Wednesday, December 29, 2010

LIST AZAM 2011

Salam kengkawan

arinie 29/12/10 hari bersejarah coz Malaysia berjaya kalahkan Indonesia dalam merebut piala yang dah lama malaysia tunggu2.. apapun aku ucapkan TAHNIAH!!!!

so..apakah azam 2010 ko telah tercapai..klu rasa belum tak payah semakkan kepala lah bro kasi foward ke tahun 2011 jer..hahahah

lagi 2 hari lagi kita akan melangkah ke tahun 2011..

azam aku tahun 2010 dah tercapai dan ada perkara baru jugak yang aku masukan dalam tahun 2010 tu iaitu EMAS..

so aku nak listkan azam aku tuk tahun 2011
1) aku nak settlekan semua hutang emas pajak aku..hahahah

2) tingkatkan saving ASB aku mybe dalam 50k cash - gagal
3) rehat sehingga bulan jun tahun depan tuk emas (boleh ke tahan nafsu) hehe
4) try beli 250 g silver setiap bulan mulai jan hingga mei.
stakat nie dah ada 2,250g & 64 dirham

5) pada bulan 10 akan beli tanah mybe dalam 5 ekar
6) saving anak2 dalam ASD lagi dalam 2k seorang
7) tukar kereta beli kereta Naza Ria

8) bercuti ke korea tukar ke Kelantan
9) klu aku jadi beli tanah rumah aku postpon tahun 2012@ sebaliknya - gagal

aku harap impian 2011 aku nie 60% boleh aku capai..ins'llah

so kengkawan lain apakah ko dah set matlamat ko tahun depan..mybe boleh sher kat cnie..

open 2 komen

Link Team OD

Sunday, December 26, 2010

fakta menarik mengenai loan ASB

salam,

just nak share tentang loan ASB ni.. and berdasarkan calculation ada fakta yang menarik dapat disimpulkan dari kiraan yang aku lakukan.
...

seperti semua sedia maklum bahawa terdapat 2 cara pembayaran untuk bayar loan ASB ni,


1) bayar tahun pertama, and lepas tu guna dividen
2) bayar instalment pakai duit sendiri (kalau boleh dividen jgn kacau)

kalau bayar instalment guna duit sendiri:-

*pada tahun ke 3 - keuntungan yang kita dapat adalah lebih kurang 11.3k dengan modal sebanyak 20k, and kalau diukur menggunakan peratusan kita dijangka mendapat sebanyak 57%@ (19%/year). lagi banyak dari 7.5% yg diumumkan oleh pnb.. menarikkan

kalau guna dividen bayar instalment untuk tahun kedua onward kita akan dapat

*pada tahun ke 5, kita akan mendapat keuntungan sebanyak RM6k dimana modal kita adalah sebanyak RM6.7k.. dari segi peratusan kita boleh dapat up to (90%) @ 18%/year..

disini dapat disimpulkan:-

teknik 1 = pada tahun ke 3 sesuai untuk kita terminate loan itu and enjoy hasilnya.dari segi cash value kita dapat lebih banyak dari teknik 2 tetapi kita terpaksa menyediakan modal yang agak tinggi.

teknik 2 = sesuai untuk play long term, but dari segi cash value, kita akan dapat rendah dari teknik satu tetapi modalnya adalah rendah

nak pakai teknik yang mana... terpulang pada diri sendiri and tentukan risiko yang sanggup kita hadapi...

note:- sila refer pada jadual untuk details calculation

mohd ruzaini

Saturday, December 25, 2010

14.KES PENIPUAN

salam kekangkawan

kisah benar...aku pun pelik manusia nie..contoh kat bawah nie tak perlah orang yang bijak..tp masih ada yang 'kurang bijak' atau lebih tepat aku panggil TAMAK..
mana ada orang nak bagi duit camtu jer...
untuk makluman kengkawan jugak pihak bank ada tampal atau letakan atas mesin ATM pasal perkara nie..tu pun ada orang tak baca...tulah Tun M dulu pun ada kata rakyat M'sia nie malas membaca..depan mata pun tak mau baca....emmmm

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang Dihormati:
Pada 4-1-2009 (Ahad) jam 3.20 petang, saya terima satu sms dari 01+-++++++, kandungan sms adalah seperti berikut:-

"TAHNIAH! Simcard anda memenangi undian BERTUAH RM15,000 dr POWER ROOT SDN BHD. Sila hubungi di talian: 01+-++++++. Terima kasih."


Memang saya tau ini merupakan satu penipuan, sesiapa yang bersifat tamak dan bodoh akan diperdayakan.

Demi kepastian, saya pun telefon nombor yg tertera iaitu: 01+-+++++, seorang perempuan yg bernama Siti Aishah jawap panggilan saya, cara jawap telefon berbudi bahasa bukan main, lemah lembut, kuih agar agar pun kalah.

"selamat petang Encik, saya Siti Aishah dari Power Root Sdn Bhd, Ampang, KL, boleh saya bantu?"

Jawapnya saya: "setahu saya kilang Power Root di Johor, mana ada kilang Power Root di Ampang, KL?"

Siti Aishah jawap: " Oh ya, kami baru buka satu cawangan baru di Ampang, KL."

Menurut Siti Aishah, saya adalah orang yang paling bertuah kerana telah diundi untuk memenangi RM15,000.

Dalam fikiran saya, "Nothing is free in this world".

Sejurus itu, Siti Aishah pun tanya nama bank, nombor akaun dan juga baki semasa akaun saya, saya tembak saja, saya bagi tau bahawa akaun saya di CIMB (sebenarnya akaun saya maybank), nombor akaun tipu juga, dan baki akaun pun tembak saja.

Seterusnya saya pun tanya Siti Aisyah apa tindakan seterusnya yang perlu saya ambil, dia suruh saya pergi ke mesin ATM untuk semak samada RM15,000 itu telah dikreditkan, pesanannya kalau setiba di mesin ATM call dia serta merta, hamboi, tak sabar sabar Siti Aishah ni.

Saya tidak pergi ke mesin ATM, tapi saya berlakon macam saya ada di depan mesin ATM, saya pun call Siti Aishah dan mengatakan bahawa saya telah sampai di mesin ATM, macam-macam arahan diminta patuhi seperti berikut:-

1. masukkan kad ATM saya ke mesin
2. tekan PIN number
3. tekan "pemindahan"
4. tekan "ke akaun pihak ke-3"
5. masukkan nombor akaun 100700751573398
6. masukkan kod 264901
7. tekan ya
8. ambil resit
Dia tak sabar-sabar minta saya bacakan baki yang dinyatakan dalam resit tersbut, saya kata nanti saya call balik, sebab saya tak nampak, cermin mata saya ada kat kereta, sebenarnya saya bukan berada di depan mesin ATM, macam mana saya nak dapatkan resit tersebut.

Selepas itu, h/p saya bunyi tak henti-henti, rupanya Siti Aishah pemegang nombor 01+-++++++ yang call saya, saya tak jawap langsung panggilan dia.

Setakat sini saja kisah benar saya yang dapat berkongsi dengan saudara saudari sekali, pesanan saya, kalau anda bakal terima sms sebigini, abaikan saja, ini merupakan satu penipuan dari sindiket tertentu.

Apa pun kengkawan kena hati2..panggilan yang meminta ada ke mesin ATM dan ikut arahannya tu adalah penipu..sila rujuk pihak bank dahulu...walaupun panggilan dari Bank Negara..

13.TANDA-TANDA DUNIA DI PENGHUJUNG


sambil2 kita suka2 hal2 duniawi kita kena muhasabah diri ckit..aku ingatkan diri aku jugak..

kat cnie aku ada terbaca artikel ini pasal tanda2 keruntuhan dan penghujung dunia..

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:
'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.- Sahih Bukhari

2)Zina bermaharajalela.


'Dan tinggallah manusia² yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik


'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi? 'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik)&penyanyi²wanita'- Ibnu Majah

4)Ramai orang soleh meninggal dunia.


'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang² yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang² yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad

5)Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.


'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang bodoh & hina).Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani

6) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara tanda² telah hampir hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

7) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.


'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padangrumput & sungai²'- Sahih Muslim

TOLONG INGATKAN PADA SAHABAT² LAIN!


Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:
'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'
Mudah2an Di Bawah Lindungan Allah... Amin !

Friday, December 24, 2010

12.SEJARAH DIRHAM EMAS DAN PERAK

Salam Kengkawan

diambil dari HARAKAH DAILY

Kesohoran dinar sebagai satu mata wang rasmi dalam sektor ekonomi sudah lama tersemat dalam lembaran sejarah Tamadun Islam. Dewasa ini komoditi ini seringkali dicanangkan sebagai instrumen alternatif dalam aktiviti ekonomi dunia semasa. Fakta ini adalah berasaskan kepada nilai intrinsik atau tersendiri yang diyakini boleh digunapakai secara lebih meluas serta konsisten. Namun demikian, masih ramai belum mengetahui dari mana dan bagaimana ia boleh berkembang sehingga menjadi satu mata wang utama dalam kronologi ketamadunan Islam.
Sekiranya dinar emas mampu dinobatkan sebagai mata wang utama pada ketika itu adalah tidak mustahil seandainya penggunaan komoditi ini boleh diperkenalkan semula sebagai mata wang alternatif pada alaf baru ini. Barangkali slogan Nothing Beats Gold, Zero Inflation in 1400 years adalah amat berketepatan dan bersesuaian dalam menyatakan hakikat tersebut.
Terfikirkah anda semenjak zaman Nabi Muhammad SAW lagi, kita tidak pernah mendengar serta mengalami keadaan inflasi. Tetapi pada hari ini ungkapan tersebut seringkali “menjelma“ sambil disulami atau lebih sinonim dengan kelesuan ekonomi sejagat. Kenapa semua ini boleh berlaku? Jawapannya ialah mata wang konvensional yang tersedia ada tidak lagi berlandaskan pada sandaran emas secara mutlak. Justeru marilah kita mengimbas kembali keunggulan serta kegemilangan dinar emas semenjak bermulanya era ketamadunan Islam.
Masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu menggunakan dinar emas Heraclius Byzantine yang berasal dari negeri Syam manakala dirham perak Sasaniyah pula dari Iraq. Tatkala itu mereka tidak mempunyai mata wang tersendiri untuk melaksanakan urusniaga perniagaan dalam mahupun luar negara.
Penggunaan kedua-dua mata wang ini adalah bagi memudahkan urusniaga terutamanya pada masa yang melibatkan perdagangan utama di Syam pada musim panas manakala di Yaman pada musim sejuk. Namun demikian, keadaan mulai berubah apabila Nabi Muhammad SAW dipilih sebagai Rasul, dinar dan dirham telah dinaiktarafkan sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga.
Ketika ini jugalah reka bentuk berunsur Islam mula digunakan dalam penempaan dinar serta dirham. Pada tahun 18H atau 20H, Saidina Omar RA telah menambah pada dirham Sasaniyah beberapa elemen dengan tulisan khat Kufi seperti Bismillah, Bismillah Rabbi dan Alhamdullillah serta sesetengahnya Muhammad Rasulullah yang ditempa pada keliling gambar Kisra.
Beliau turut menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar mempunyai 91.6 peratus atau 22 karat seberat 4.25 gram manakala dirham ialah syiling perak seberat 2.975 gram.
Dalam rekaan ini ukiran pada permukaan mata wang adalah rekabentuk Islam yang khusus tanpa wujudnya elemen-elemen Byzantine dan Parsi muncul pada tahun 76H hasil cetusan idea Khalifah Abd al-Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah. Senario ini turut dimangkinkan oleh perselisihan faham yang berlaku antara baginda dengan Raja Rom. Pada ketika itu khalifah Abd Al-Malik bin Marwan telah diktiraf oleh Ibn Jarir al-Tabari dan Ibn al-Athir sebagai perintis menempa dinar dan dirham dalam unsur-unsur Islam.
Aplikasi dinar tidak hanya berlegar di bumi Arab tetapi melangkaui kepada ketamadunan Andalusia. Kegiatan perdagangan berkembang pesat selama 700 tahun di Andalusia telah memangkin penggunaan dinar emas serta perak sebagai mata wang utama.
Pada tahun 716 M, umat Islam Andalusia telah mula menempa dinar emas dengan ukiran bahasa Arab serta ditulis “Muhammad Rasulluah” di samping mencatatkan nama Andalusia iaitu tempat tempahan dinar berserta tahun diperbuat. Di belakang dinar emas ini turut diukir dengan tulisan Latin yang bersesuaian dengan kehidupan masyarakat Islam Andalusia pada ketika itu.
Bukti sejarah juga menunjukkan bahawa setelah tamatnya pemerintahan Andalusia, masyarakat semasa pemerintahan Kristian masih meneruskan penggunaan dinar emas selama lebih 400 tahun. Dalam era moden ini, pada tahun 1992 dinar emas pertama Eropah kembali ditempah di Granada, Sepanyol yang sekaligus merupakan sesuatu peristiwa yang sungguh menarik.
Menurut analisa yang dibuat sepanjang kecemerlangannya dinar emas turut mengalami ketidaktentuan terhadap cabaran serta krisis semasa. Pada suatu ketika stok emas tidak mencukupi memandangkan siri peperangan semakin meruncing. Justeru perak dicampurkan tembaga menjadi matawang rasmi dan digunakan di Mesir serta Syam di bawah pentadbiran Bani Ayyub.
Penggunaan dinar serta dirham terus bertahan aplikasinya pada masa keagungan kerajaan Othmaniah Turki (1299M-1924M). Pada hari ini, nama dinar serta dirham masih digunakan sebagai mata wang rasmi di beberapa buah negara di Timur Tengah seperti dinar di Tunisia, Kuwait, Libya, Bahrain, Algeria, Jordan manakala dirham Di Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Maghribi.
Di Malaysia berkat pengalaman kelesuan ekonomi global pada 1997 dinar emas yang diperbuat daripada emas 916 telah mula dikembalikan kegemilangan sebagai medium penyimpan nilai yang tinggi, stabil, sentiasa berpotensi untuk meningkat nilai serta komoditi yang paling selamat.
Dalam konteks yang lebih luas dinar emas turut mampu dijadikan perantaraan urusniaga , gaji dan bonus pekerja, mahar dan hantaran perkahwinan, urusan haji dan umrah, zakat dan serta semua pembayaran perniagaan dalam dan luar negara bagi negara yang berminat.
Hal ini kerana dinar emas mempunyai nilai intrinsik atau tersendiri yang diterimapakai oleh masyarakat dunia. Nilai emas adalah stabil dan meningkat dari semasa ke semasa berbanding mata wang konvesional yang seringkali menjadi mangsa “serang hendap” para penyangak mata wang antarabangsa bagi mengaut keuntungan mudah dan besar.

Wednesday, December 22, 2010

10.PENGUMUMAN DIVIDEN ASB 2010

PENGERUSI Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid bersama Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (kanan) ketika pengumuman pengagihan pendapatan skim Amanah Saham Bumiputera (ASB)


Salam kengkawan

Semalam pengumuman agihan Pendapatan untuk ASB telah diumumkan dimana sebanyak 7.50 sen seunit dan bonus 1.25sen seunit bagi kewangan berakhir 31 Disember 2010 oleh Permodalan Nasional Berhad atau PNB.

klu kita lihat pada tahun lepas Dividen hanya 7.30% sahaja manakala tahun nie naik sedikit kepada 7.50% manakala pemberian bonus adalah sama seperti tahun lepas.

Link ASB

pada aku memang berbaloi bila sesiapa yang ada simpanan kat ASB nie. Dividen yang PNB umum tahun ini boleh dikirakan berbaloi jugaklah walaupun kadar inflasi juga meningkat.

pada pendapat aku yang tak berapa bijak nie..kita kena pelbagaikan tempat kita melabur..jgn terlalu taksub kepada 1 pelaburan ajer...kita boleh pelbagaikan cabang kita tu mengikut step dan kewangan masing2 seperti....

EMAS/SILVER,HARTANAH,SAHAM,FIX DEPOSIT,INSURANS,BIZ, ETC...

adakah korang setuju dengan stement aku nie..

Open 2 komen

Tuesday, December 21, 2010

9.CARA KEDAI PAJAK BUAT KIRAAN

salam kengkawan

aku cuba kongsi ilmu dari kedai pajak gadai,
aku kebetulan ada kerja di kedai pajak gadai arinie..so aku terus amik peluang tanya tokey dia prosedur
kedai pajak kedai nie..

sebenarnya kedai pajak gadai nie tertakluk pada akta pajak gadai yang sedia ada..dan lesen dia dibawah seliaan Kementrian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan lesen pajak gadai ini pihak KPKT dah tak keluarkan lagi dah...yang boleh hanyalah renew sahaja lesen tu...

so, sekarang mmg banyak kedai yang buat kedai pajak tanpa lesen dan kedai emas jugak ada offer beli surat pajak...

PAJAK EMAS

syarat pajak gadai adalah:-
sesiapa orang yang mahu pajak emas perlulah
1) keluarkan IC
2) emas

suarat pajak akan ditulis base pada IC orang yang pajak tadi.

kedai pajak akan ambil emas ko pada kadar 60%-70% sahaja dari nilai semasa...

UPAH

kadar upah yang dibenarkan oleh pihak KPKT adalah 2% SAHAJA..so klu korang kena upah lebih dari 2% ko kena tipulah atau pihak kedai emas tu tak ada lesen yang cuba cari untung lebih...

cara kiraan adalah pada kadar pinjaman yang telah diberikan contohnya

3,000 x 2% = RM 60

RM 60 ini adalah kadar interest sebulan, so kalau 6 bulan

6 bulan x RM 60 = RM 360

tp bagaimana kalau pajak hanya 3 hari?

soalan ini aku ada tanya kat tokey pajak tersebut dan jawapannya adalah RM 60..iaitu dia akan caj sebulan walaupun baru 1 hari pajak...

TEBUS

cara nak tebus ada 2 kategori

1) Onwer

klu onwer yang datang sendiri tebus barangan pihak pajak akan serahkan terus emas tersebut setelah urusan bayaran selesai.

2) bukan Onwer

ini jika yang mahu tebus adalah bukan onwer, pihak kedai pajak gadai akan mintak salinan IC onwer surat pajak gadai dan juga IC yang nak tebus..ini adalah bagi tujuan rekod pihak kedai pajak..

so sesiapa yng ada tanya aku pasal, boleh ker beli camtu jer surat pajak?
kat atas tulah jawapannya..ko kena bawak salinan IC onwer surat pajak dan IC ko...

TERGADAI

dalam masa 6 bulan ko kena settle jugak bayaran yang ko pinjam dengan pihak kedai pajak..klu gagal dia akan rampas emas ko tu camtu jer..klu kedai pajak yang ok dia akan bagi yang nilai bakinya..
bab nie yang ramai pemajak tidak tahu haknya dan ramai kena tipu dengan pihak kedai pajak.


Open 2 komen

Monday, December 20, 2010

8.TIP RINGKAS BELI LELONGAN RUMAH

BELI HARTANAH MELALUI LELONGAN AWAM

Pembelian hartanah (rumah atau tanah) di lelongan awam adalah salah satu cara untuk memiliki rumah atau tanah sendiri, selain daripada membeli rumah daripada pemaju ataupun mana-mana pemilik rumah.
Seseorang bakal pembeli rumah di lelongan awam dipanggil “pembida.” Sebelum seseorang membida untuk membeli hartanah di lelongan awam, dia hendaklah mengambil kira beberapa faktor terlebih dahulu
Ini disebabkan oleh ramai pembida yang berjaya dalam lelongan awam ini gagal menyempurnakan pembelian hartanah tersebut dan mengalami kerugian besar.
Misalnya, seseorang pembida yang gagal menyempurnakan jual beli hartanah dalam tempoh 120 hari dari tarikh lelong, akibat daripada kegagalan mendapatkan pembiayaan, akan mendapati bahawa wang deposit sebanyak 10 peratus daripada harga rezabnya dimiliki oleh pihak bank. Adakala, tunggakan bayaran-bayaran lain yang tidak dilunaskan oleh pemilik asal hartanah tersebut sebelum lelongan dibuat, terpaksa ditanggung oleh pembida kerana syarat-syarat perintah perisytiharan lelongan yang berat sebelah.
Maka seseorang pembida hendaklah mengambil kira faktor-faktor berikut sebelum meneruskan pembelian hartanah di lelongan awam.

SEBELUM TARIKH LELONGAN

1. Terlebih dahulu seseorang bakal pembeli ataupun pembida perlu memiliki salinan Pengisytiharan Jualan Lelongan Awam. Pengisytiharan perintah ini dikeluarkan sebelum hari lelongan oleh juru lelong berlesen, bank ataupun pemilik hartanah terlibat. Adakalanya ia disiarkan dalam surat khabar. Pembida, selain daripada mengenal pasti butir-butir hartanah yang terlibat, juga perlu membaca dan memahami maksud segala terma dan syarat yang terdapat di dalam pengisytiharan tersebut.

2. Pembida perlu mengenal pasti tempat, hari dan masa jualan lelongan.

3. Pembida hendaklah memastikan harga rezab hartanah yang akan dilelong. Harga rezab akan memberi satu petunjuk kepada pembida tentang kemampuan untuk membeli hartanah tersebut.

4. Sesuatu hartanah yang statusnya rezab bumiputra tidak boleh dibeli oleh bukan bumiputra.

5. Isu kebenaran pindah milik juga perlu diberi perhatian. Ada hartanah-hartanah yang memerlukan kelulusan kebenaran pindah milik daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco). Jadi pastikan terlebih dahulu pihak yang bertanggungjawab untuk mendapatkan kelulusan tersebut.

6. Pembida mesti mengenal pasti nombor hak milik dan lot; mukim, daerah dan negeri; jenis pegangan terhad, pajakan ataupun pegangan bebas; keluasan; cukai tanah dan cukai taksiran semasa; kategori kegunaan tanah; syarat kepentingan nyata dan tidak nyata; pemilik berdaftar dan beban kewangan saperti gadaian. Pembida juga perlu memastikan ketiadaan kaveat, sewaan, sebarang tanggungan ke atas hak milik dan sebarang kesilapan yang boleh membatalkan jualan atau proses pindah milik yang memaksa tanggungan ganti rugi kepada pembida.

7. Pembida perlu mendapatkan satu pengesahan daripada pemaju atau pemilik tanah. Dalam hal ini satu carian rasmi ke atas hartanah di pejabat tanah adalah sangat penting.

8. Seseorang pembida hendaklah memeriksa sendiri hartanah berkenaan. Ini hanya boleh dilakukan apabila pembida melihat keadaan sebenar hartanah tersebut.

9. Pembida hendaklah membaca semua terma dan syarat di dalam perisytiharan lelongan tersebut. Keadaan perintah tersebut akan menentukan tanggungjawab setiap pihak dalam urusan lelong ini. Antaranya ialah siapakah yang perlu bertanggung jawab untuk membayar segala bayaran tunggakan kepada pemaju / pemilik asal, seperti kegunaan air, elektrik, cukai tanah dan pintu, kos-kos penyelenggaraan dan sebagainya, sekiranya ada, sebelum hari jualan lelongan.

10. Jika sesuatu lelongan dibuat oleh bank, maka pembeli boleh menghubungi pihak bank ataupun pemaju untuk mendapatkan penjelasan tentang tunggakan hartanah tersebut.

11. Pada umumnya, terma dan syarat di dalam sesuatu perisytiharan jualan lelongab adalah berbeza bagi setiap bank. Umpamanya, pelbagai jenis pembayaran seperti cukai taksiran, cukai tanah, bayaran servis, yang yang masih tertunggak sehingga hari lelongan, adakalanya dibayar oleh bank sendiri daripada harga jualan lelongan, dengan syarat pembeli atau peguamnya menghantar semua tuntutan kepada bank dalam tempoh masa telah dipersetujui, biasanya dalam tempoh selama 120 hari.

12. Pembida hendaklah memastikan bahawa, selepas berjaya membeli hartanah tersebut, dia dapat menduduki ataupun memilik hartanah itu tanpa sebarang halangan seperti sewaan, pajakan dan sebagainya.

SEMASA HARI LELONGAN

1. Pembida dikehendaki mendepositkan bank deraf sebanyak 10 peratus daripada harga rezab hartanah tersebut kepada juru lelong berlesen yang mengendalikan proses lelongan berkenaan, sebelum jualan lelongan dimulakan untuk layak menjadi seorang pembida.

2. Semasa proses lelongan dijalankan pada hari, masa dan tempat yang ditetapkan, pembida hendaklah memberi tumpuan kepada pengumuman juru lelong. Pada masa itu mungkin terdapat perkara-perkara baru akan diumumkan dan memberi peluang terakhir kepada pembida untuk membuat satu keputusan muktamad untuk membeli hartanah tersebut dan menarik diri sekiranya perlu.

3. Dalam proses ini, seseorang pembida yang menawarkan harga yang tertinggi akan dipilih sebagai pembeli yang berjaya.

4. Selepas selesai pemilihan, pembida dikehendaki menandatangani satu perjanjian dengan pemilik hartanah, seperti dengan bank.

SELEPAS LELONGAN

Sejurus selepas selesai proses lelongan, pihak pembida dan bank hendaklah menandatangani satu kontrak jual beli hartanah.
Pembeli baru ini perlu berusaha mendapatkan pembiayan kewangan, jika perlu, dalam satu tempoh masa yang telah dipersetujui, biasanya dalam masa 120 hari, untuk menyempurnakan jual beli hartanah tersebut.

(Penulis Asal)
Vasudavan Perumal
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional

7.AJEN BELI SURAT PAJAK

salam kengkawan


arinie aku ada beli emas perkhiasan, keadaan emas nie mmg elok lagi..
tak perlu nak lebur emas nie..mybe aku simpan or jual balik pada harga semasa..


jenis emas 916
berat 55.2 Gram
harga kedai emas hari nie 14/12/2010 adalah RM 147.00


55.2g x 147 = RM 8,114.40

8,114.40 x 15% = RM 1,217.16

8,114.40 - 1,217.16 = RM 6,897.24

so aku deal pada harga RM 6,850 sahaja...ko kira jerlah berapa untung dia...heheh

aku terus kasi RM 6,850 tu kat dalam kedai pajak emas dia tebus dan serahkan emas kat aku...
cara ini aku rasa lebih selamat dan senang aku nak sahkan ketulenannya...

6.BERAPAKAH HARGA SURAT PAJAK EMAS

Salam kengkawan

pagi2 nie aku rasa nak bukak post pasal EMAS plak..lagi2 aku baru dgr yang US akan cetak lagi wang sejumlah 600 Billion..apakah kesannya..ada orang kata ekonomi dunia akan merasa kesannya..harga2 komuniti akan naik sejajar dengan kejatuhan ekonomi amerika..

berbeza dengan....

siapa ada kebun getah pun boleh senyum coz dalam minggu depan harga getah akan melonjak ke pada 9.++ sekilogram...wah!!!!! aku ingat klu ada 10 ekar tanah kebun getah..sebulan ko boleh dapat 15k-20k sebulan...apa lagi kengkawan..kita kena cergas beli tanah n tanam getah atau sawit..mmg untung jadi petani moden sekarang nie....

hahah lari tajuk plak aku pagi2 nie...

back 2 topic

aku tahu dalam team OD nie ada ramai tokey2 emas..tp arinie aku tak nak cita pasal EMAS tapi surat pajak EMAS...

adakah ko pernah BELI surat pajak dan bagaimana ko buat profit lalui pembelian surat pajak????

kat cni aku nak cita pasal harga kedai emas klu beli surat pajak..contoh
Harga terkini RM 147 gram

kedai emas akan beli surat pajak dengan harga RM 103 sahaja...so kedai emas dah untung RM 44 segram

50g x 147 = 7,350
bayangkan 44 x 50 g = 2,200
7,350 x 30% = 2,205

kedai emas mmg buat profit gila2 dengan beli surat pajak bawah 30%..mmg kedai emas layak pakai BMW..

so ko hanya dapat 5,150 belum tolak pinjaman+upah simpan kedai pajak..mybe molehlah ko dapat 1,+++ jer...

persoalannya sekarang berapakah ko amik/beli surat pajak dari orang...adakah sama mcm kedai emas atas just tolak 10% hingga 20% sahaja...

mcm aku aku dah set pada kadar tolak 15% sahaja....



open 2 komen


Link Team OD

5.TEKA TEKI DIVIDEN ASB

salam kengkawan

lama rasanya tak bukaa post..lagi pun aku dah kering idea nak cerita..post kali nie post ringan2 jerlah...

sebelum aku bukak post set matmamat tahun 2011 kita layan felling masing2 pasal berapa kita nak dapat dividen ASB tuk tahun 2010 nie...

mcm2 spekulasi sekarang ada yang kata leh dapat sampai 9% + 1% bonus..aku rasa mcm tinggi sgt jer...

pada aku mybe PNB boleh umum paling tinggi pun 8% + 1% jer kot..tu aku rasalah korang camner?????

pada aku tinggi maner pun sekarang kita kena ingatlah nilai wang kita makin lama makin kecil..inflasi pun aku dgr sampai 3%(betul ker) klu silap tolong betulkan...

apun layan feling masing2 dan buat tekaan buat sedapkan hati korang..hahahah
PNB akan tutup urusan ASB dari 20 hb nie hingga 2 jan...so korang dah tak boleh saving lagi..tunggu tahun depan jer....

jom teka!!!!!

open 2 komen


Link Team OD

4.ADAKAH ANDA SANGGUP MASUK HUTAN UNTUK INCOME 5 ANGKA


Salam kengkawan

adakah ko geli tengok binatang nie..heheh klu geli ko silap lah coz mengikut kajian binatang ini adalah binatang yang boleh mengubati penyakit AIDS...wah!! dah ada penawar..
mengikut kajian ianya masih dalam peringkat percubaan dan ada menunjukan binatang ini boleh menjadi ubat bagi penyakit paling bahaya sekarang iaitu AIDS..

apa nama binatang nie...
nama binatang ini adalah Gekco atau ramai org gelar dia POKEK...TOKEK dan mcm2 lagilah...

ramai jugalah yang sedang kejar mencari binatang ini untuk dijual kerana harga dia mencecah 4 angka hingga 5 angka mengikut berat binatang ini dan jenisnya...klu yang kat atas tu kita panggil Pokek Red Spot..

adakah ianya halal di buat niaga??
ramai orang kita risau akan hukum hakam klu kita berurusan menjual beli binatang ini..
pada aku ianya boleh diurus niaga kerana binatang ini bukanlah binatang terpelihara @ kawalan oleh kerajaan malaysia, mybe belum wartakan lagi kot..
klu mengikut hukum agama aku tak berani nak komen, apa yang aku boleh cakap binatang ini adalah ubat tuk mencegah penyakit kronik yang bahaya..soo...adakah ianya halal aku tak pasti...


apa pula binatang nie besar jer..haa ini adalah gekco jenis gekco batu harga pun boleh tahan leh cecah 4 angka seekor...mcm biawak tetapi ianya bukan biawak...


sebenarnya ianya ada banyak jenis pokek nie..ada mcm kaler kayu, ada kala mcm biawak..
ramai army ada buat biz ini sebagai site income yang amat lumayan..


Lokasi Pokek ini
biasanya pokek ini duduk kat hutan dan rumah lama yang ada kayu...saiz dia lebih besar ckit dari cicaklah..lebih kurang 2 jari atau 3 jari besarnya...


so sesiapa yang ada stok binatang Pokek ini boleh contact aku..
aku bagi best prise...
tp syarat dia adalah mesti aku tgk dulu barang tersebut...


so sesiapa ada Pokek area perak n kedah boleh contact aku cepat..klu boleh berat 350 ke atas..
harga boleh bincang...aku ada orang yg sanggup beli harga tinggi


Salihan - 013-2375780

Open 2 Komen

Monday, December 13, 2010

3.PERINGATAN!!! SCAM TERHADAP ASN 2

salam kengkawan

ini adalah peringatan dari pihak PNB

petikan dari harian Metro 13/12/2010 m/s R15

 PEMBERITAHUAN AWAM

"Amanah Saham Nasional Berhad(ASNB) syarikat pengurusan unit amanah saham bagi tabung Amanah Saham Nasional 2 dan bagi pihak pemegang amanah, AmanahRaya Trustees Berhad, ingin memaklumkan kepada masyarakat bahawa pada masa sekarang terdapat satu sendikit penipuan unit amanah iaitu Tabung Saham Nasional 2 (ASN 2) oleh individu yang tidak mempunyai lesen untuk menjual unit amanah ASNB.

Individu tersebut akan menjual unit ASN 2 dan memberikan dokumen palsu seperti 'kebenaran Gantian Sijil Amanah Saham Nasional 2' dan 'Memorandam Of Deposit For Unit Trust' (dokumen2) yang tidak pernah dikeluarkan oleh ASNB.

ASNB ingin memaklumkan bahawa penjualan unit ASN 2 oleh individu berkenaan dengan mengeluarkan dokumen2 palsu tersebut adalah tanpa pengetahuan dan persetujuan ASNB

ASNB hanya membenarkan pegawai2 ASNB yang bertauliah sahaja untuk menawarkan unit2 ASNB dan ejen2 yang dilantik iaitu Maybank, CIMB, RHB dan Pos Malaysia sahaja yang boleh membuat urus niaga berkaitan unit dibawah selian ASNB

Pemegang Amanah dan ASNB tidak mempunyai sebarang kaitan engan maklumat dan tawaran yang dibuat oleh individu2 berkenaan,pemegang amanah ASNB juga tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang dialami oleh mana2 pihak disebabkan oleh mereka mempercayai maklumat dan tawaran berkenaan.

Mana2 pihak mempunyai pengetahuan tentang penipuan oleh pihak ketiga ini boleh hubungi Jabatan Perhubungan Pelanggan & Ejen ASNB di talian 03-20573000 " 

so kita kena hati2 bila dapat offer dari org yang tidak dikenali...
jgn berurusan di kedai kopi melibatkan wang korang..kena ada black n white dalam apa-apa urusan..


Open 2 komen

Saturday, December 4, 2010

2.KENAIKAN HARGA BARANGAN

Salam kengkawan

"Harga kenaikan masih dibawah paras yang masih rendah berbanding negara jiran seperti thailand"

biasalah ayat kat atas tu..kat media2 masa...aku pun naik bosan sebenarnya dengan kata2 camtu..aku tgk media dah tak ada backup suara hati rakyat..

tu adalah ayat yang pihak media selalu gunakan untuk pengumuman kenaikan harga barangan..memang hampeh, sepatutnya media nie kena dedahkan suara hati masyarakat mcm aku nie...klu aku dibagi peluang interview dan bg mic TV kat aku mmg aku nak cakap tak patut naikan harga..kerajaan mmg tak patut dera duit poket rakyat yg makin tipis..huh!!! memang hampeh...

hari nie ada pengumuman kenaikan harga Minyak yang pada aku melampau coz pada tahun nie jer dah baper kali naik..aku ingat 2 @ 3 hari lepas ada pengumuman kenaikan harga minyak RON 97...tup..tuppp minyak RON 95 plak naik 5 sen...aku baru jer bukak post sebelum nie (ubah gaya hidup).


memang ckit pada pandangan mata kasar...tetapi kenaikan bukan 1 tangki naik 5 sen tp kenaikan untuk 1 liter naik 5 sen...motor sekarang pun dah isi dekat 10- 15 liter..... berbanding tahun 1996 dulu baru RM 3 satu tangki...malas aku nak cita ko layan dalam blog aku plak
pasal minyak nie aku ada topic di blog aku

klik  >>>  UBAH GAYA HIDUP
layan...

sambung topic arinie..

lagi 1 pengumuman adalah harga gula naik 5 sen, klu tak silap..lepas nie mamak kedai naiklah Teh Tarik..mau lepas nie Teh Tarik ais mau RM 2 segelas....
kos TT kita pun lepas nie naik jugaklah...hahahah yerlah gula naik..air Teh Tarik dah RM 2...

klu korang perasan inflasi sekarang mmg tahap membimbangkan...apa pun korang kena hati2 berbelanja..kena berbelanja pada perkara yang penting dan jgn membazir..aku ingatkan ko dan diri aku jugak...

{ sorry dalam FB-Team OD bersepah coz aku tak boleh delate recent Activity,nanti aku update n kemaskan semula.

pada yang geng2 nak buat iklan tu, anda mmg tidak dilarang tetapi aku akan delate dalam masa 7 hari tanpa notis }

Open 2 komen

Link Team OD

Wednesday, December 1, 2010

1.Ubah Gaya Hidup



salam kengkawan


Tahun 2010 akan berlalu tak lama lagi..aku tgk pada tahun 2010 nielah tahun yang mencabar
dari segi kerja dan juga perancangan kewangan aku sendiri..


paling aku rasa adalah kenaikan harga2 barang..aku tgk harga barang memang naik dan dalam paper buat senyap jer klu ada pun tajuk yang kecik2 jer berbanding dalam internet yang membincangkan kenaikan harga barang, yang celik IT memang tahu hal2 kenaikan harga nie sebab senang nak acces maklumat, tp yang duk kat kampung2 tu yang bergantung sepenuhnya pada paper mmg tak perasan kenaikan harga..
pada aku pulak, aku bersyukur coz aku dapat lonjakan kenaikan gaji yang cukup tinggi, pada tahun 2010 aku dapat kenaikan gaji l/kurang RM 600 bersama tunggakan gaji RM 11k..rezeki anak2...


Kita semua tahu pada tahun 2010 banyak berlaku kenaikan harga barangan. ini berlaku kerana harga minyak yang naik dan kerajaan dah tak nak tanggung subsidi..pada tahun 2010 nielah berlaku beberapa kali kenaikan harga minyak..lagi2 pada minyak jenis RON 97 yang sekarang ianya mengikut harga pasaran..bukan lagi di beri subsidi..


so,langkah untuk mengubah gaya hidup aku adalah....
langkah pertama adalah aku ubah kereta aku kepada NGV system dan kos pemasangan NGV dalam RM 3k sahaja.


klu korang tgk pic kat atas nie mmg 3k tu mahal coz barang NGV nie ckit jar..pomen aku kata benda nie mmg tak mahal tapi yang buat pemasangan NGV nie mahal adalah tong dia..haaa mana tong dia..
jap aku upload......

bersepah keta aku nie hahaha...yerlah pic aku amik lepas pomen pasang tong NGV nie. tong nie berat..nak angkat pun mau 4 orang..dulu tong 100% buatan dari besi tetapi skrg ianya campur dgn fiber..

lepas aku gunakan NGV nie l/kurang 4 bulan apa yang boleh aku katakan aku boleh safe minyak hampir 80%..
pehh!!!!! mmg jimat pada aku yang selalu travel dari perak ke johor, kalau ko nak tahu kos minyak aku dulu sehala dari perak ke johor adalah RM 120-140 dan setelah aku gunakan NGV nie aku hanya perlukan RM 30-RM 40 jer untuk arah yang sama...

pada aku aku dah banyak save kat ctu...
apa pun korang kena ubah gaya hidup.. mcm video kat atas tu..amik iktibar bukan ikut camtu..heheh

open 2 komen