperti tanduk rusa, lehernya panjang seperti leher burung unta, dadanya seperti dada singa, warnanya seperti harimau, rusuknya seperti rusuk kucing, ekornya seperti ekor kibas, tingginya seperti unta dan ia akan membawa tongkat Nabi Musa dan cincin Nabi Sulaiman.
Apabila cincin Nabi Sulaiman dioleskan pada mukan orang kafir, maka akan hitamlah seluruh mukanya manakala apabila ia dioleskan pada muka orang mukmin, akan berserilah wajah mereka. Begitu juga tongkat Nabi Musa, apabila ia memukul hidung orang kafir dan mukmin, maka tertulislah pada dahi mereka kafir dan mukmin. Maka dengan itu jelas sudah perbezaan antara orang kafir dan mukmin.

7. DUNIA DILIPUTI KABUT

Allah berfirman, “Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata, yang meliputi manusia. Inilah Azab yang pedih. Mereka berdoa, Ya tuhan kami hilangkanlah dari kami azab itu, sesungguhnya kami akan beriman“. (Al Dukhan: 10-12)

Apabila kiamat itu hampir tiba, maka dunia ini akan diliputi kabut yang tebal dan menjadikan dunia ini gelap. Kabut itu akan membuatkan orang mukmin selsema dan sukar bernafas manakala orang kafir berasa betul-betul merasa tersiksa dan terbakar. Semua orang akan berasa lemas ketika itu lalu mereka tunduk pada Allah namun segala penyesalan tak berguna lagi.

8. ANGIN YANG MEMATIKAN,DIANGKAT AL-QURAN & PERKARA BAIK

Setelah beberapa tanda besar berlaku, lalu berlalu tahun demi tahun, kemudian manusia tetap lalai dari menginsafi diri pada Allah. Yang baik akan membuat kejahatan kembali, yang jahat tetap begitu. Orang mukmin makin ketakutan yakni mereka takut terpengaruh membuat kejahatan serta fitnah lalu mereka berdoa pada Allah agar tidak terjerumus ke arah maksiat. Lalu Allah menurunkan ubat dari langit yakni angin yang kuat untuk mematikan orang-orang beriman walaupun dalam diri mereka masih mempunyai secebis keimanan. Maka tinggallah orang-orang kafir dan mungkar di muka bumi ini.

Lalu Allah angkat Al-Quran yakni penyuluh iman manusia ke langit serta bersamanya Allah angkat segala kebaikan dari dunia ini. Diceritakan bahawa Al-Quran datang mengadap Allah lalu ia mengadu, “Tuhanku, aku cuma dibaca orang dan tidak diamalkan sama sekali.” Mendengar yang demikian, lalu Allah mengangkat Al-Quran (ilmu) dari dada manusia bahkan dari kitab-kitab Al-Quran dan akhirnya tinggal kertas-kertas kosong sahaja, sedangkan huruf-huruf dan tulisannya sudah tiada lagi. Namun Allah telah meninggalkan pada umat masa itu satu kalimah sahaja dan ia hanya disebut oleh orang-orang tua masa itu, yakni kalimah “Lailaha illallah”. Setelah orang tua itu meninggal, maka hilang sama sekali ajaran Islam dari permukaan bumi.
Rasulullah SAW bersabda, “Yang mula-mula sekali diangkat Allah dari hambaNya ialah sifat pemalu, kemudian dicabutnya sifat amanah dan kasih sayang. Lalu Allah cabutkan pula kalung keislaman dari leher hambaNya, maka jadilah hambanya itu jauh dari rahmat dan dilaknat”. Apabila semua sifat berikut telah tiada dalam diri manusia, maka sifat-sifat buruk akan berleluasa di muka bumi dan manusia tatkala itu tidak memperdulikan sesama mereka. Mereka berbuat apa sahaja yang mereka kehendaki.

9. HANCURNYA KAABAH

Kota Mekah adalah tempat di mana letaknya rumah Allah di muka bumi iaitu Kaabah. Ia menjadi tempat umat Islam seluruh dunia beribadat kepada yang Esa. Diriwayatkan bahawa Allah telah menjadikan tapak Kaabah itu disokong dengan empat tiang daripada air dua ribu tahun sebelum Dia menciptakan dunia ini dan Dia telah membentangkan bumi dari bawah Kaabah. Tiang Kaabah itu panjangnya sehingga lapisan bumi yang ke tujuh.

Di setiap tujuh langit ada rumah Allah tempat para malaikat beribadat padaNya dan pada langit ke tujuh nama rumah Allah itu adalah Baitul Makmur. Rasulullah bersabda, “Baitul Makmur adalah masjid yang berada di langit dan ia betul-betul di atas Kaabah. Seandainya ia jatuh maka ia akan menghempap Kaabah”.
Sabda Rasullullah, “Kaabah akan dihancurkan oleh orang Habsyah yang bergelar Dzus-Suwaiqatain (orang yang kedua-dua betisnya kecil) dan ia akan merampas segala perhiasannya dan melucutkan kelambunya. Seakan-akan terbayang di hadapan mataku keadaan seorang yang botak, bengkok sedikit sendi-sendinya. Ia memukul-mukul Kaabah itu dengan besi penyeduk dan kapak besar”. Nabi SAW bersabda lagi, “Seolah-olah aku dapat melihat orang-orang yang merobohkan Kaabah itu berkulit hitam, merenggangkan kedua kakinya dan membongkar Kaabah itu batu-batunya satu demi satu”.

10. API YANG MENGHALAU MANUSIA

Terdapat hadis menyebut, “Dan yang terakhir adalah api yang keluar dari Adan untuk menghalau manusia ke tempat pengumpulan mereka”. Manusia di akhir zaman makin jahat dan maksiat makin berleluasa, lalu ia menyemarakkan lagi kemarahan Allah, lalu dikirimkan api yang keluar dari perut bumi.

Api tersebut akan datang dari Adan (Yaman) dan akan membakar segala di langit dan dibumi. Datangnya api itu akan membuatkan manusia lari bertempiaran. Api itu bukan sahaja membakar segala di tanah dan di udara, namun segalanya di dalam laut akan turut terbakar. Maka berlarilah manusia menggunakan tumit mereka atau kenderaan-kenderaan hebat mereka, mereka berlari sekuat hati untuk menyelamatkan diri masing-masing namun mereka takkan selamat pada waktu itu jika mereka tidak ke negeri Syam.
Kenapa negeri Syam? Rasulullah ada bersabda, “Api akan keluar dari Hadramaut sebelum kiamat yang tujuannya untuk menghalau dan mengejar manusia”. Lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ke manakah harus kami berlari?” Lalu Nabi menjawab, “Pergilah ke negeri Syam”. Pada waktu itu berbondong-bondonglah manusia pergi menyelamatkan diri ke negeri Syam. Jika terdapat orang muslim yang masih hidup, api itu akan mengikuti sahaja muslim tersebut, jika dia berhenti rehat, maka api itu pun turut berhenti manakala bagi orang kafir, api tersebut akan terus mengejar mereka tanpa henti.
Maka terbakarlah segala-galanya di muka bumi yang dipinjamkan Allah kepada makhluknya. Hanya negeri Syam yang kecil sahaja tempat seluruh makhluk di dunia yakni manusia, binatang, jin dan Iblis serta pengikutnya berkumpul. Keadaan di sana amat sesak bahkan susah untuk bernafas apatah lagi nak tidur. Semuanya berhimpit-himpit lalu Iblis menyuruh konco-konconya menyesatkan lagi manusia yang dalam kesesakan. Lalu bertambah jahatlah mereka dan berbuat sesuka hati mengikut nafsu.

11. DITIUPKAN SANGKAKALA DAN BERAKHIRNYA UMUR DUNIA

Sangkakala pertama: Mengejutkan
Masanya telah tiba, manusia-manusia makin lalai dan tidak pernah insaf, lalu kemarahan Allah datang dan Allah memerintahkan Malaikat Israfil meniupkan sangkakala. Israfil tidak pernah lalai dari tugasnya. Sejak bumi diciptakan Allah, Israfil telah siap sedia memegang dan meletakkan sangkakala itu ke mulutnya dan matanya dihalakan ke Arasy Allah. Maka ditiupnya sangkakala pertama, yakni untuk mengejutkan. Dengan bunyi yang cukup kuat dan lantang serta didengar hingga langit ketujuh, menyebabkan seluruh makhluk Allah tergamam dan terkejut lalu membisu kesemuanya.
Firman Allah, “Dan ingatlah hari ketika ditiupkan sangkakala, maka terkejutlah segala yang ada di langit dan segala yang di bumi, kecuali orang-orang yang dikehendaki Allah“. (Al-Naml: 87)

Seluruh makhluk di bumi mendongak ke langit dan melihat sumber datangnya bunyi yang amat menggerunkan itu. Mereka tertanya-tanya dalam hati suara apa yang bergegar di langit itu. Rupanya telah tiba masa nyawa dunia ini ditarik kembali. Gunung-ganang tidak kukuh lagi, lalu ia berterbangan mengikut awan. Dunia bergoncang sekuat-kuatnya dan menjeritlah seluruh makhluk di bumi sehingga ibu melepaskan anaknya dan orang hamil melahirkan anak tak cukup umur. Ketika itu gelaplah dunia segelap-gelapnya kerana Allah telah memadamkan cahaya matahari, begitu juga cahaya dari bulan dan bintang. Tiada istilah siang dan malam. Langit terbelah, bulan dan bintang jatuh menghempap ke bumi.
Manusia tiada arah tuju lagi, mereka berkawan dengan jin dan jin berlindung dengan mereka. Semuanya buntu lalu mereka pergi berjumpa dengan Iblis yang mereka anggap dapat menyelesaikan masalah ini. Iblis membawa mereka ke laut, namun alangkah terkejutnya mereka melihat laut yang sudah naik dan api menyala dan mendidihkan laut itu. Mereka kecewa lalu berdiri sahaja melihat laut. Iblis yang bingung berlari ke sana sini namun segala yang dilihatnya adalah api. Dia teringat atas peristiwa dahulu yakni peristiwa yang memulakan permusuhannya dengan Adam dan sekaligus menjadikan dia kafir. Dia menyesali perbuatannya dan berkata, “Tuhanku, sekarang suruhlah aku sujud kepada sesiapa sahaja yang Engkau kehendaki”.
Syaitan-syaitan yang setia bersama Iblis selama ini berasa hairan dengan kelakuan pemimpinnya, lalu bertanya, “Wahai penghulu kami, kepada siapa engkau tunduk?” Lalu Iblis menjawab, “Aku merendah diri dan sujud kepada tuhan sekalian alam yang telah memanjangkan umurku sehingga hari kiamat. Sekarang sudah dekatnya masa yang telah dijanjikan.” Syaitan yang tidak pernah tahu akan kewujudan Allah selama ini lalu berkata, “Sesungguhnya engkau telah mencelakakan dirimu dan engkau telah mencelakakan kami”. Mereka menyesal namun penyesalan pada waktu ini tidak berguna lagi.
Sangkakala kedua: Mematikan
Tiba-tiba terdengarlah suara dari langit, “Sekarang sudah datanglah ketentuan Allah, maka jangan kamu minta untuk dipercepatkan lagi”. Meremang bulu roma mereka semua ketakutan dan menyesali perbuatan mereka namun ianya tidak berguna. Lalu ditiupnya Israfil sangkakala kedua yakni untuk mematikan, maka kedengaran ngauman sangkakala yang cukup kuat dan panjang sehingga menembusi lapisan langit dan bumi yang ke tujuh. Turunlah Izrail dengan rupa yang mengerikan dan dicabutnya nyawa segala makhluk dengan kasar secara paksa kecuali yang tertentu sahaja.
Allah berfirman kepada malaikat maut, “Pakailah pakaian kemurkaanKu dan bawalah bersamamu 70,000 Malaikat Zabaniyah (malaikat penjaga neraka) dan setiap satu malaikat itu membawa 70,000 cangkuk dari Neraka Jahanam dan cabutlah nyawa Iblis Laknatullah”. Malaikat maut turun ke bumi Allah dengan rupa seburuk-buruknya, bau sebusuk-busuknya, dan diceritakan rupa malaikat maut tiada seorang pun berani melihatnya. Maka larilah Iblis ke mengelilingi bumi, ke laut, ke langit, ke timur, ke barat, namun Izrail telah sedia berada di depannya. Akhirnya Iblis dikepung di tempat mula-mula ia turun ke bumi sewaktu zaman Nabi Adam dahulu, lalu dibentaknya Iblis dan dicabutnya nyawa Iblis secara kasar dan paksa lagi mengerikan. Menjeritlah Iblis dan matilah ia disana. Maka tamatlah permusuhan antara Adam dan Iblis dan dihancurkan dunia ini.
Malaikat Maut kemudian pergi mengadap Allah kemudian berkata, “Ya tuhanku, telah mati semua penghuni langit dan bumi kecuali makhlukMu yang Engkau kehendaki”. Allah bertanya pada Izrail walaupun Dia lebih tahu, “Siapa lagi yang masih belum mati?” Izrail menjawab, “Yang tinggal adalah Engkau yang sentiasa hidup dan tidak akan mati untuk selamanya, malaikat penjaga ArasyMu, begitu juga Jibril, Mikail dan saya sendiri”. Lalu Allah memerintahkan Izrail mencabut nyawa Jibril dan Mikail, kemudian mereka pun mati. Serta merta Arasy Allah bergoyang dan dengan izin Allah, Arasy berkata, “Ya tuhanku, mengapa diwafatkan Jibril dan Mikail?” Allah berfirman, “Diam engkau! Tidakkah engkau tahu bahawa Aku telah menetapkan kematian bagi semua makhluk yang berada di bawah ArasyKu?”
Izrail mengadap Allah sekali lagi lalu ditanya Allah siapakah yang masih tinggal, lalu Izrail menjawab, “Hanya Engkau ya tuhanku, malaikat pemegang ArasyMu dan aku”. Dia diperintahkan mencabut nyawa malaikat pemegang Arasy dan bergoncanglah Arasy tersebut disebabkan tiada siapa yang memegang Arasy yang besar itu. Dengan izin Allah, Arasy itu diam sendiri. Kemudian Allah bertanya lagi, siapakah yang masih tinggal, lalu Izrail berkata hanya dirinya dan Allah yang Maha Esa. Allah berfirman padanya, “Tidakkah kau mendengar firmanku bahawa setiap yang hidup pasti akan merasai mati? Maka cabutlah nyawamu sendiri.”
Pergilah malaikat maut di suatu tempat yakni antara syurga dan neraka lalu dicabutnya nyawa sendiri di situ dengan cara selembut-lembutnya. Izrail berteriak sekuat hati dan andainya ada makluk Allah yang lain mendengar teriakannya, maka akan mati kesemuanya. Lalu Izrail berkata, “Andainya aku tahu pedihnya rasa mati, akan aku cabut nyawa orang beriman dengan selembut-lembut cara.”
Sangkakala ketiga: Membangkitkan
Setelah kewafatan Izrail, maka tinggallah Allah sebagai Raja di alam semesta ini, lalu Allah bertanya kepada alam, “Siapakah raja-raja yang memiliki kerajaan hari ini?” Namun tiada seorang pun menjawab persoalannya, maka Allah sendiri menjawab, “Hanya kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan”. Kemudian Allah memerintahkan langit menurunkan hujan seakan-akan air mani lelaki ke bumi selama berbulan-bulan sehingga bumi ditenggelami air. Lalu Allah hidupkan Jibril, Mikail dan Malaikat penjaga Arasy serta Israfil.
Israfil telah bersedia meletakkan sangkakala di mulutnya sambil menunggu arahan dari Allah. Jibril pula ditugaskan membawa pakaian yang serba cantik lagi harum ke kubur Nabi Muhammad bersama Buraq yang pernah baginda tunggah ketika Israk Mikraj dahulu. Kemudian Israfil memasukkan kesemua roh-roh umat-umat sejak Nabi Adam hinggalah kiamat ke dalam sangkakala dan ditiupkan sangkakala kali ketiga yakni untuk menghidupkan segala makhluk, maka terbukalah kubur Rasulullah dan keluarnya baginda disambut Jibril. Bertanya Rasulullah pada Jibril, “Hari apakah ini? Bagaimanakah perihal umatku”. Jibril menjawab, “Ketahuilah bahawa engkau adalah manusia pertama yang dibangkitkan.” Maka dipakaikan Rasulullah pakaian yang serba agung lagi baik dan ditunggangi Buraq ke Masyar.
Sangkakala terus ditiupkan dalam masa yang panjang dan bertebaran roh-roh masuk ke kubur masing-masing dan dihidupkan semua makhluk kali kedua. Mereka semua tertanya-tanya hari apakah ini. Itulah hari pengadilan dan mereka semua dihalau ke Padang Masyar untuk dihisab.

sama2lah kita renungkan dan ambil iktibar...